Chapter 1

Romantic Comedy Series 3241

"Hari ini kita ada pelajar baru, sila perkenalkan diri dahulu" kata pertama Cikgu Safwan setibanya dia di dalam kelas. Hujan semakin lebat di awal pagi, membuat kan aku lebih mengantuk. Selepas menguap beberapa kali, aku meletakkan kepala aku perlahan lahan di atas meja. "Saya Daniel Iskandar, selamat berkenalan" ucap pelajar baru itu yang masih berada di hadapan kelas. Lantas, aku mengangkat kepala yang baru aku letakkan di atas meja, aku memandang terus ke arah wajah nya, ya, dia lelaki itu. Kebetulan hanya meja di sebelah aku sahaja yang tiada orang. Eh, kebetulan apa ni ? Kenapa mesti di sebelah aku juga ? Tak salah lagi sangkaan aku, Cikgu Safwan terus meminta pelajar baru itu untuk duduk di sebelah aku. Tanpa sepatah kata, dia terus menuju ke tempat tersebut.

'Kringg' akhirnya kedengaran juga loceng yang menandakan waktu rehat. Setelah beberapa jam mendengar leteran cikgu yang entah aku sendiri pun tak tahu kandungan nya. Macam biasa la, aku cuma mengisi waktu rehat itu dengan tidur yang nyenyak. Yelah, poket kempis macam mana nak pergi kantin kan ? "Memang kau selalu macam ni ke ? Nah makan ni" tanya Iskandar sambil menghulurkan sebungkus roti. Eh dia ni buta ke ? Aku nak tidur pun nak kacau ? Pantas, aku celik kan mata lalu beredar. "Hina sangat ke aku ni sampai pandang muka aku pun kau tak nak ?" Belum sempat aku capai tombol pintu, Iskandar telah melontarkan soalan tersebut. "Ya memang kau hina" cuma mulut aku saja terkumat kamit, tak sanggup aku untuk bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience