Chapter 14

Romantic Comedy Series 3241

Aku tidak pernah hadir ke kelas tambahan yang dijalakan oleh pihak sekolah. Biasanya, aku perlu pulang segera dan terus masuk kerja tetapi hari ini berbeza, rutin kehidupan aku telah berubah. Jadi, aku meluangkan sedikit masa untuk ke kelas tambahan. Sewaktu aku mahu pulang aku ternampak lelaki tua yang sama di kafe tempoh hari berada di dalam bilik guru dan sedang berbincang sesuatu dengan guru kelas aku. Pasti dia ingin pindah kan aku ke sekolah lebih jauh supaya aku tidak terserempak dengan keluarga dia. Walaupun aku tidak dengar setiap perincian perbincangan itu tapi aku pasti itu la yang dia akan lakukan sama seperti dua tahun lepas, sewaktu aku berpindah ke sekolah ini.
"Kau yang pindahkan aku ke sini dan sekarang kau nak aku pindah lagi ?" soalan pertama aku sebaik sahaja lelaki itu keluar dari bilik guru
"Kalau boleh ayah nak hantar kamu ke luar negeri"
"Kenapa ? Takut aku canang nama kau sebagai pembunuh dekat semua orang ?"
"Kurang ajar !"
Tak puas pukul isteri sekarang aku pula yang di tampar. Lalu, dia menguruskan langkah nya yang kelam kabut itu untuk berlalu pergi dari situ.
"Hana, awak okey tak ?"
Tentu sekali Cikgu Safwan dengar perbualan ringkas kami. Aku cuma berpaling dan masuk semula ke dalam kelas aku yang sudah tiada pelajar di dalam nya. Aku sendiri masih tak faham dengan emosi aku yang kucar kacir tetapi yang aku tahu api di dalam hati aku semakin marak. Oleh kerana aku tak mampu lepaskan geram pada lelaki tua tadi, jadi aku lepaskan geram pada dinding yang tidak bersalah dengan menumbuk dinding tersebut. Memang tabiat sejak kecil jika aku marah atau geram, aku akan menyakitkan diri sendiri. Belum lagi geram aku dilepaskan sepenuhnya, Iskandar datang untuk memberhentikan aku dengan memeluk tubuh aku sambil memegang kedua dua tangan aku yang sedang giat menumbuk. Dia tahu aku tak akan termakan jika dia suruh aku berhenti. Aku sudah kata, dia ni seperti magnet, atau mungkin penghendap. Cikgu Safwan yang mempunyai niat yang sama seperti Iskandar, langkah nya terhenti apabila melihat Iskandar bertindak lebih pantas daripada dia. Sebaik sahaja Iskandar mampu mengawal aku, dia duduk bersama sama dengan aku di atas lantai.
"Kenapa aku ? Kenapa ? Dalam banyak banyak manusia di atas bumi ni, kenapa aku menjadi anak kepada lelaki tua tu ?" Hana mengeluarkan segala yang terpendam dalam hati nya dengan nada tangisan sambil mengalirkan air mata.
"Sabarlah Hana, kita tak boleh ubah perkara yang dah berlaku tapi kita boleh ubah masa depan kita" aku hanya terus menangis supaya api yang marak tadi boleh terpadam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience