Jam dinding di bilik aku menunjukkan tepat pukul 1 pagi, aku menyegerakan pergerakkan aku untuk membersih kan badan selepas pulang dari kafe. Kenapa kertas kertas latihan aku ada pada Cikgu Safwan ? Macam mana dia dapat kertas kertas tu ? Ahh, sel sel otak aku terus tak berhubung bila memikirkan tentang kertas kertas itu. Lebih baik aku tidur. "Itu saja untuk hari ini. Daniel Iskandar, jumpa saya kejap" hari ini Iskandar pula yang menjadi mangsa.
"Is, awak pernah buat perkara perkara yang ... mungkin salah di sisi undang undang"
"Seperti?"
"Ahh, lupakan je lah. Awak ada masalah dengan Hana ke ?"
"Kalau ada pun, saya kene bagi tahu cikgu ke ?"
"Emm, kalau awak nak, cikgu sedia mendengar"
"Tak pe la cikgu lain kali je la saya bagi tahu, saya pergi dulu"
Sudah lah baru keluar bilik guru, tiba tiba pula dia tarik tangan aku, heret aku ke stor. Dia ni gila ke ?
"Eh, Is buat apa kau bawak aku pegi sini ?"
"Kau dah gila ke Hana ?"
"Ya, aku gila sebab terpaksa hidup sebumbung dengan kau"
"Cikgu Safwan tanya, aku pernah membunuh orang ke ?"
"Dah tu ? Apa kaitan dengan aku ?"
Aku cuba untuk keluar supaya aku tak perlu dengar segala soalan dia. Tapi kali ni dia lebih cepat daripada aku, dia tarik tangan aku dahulu sebelum aku membuka pintu. Kemudian bertubi tubi soalan dia berikan sehingga aku sendiri pun tak faham .
"Kau cerita semuanya dekat dia ke ?"
"Kenapa ? Kau malu orang tahu kau tu pembunuh ?"
"Berapa kali aku nak bagi tahu ? aku tak bunuh dia"
Iskandar mula meninggikan suara. Dia ni memang panas baran, waris perangai bapak dia la tu.
"Kalau bukan kau yang ajak dia berlumba malam tu, dia tak kan kemalangan kan ?"
"Klau dia yang terima tawaran aku, masih salah aku lagi ke ?" sambil dia menolak aku kebelakang. Sewaktu tangan aku terkapai kapai untuk stabilkan badan aku, tangan aku tersagat pada benda tajam. Wah, waktu tu baran dia tiba tiba bertukar jadi panik. Dia menyeluk saku nya untuk mengambil sehelai sapu tangan dan meletakkan nya pada luka tersebut. Selepas keadaan sudah tidak tegang lagi, kami menarik nafas panjang dan duduk dengan tenang. Tiba tiba keluar pula nada serba salah daripada mulut Iskandar.
"aku minta maaf"
"Berhenti minta maaf, bukan boleh mengubah apa apa pun"
"Tapi boleh menyejukkan hati kau kan"
Sekali lagi aku menarik nafas panjang, dan berdiri untuk keluar. Baru sahaja aku menguruskan langkah aku menuju ke pintu, pintu itu dibuka. Bukan aku yang buka , Cikgu Safwan yang buka. Mana pula dia tahu kami di sini.
"Cikgu Amira kata sepanjang kelas dia awak berdua tak ada"
Aku hanya mampu untuk menundukkan kepala.
"Ponteng kelas, bergaduh, besar juga kes ni jika bawa ke unit disiplin" tambahnya sambil dia menjeling ke arah tangan aku yang luka. Lantas, Iskandar bangun. Kalau ayah dia tahu dia buat masalah di sekolah, mati la dia. "Cikgu, tolong jangan bawa ke unit disiplin" dengan nada merayu. "Ikut saya" balasnya ringkas
Share this novel