Selepas penat aku berjalan jalan di kawasan sekolah, aku pulang ke kelas. Mungkin sudah reda keadaan dalam kelas itu. Sebaik sahaja aku tiba, aku lihat pelajar pelajar itu berbisik sesama sendiri sambil menjeling dan menuding ke arah aku. Sudah, kenapa pula dengan mereka. Aku meneruskan sahaja perjalanan aku menuju ke meja aku dan aku terlihat, slip peperiksan yang aku letakkan dalam laci meja sudah pun berada di lantai. Aku mengambil nya dan meletakkannya semula ke dalam laci meja dan apabila keadaan sudah tenang, baru la selesa untuk aku tidur. "Hana, tahun lepas tak pernah sekali pun kau dapat tempat ke-20, kenapa kali ini tiba tiba saja kau boleh dapat tempat pertama ?" baru sahaja aku mahu lelapkan mata aku, datang pula suara wanita disebelah aku. Walaupun berat untuk aku mengangkat kepala, aku lakukan juga dan tak lain tak bukan, mestilah Hanis yang masih tidak puas hati dengan keputusan nya. Aku sendiri pun tak tahu lah apa yang terbaik untuk aku buat pada masa seperti ini. Jadi, aku cuma mendiamkan diri sambil pandang ke arah muka nya. "Kau meniru kan ?!!" tambahnya lagi dengan nada yang tinggi. Selepas sahaja perkataan itu dilontarkan, kelas mula menjadi riuh semula.
"Jawablah, kau meniru kan !"
"Kau nak dengar apa dari mulut aku sebenarnya ?"
"Aku nak dengar betul ke kau meniru waktu ujian ?"
"Berguna lagi ke kata kata aku sekarang ni ?"
Aku tahu, walau apa pun aku kata, mesti mereka tidak akan percaya. Sudah terang mereka telah melabel aku sebagai peniru, apa lagi aku mahu kata kan. Belum lagi perbualan aku dan Hanis selesai, Iskandar pula datang menyampuk.
"Sudah lah, kau tuduh tanpa bukti, tak ada guna"
"Tak ada bukti ? Kau nak aku buktikan macam mana ? Tak kan la kau nak suruh semua orang percaya budak bodoh ni dapat tempat pertama?"
"Bukan tak boleh percaya tapi tak boleh terima hakikat"
Hanis cuma menarik nafas panjang. Kali ini, pertelingkahan mereka selesai dengan hadirnya guru mata pelajaran seterusnya ke dalam kelas.
Pada mula nya, aku putus asa dengan belajar dan sekarang aku dapat tempat pertama pula. Aku tak tahu aku patut menyesal kerana aku putus asa atau kerana aku mendapat tempat pertama. Dari dulu sampai sekarang, segala yang aku lakukan ada saja silapnya. Kadang kadang aku cemburu dengan mereka, mereka masih ada orang dewasa untuk buat pilihan ketika mereka keliru. Keesokkan paginya, aku ke sekolah dengan ditemani hujan dan guruh. Sebaik sahaja aku tiba, nama aku dipanggil oleh unit hal ehwal murid. Lancar betul sistem di sekolah ini, cepat saja nama aku naik ke sana. "Hana Alisa, sekarang kecoh satu sekolah dengan nama awak. Jadi sila terangkan betul ke awak meniru ketika peperiksaan ?"
"Saya tak meniru"
"Tak beri tumpuan dalam kelas, tidur dan tak pernah menyiapkan tugasan. Jadi macam mana awak masih boleh mengatakan awak tak meniru"
Aku dah kata, walau apa sekali pun aku kata mereka tak akan percaya sebab itulah mereka. Mereka cuma percaya pada apa yang mereka lihat. Mereka cuma lihat apa yang tersurat tanpa mengetahui apa yang tersirat. Tetapi berbeza pula dengan seorang insan ini, Cikgu Safwan yang tak pernah putus asa dengan pelajar dia. Tiba tiba dia mengeluarkan satu fail dan diletakkan di atas meja.
"Sebelum kita berbincang lebih lanjut, saya minta unit hal ehwal murid untuk menyemak fail ini dulu" segera mereka membuka fail yang mengandungi slip peperiksaan aku di sekolah lama. Selesai sahaja mereka menyemak salah seorang daripada mereka bertanya
"Kalau dia begini pandai di sekolah lama nya, kenapa tahun lepas keputusannya tidak sebigini juga ?"
"Saya pasti dia ada sebab tersendiri"
"Jadi kenapa awak tiba tiba nak dapat tempat pertama ? Kenapa tak teruskan dengan cara awak tahun lepas ?"
"Saya yakin dia ada sebab tersendiri"
Semua soalan mereka dijawab oleh Cikgu Safwan, aku hanya duduk dan mendengar saja.
"Kalau begitu mari kita tengok keputusan peperiksaan pertengahan tahun pula, pastikan cikgu cikgu memberi pemantauan sepenuhnya. Jika keputusan awak tidak sebagus ini, kami akan dakwa awak meniru dalam ujian bulanan 1"
Fuh, lega rasanya bila semua nya telah selesai. Selangkah demi selangkah aku berjalan menuruni anak tangga.
"Nah, minum lah" sambil dia menghulurkan air susu. Ini satu lagi hal, asyik mengganggu pandangan aku saja Iskandar ini. Sudah lah aku tak pernah terima apa yang dia beri tapi dia tetap memberi.
"Kau anggap la ini sebagai tanda terima kasih"
"Haihh, kau ni memang tak tahu macam mana seorang lelaki hidup"
"Ha ?"
"Tak pe la, lupa kan je la"
"Aku tahu, aku tahu kau nak aku tanya kau okey atau tidak kan ? Kau nak aku tepuk bahu kau dan kata semunya akan berjalan lancar kan ? Tapi aku tahu kau tak perlukan semua tu"
"Hm ?"
"Aku tahu semuanya akan berjalan lancar bila ada kau walaupun ia sukar, kau tetap akan harungi nya"
Takpe la, kali ni aku mendengar kata kata dia sehingga habis dahulu baru aku berpaling dan beredar tapi dia tak pernah mengejar aku setiap kali aku pergi.
Share this novel