"Ini soalan ramalan SPM, mama dengar ujian bulanan 1 ni soalan nya agak mudah, jadi buat betul betul" sebaik sahaja Hanis masuk ke dalam kereta itulah kata kata pertama mama dia kepada dia. "Okey" Hanis menjawab ringkas. Hanis Farihana, nama dia sering disebut disekolah kerana kecerdikan nya. Dia juga merupakan 'top student' dekat sekolah tu. Sebut saja nama dia, satu sekolah tahu. Ibu bapa kat sini memang begini, mereka sanggup buat apa saja demi kejayaan anak mereka, tapi yang masyuk je lah. Sehingga aku terfikir orang kaya ni menakutkan. Kadang kadang aku pula yang tertekan melihat mereka belajar 24 jam dan kadang kadang pula aku tertanya, mereka belajar untuk masa depan mereka atau untuk ibu bapa mereka. Tapi 'no wonder' lah masa depan mereka dah di susun rapi oleh ibu bapa mereka. Mereka langsung tiada peluang untuk membuat pilihan sendiri.
"Hana Alisa ! ish ish, kalau tak tidur engkau mengelamun, apa nak jadi kau ni. Kelas saya dah habis , ikut saya kejap" mestilah Cikgu Safwan tu, apa lagi dia nak kali ni. Soalan mengarut apa lagi dia nak tanya lepas ni. Itu lah soalan soalan yang berlegar legar di dalam kepala aku setiap kali dia ingin berjumpa aku. 'Pak' lebih kurang begitu la bunyi dia baling beberapa helai kertas diatas meja dan berkata "Tengok la semua kertas ni". Segera aku menyelak kertas kertas tersebut kerana aku seakan akan terlihat tulisan tangan aku. Ya, tak salah lagi apa yang aku lihat, itu kertas kertas latihan aku. Mana pula dia dapat , patutlah aku cari tak jumpa. "Em, nampak awak sangat tertarik dengan belajar ye. Bukan tahun lepas awak kata, awak tak minat belajar ke ?" Aku cuma mampu mendiamkan diri sambil melihat kertas kertas tersebut. Aku cuma kata aku tak minat belajar di dalam kelas tapi tak pula aku kata aku tak minat belajar sendiri. "Pelajar 9A dalam pt3, tiba tiba jadi bodoh apabila naik ke tingkatan 4. Awak nak suruh saya percaya tu ?" secara tak langsung kerongkong aku terasa gatal pula.
"Ehem, habistu cikgu nak suruh saya buat apa?"
"Cikgu tak nak banyak pun, cuma nak awak buat yang terbaik dalam ujian bulanan 1"
"Selama ni saya memang dah buat sehabis baik, cikgu. Kalau cikgu nak cakap ni saja, saya minta diri dulu" biasa la, aku ni memang tak petah bercakap sebab tu aku tak suka berbual panjang panjang.
Share this novel