Chapter 10

Romantic Comedy Series 3241

Belum habis lagi aku menuruni kesemua anak tangga itu, ada pula orang yang menolak aku dari belakang. Waktu itu aku betul betul sudah hilang keseimbangan, mujur ada Iskandar yang menarik aku dari belakang. Walaupun dia sempat menyelamat kan aku, tetapi kaki aku sedikit terseliuh. Oleh kerana orang itu menolak aku dari belakang dan Iskandar pula berada di belakang, sudah tentu Iskandar tahu Hanis yang melakukannya. Aku tahu mesti dia dan ibu dia sangat kecewa kerana dia berada di tempat kedua. Iskandar segera memapah aku dan bawa ke bilik rawatan.
"Macam mana awak boleh jatuh tangga ?" kata guru kesihatan sambil dia mengambil pek ais
"Dia di tola...." belum lagi Iskandar menghabis kan kata kata nya, aku pula menyampuk
"Mungkin saya tersilap langkah dan terjatuh"
"Hem, lepas ni berhati hati ya, nah tolong pegang" sambil dia meminta tolong Iskandar untuk meletakkan pek ais itu di kaki aku. Sebaik sahaja kaki aku berasa sedikit lega, kami pulang ke kelas. Sebelum tiba di kelas Iskandar menarik tangan aku untuk bercakap
"Kenapa kau tak nak bagi tahu cikgu benda yang sebenar ?"
"Sebab aku tahu betapa sakit nya dia sampai dia sanggup menyakitkan orang lain"
"Tak ada alasan untuk menyakitkan orang lain la !"
"Habistu kaki aku patah bukan sebab engkau tak boleh terima kematian Daniel ?"
"Kenapa kau nak ungkit pasal kaki kau pulak ?!"
Lantas dia mengangkat penumbuk nya tetapi belum sempat dihayunkan, dia telah dijerkah oleh cikgu
"Daniel Iskandar !!" kali ini bukan Cikgu Safwan tetapi cikgu disiplin, Cikgu Rashid. Selepas selesai satu masalah, datang lagi satu masalah. Iskandar terus dibawa ke bilik disiplin dan aku pula pulang ke kelas.
"Menggunakan kekerasan ke atas pelajar lain, awak boleh digantung sekolah"
"Tapi tak pukul dia pun"
"Tapi awak berniat untuk mencederakan"
Iskandar hanya mampu untuk mendiamkan diri.
"Ada lagi bantahan ?" soalan ringkas Cikgu Rashid
"Tak ada"
"Kalau tiada, awak boleh naik kelas dulu la. Esok saya akan panggil awak lagi untuk uruskan hal selebihnya" tambah nya lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience