Beginilah sebuah kehidupan, tanpa kuasa dan harta, hanya mampu untuk akur dan patuh pada peraturan yang dibuat oleh manusia. Mereka selalu lihat seolah olah orang seperti kami ini hanya reda untuk hidup dalam kesusahan sedangkan kami 'struggle' untuk mengubah takdir kehidupan kami. Mereka menghina seperti mereka tuhan sedangkan mereka cuma manusia biasa seperti kami, cuma yang membezakan nya, mereka mendapat rezeki lebih daripada tuhan. Jelas sekali kami tidak minta untuk dilahirkan dalam kehidupan sebegini. Selepas sehari lalui hari yang sukar, aku bangun daripada tidur untuk menghadapi hari yang lebih sukar walaupun dunia fantasi aku lebih indah. Sedang kami belajar di dalam kelas, eh bukan kami, mereka. Aku hanya menyambung mimpi aku malam tadi, di dalam kelas. Cikgu Rashid datang ke kelas kami dan memanggil Iskandar. 12 minit selepas Iskandar pergi bersama Cikgu Rashid, aku pula menyusul
"Eh, Hana awak nak ke mana ? Hana ! Hana !"
Aku bukan nya nak pergi bunuh diri pun, tak perlulah menjerit sebegitu. Aku cuma terus melangkah keluar dari kelas itu tanpa menghiraukan soalan cikgu tadi. Segera aku membuka pintu bilik disiplin itu
"Saya bukan mangsa..."
mereka berdua yang sedang berbincang di dalam bilik itu melihat aku kehairanan jadi aku menyambung kenyataan ringkas aku tadi
"Kami ... cuma kawan"
Dek kerana aku mengatakan bahawa aku bukan mangsa, jadi cikgu terpaksa membubarkan kes ini. Selepas mendengar beberapa penjelasan dan nasihat daripada cikgu, kami beredar
"Kenapa kau buat macam ni ?" itulah soalan Iskandar kepada aku sebaik sahaja keluar dari bilik itu. Aku hanya berjalan kehadapan tanpa menoleh nya di belakang
"Bukan ke kau lebih suka kalau aku tak muncul dalam hidup kau ?" tambah nya lagi. Pantas aku berpaling ke belakang dan menghampirinya
"Bukan kau tak tahu ayah aku akan pindahkan aku ke sekolah lain kalau dia tahu hal ni"
"Kau suka la dia dapat tahu hal ni dan pukul kau ? Aku bukannya tak kenal ayah kau"
"Penting lagi ke aku berbanding Daniel dan impian kau ? Selama ni kau asyik sebut tentang kematian Daniel dan sekarang kau risau aku dipukul ? Kenapa kau masih nak risau kan orang yang hancurkan masa depan kau, impian dan sahabat kau ? Tak guna !"
"Tak kisah la Daniel atau pun impian aku, aku cuma ... nak kau sentiasa disisi aku. Sewaktu aku ... sewaktu aku lalui setiap waktu sukar itu, ke mana kau pergi ? Sewaktu aku mengharap kan kau ada di hadapan aku setiap kali aku celik mata, ke mana kau pergi ? Dan apa yang aku cuba cakap sekarang ni, aku rindu kau" air mata yang aku tahan daripada awal, akhirnya mengalir juga. Selepas saja kejadian aku patah kaki, Iskandar hilang entah ke mana selama setahun sehingga la hari ini baru dia kembali. Aku sendiri pun tak tahu la sama ada kepulangan dia dalam hidup aku ni, kebetulan atau keinginan dia.
"Kau kata kau kenal ayah aku. Bukan aku yang nak lari, bukan kemahuan aku untuk tinggal kan kau dalam keadaan macam tu tapi aku tersepit. Aku cuba untuk pertahankan pilihan aku tapi aku tak mampu. Aku cuba untuk meminta maaf setiap kali aku terfikir, aku lah punca kematian dia tapi aku tak mampu. Aku tahu aku tak patut di maafkan tapi aku tetap ingin meminta maaf"
Aku tahu semuanya bukan salah dia sejak awal lagi, tapi aku tak boleh berhenti menyalahkan dia kerana aku sudah penat menyalahkan diri sendiri setiap kali orang yang bermakna pada aku pergi meninggal kan aku buat selamanya. Lidah aku kelu, jadi aku berlalu pergi.
Dulu memang kami bertiga sangat rapat, cuma aku lebih rapat dengan Daniel berbanding dengan Iskandar. Kehidupan aku dan Daniel tiada bezanya sebab itu kami lebih memahami satu sama lain. Sewaktu Daniel berusia 10 tahun, ibu bapa dia bercerai dan dia tinggal bersama ayah dia yang tak pernah kisah tentang kehadiran dia. Ayah dia sentiasa keluar rumah waktu langit masih gelap dan pulang waktu langit telah menjadi gelap. Dia langsung tiada masa untuk anak nya. Kami membesar dalam kehidupan tanpa kasih sayang keluarga. Kami tak minta duit yang banyak, jawatan yang tinggi, kami cuma minta sebuah keluarga yang bahagia.
Hari ini aku tidak mengisi masa rehat aku dengan tidur, aku keluar kelas untuk berjalan jalan. Aku duduk di bangku di bawah pokok untuk melepaskan lelah. Aku melihat sekitar sekolah yang penuh dengan kehijauan, terasa tenang setiap kali melihat daun daun itu ditiup angin. Aku baru ingin menikmati keindahaan alam, datang pula sekumpulan pelajar yang sama di kantin beberapa lepas bersama dengan rakan sekelas aku yang sama pada hari itu. Mereka berdiri dihadapan rakan sekelas aku dan mereka berbual. Aku tidak dapat mendengar butir butir perkataan yang mereka bual kan kerana kedudukan aku dan mereka agak jauh. Tiba tiba mereka mengambil buku yang dipegang oleh rakan sekelas aku dan pegang nya ke atas sementara rakan sekelas aku cuba mengambil nya dari tangan dia. Dulu aku memang tak suka campur tangan dalam urusan orang lain tapi sejak kejadian di kantin hari tu, seronok pula ganggu urusan orang lain. Tidak lah aku bosan dengan meyendiri. Lantas, aku bangun dan mendekati mereka serta merampas buku yang dipegang oleh salah seorang daripada sekumpulan pelajar perempuan tersebut. Aku agak tinggi, jadi mudah la untuk aku mencapainya. Sebaik sahaja mereka tahu aku disitu, mereka bergegas ke tempat lain dan aku menghulurkan buku itu kepada rakan sekelas aku.
"Nah"
"Hana, terima kasih"
"Ai ? Untuk apa ?"
"Tadi, buku ni"
Aku hanya senyum dan berlalu pergi
Share this novel