Ada apa dengan usia?
Bab5
"Mama cepatlah! Adik dah lapar". Jerita Mimi dari bawah.
"Ok ok mama turun". Jerit Mona juga.
Mona lantas turun kebawah. Kelihatan anak anaknya sudah bersiap sedia dipintu utama rumah.
"Amboiii! Apa yang tak sabar sangat ni?" Kata Mona kepada Remy dan Mimi.
"Perut ni! Dah ajak menyanyi lagi keroncong anak gembala". Kata Remy sambil ketawa.
Terseyum Mona, mendengar lawak anaknya.
Mereka bertiga pergi makan disebuah restoran yang agak terkenal dikota raya. Restoran itu milik kawan Mona.
Sampai disana mereka duduk disatu sudut dan memesan makana. Lebih kurang 15 minit, makanan mereka sampai dimeja. Mereka bertiga menjamu selera.
"Haiii! Sampai juga u dekat sini". Tegur seoarang lelaki dalam lingkungan petengah 40an.
"Haii Han... Nampak aja u ni. I baru nak buat kejutan dekat u, lepas makan nanti". Kata Mona sambil terseyum melebar.
"Takkan tak nampak! Sini kan banyak cctv. I boleh nampak, siapa yang masuk dan keluar". Kata Han.
"Ini anak anak u?" Tanya Han. Sambil mata memandang kepada Mimi dan Remy.
"Ya anak anak i". Jawap Mona.
"Dulu masa i jumpa meraka, mereka kecil lagi". Tanya Han.
Terseyum Mona.
"Dulu tu, berapa tahun u? Sekarang Remy dan 22tahun, Mimi pula dah 19tahun Han". Kata Mona.
Teresyum Remi dan Mimi memandang Han.
"Remy, Mimi. Ini kawan mama masa mama mengajar dulu. Namanya uncle Hanif".
Mereka bersalam dengan Han.
Mona bangun dari tempatnya dan mengajak Han berborak dimeja yang lain. Mana kala Mimi dan Remy, setia menjamu makannya.
"Handsomekan Uncle tu". Bisik Mimi kepada Abangnya.
"Banyaklah kau! Makanlah. Tadi dekat rumah, sebuk sangat lapar". Marah Remy.
Tapi! disudut hati Remy, juga setuju dengan adiknya. Uncle itu memang kelihatan segak dan bergaya.
"Uncle Zul pun handsome jugak! Tapi agak berisi badannya.
Kalau yang ini, lebih handsome. Badan dia pun slim je. Sesuai dengan mama". Bebela Mimi lagi.
"Adik, jangan macam tu. Jangan sebuk hal mama kita". Marah Remy. Menjeling Mimi memandang abannya.
"Jeling jeling! Cucuk mata tu baru tau". Kata Remy kepada Mimi. Tergelak besar Mimi. Bila abangnya membuat lawak.
......................................
"Mona! Malam minggu ni aku buat party dekat rumah aku. Kau datang ya? Kata khaty kepada Mona.
"Kau mesti datang tau! Aku ni, sampai datang dekat ofis kau ni.
Kalau kau tak datang dekat rumah aku, aku merajuk". Kata Khaty lagi.
"Hurmmm party apa pula ni Tie" Tanya Mona.
"Laki aku naik pangkat lagi! Itu yang dia buat jamuan makan sikit. Tak lah buat besar sangat". Balas Khaty.
"Sebab kau dah datang sampai ke ofis aku ni! Ok lah aku datang". Kata Mona.
Terseyum Khaty, bila kawan baiknya dapat hadir kejamuaannya.
Menjelang malam minggu.
"Remy kamu nak teman mama ke? Mama nak pergi party auntie Khaty". Mona mengajak anaknya Remy menemaninya.
"Along ada nak jumpa Kila. Maaf mama, tak dapat teman mama".
Jawap Remy.
"Mama ajak Mimi ya?" Kata Remy lagi.
"Mimi dah keluar dengan Hana. Katanya nak tengok buskers".
"Hurmmm tak habis habis merayap aja dia". Bebel Remy.
"Tak apalah sayang, mama boleh pergi sendiri. Bukan mama tak biasa keluar sorang sorang". Kata Mona kepada anaknya dengan senyuman.
"Ok mama, hati hati ya!" Kata Remy dan pergi meninggalkan mamanya sendirian.
Mona pula terus pergi bersiap siap untuk kemajlis dirumah Khaty. Mona mengenakan dress panjang berwarna hitam. Kerana itu bukan majlis bacaan doa. Tapi majlis untuk berpesta.
Walaupun Mona sudah berusia. Tetapi Mona terap menjaga Penampilannya. Dia sentiasa kelihatan cantik dimata kawan kawan yang seusianya. Hingga ada kawan kawan yang tidak tahu usianya akan berangapan yang usianya baru awal 40an.
Mona keluar dari rumah dan terus memandu kerumah Khaty.
"Ehhh kenapa jorang tak ada malam ni?" Tanya Mimi bila datang kedataran, tetapi group buskers tidak ada disitu.
"Jam dah pukul9 malam. Selalukan 8.30malam mereka dah mula setting setting barang". Tanya Hana.
"Entah entah jorang pergi tempat lain kot". Kata Hana lagi.
"Hurmmm agaknya lah!" Balas Mimi yang betul betul kecewa, bila mereka tidak ada disitu.
"Habis tu, sekarang kita nak pergi mana Mimi?" Tanya Hana.
"Jomlah kita pergi makan". Ajak Mimi dan berlalu dari tempat itu.
Bila Mona sampai dirumah Khaty. Kelihata ramai juga tertamu. Mona keluar dari kereta dan berjalan menuju masuk kekawasan rumah Khaty. Oleh kerana rumah Khaty besar, khaty telah membuat jamuan diluar rumahnya.
Alunan muzik, membuatkan suasana menjadi happening.
Mata Mona mencari cari Khaty.
Telihat Khaty berada disatu sudut bersama suaminya Eddy.
Lantas Mona berjalan kepada Khati. Bila Khaty ternampak Mona, lekas lekas Khaty memeluk Mona.
"Thanks sayang! Sudi datang. Aku ingat kau tak nak datang". Kata Khaty terseyum.
"Aku dah janjikan! Mestilah datang...
Kawan kawan kita yang lain mana?" Tanya Mona lagi.
"Itu, dekat meja hujung tu". Tunjuk Khaty.
"Ok i lepak dengan jorang u pergi lah sambung layan tertamu u". Balas Mona dan berjalan kepada Kawan kawanya.
Kehidupan didunia yang penuh cabaran. kaki melangkah ke hadapan, mencari erti kehidupan. Walau pun di separuh usia, aku masih tercari cari jalan dan arah tujuan hidup. Aku merancang segalanya agar mendapat kehidupan yang indah. Tapi itu hanyalah rancangan kehidupan ku. Hanya allah yang mentukan segala perjalan hidup manusia. Tuhan ku. berikan aku sedikit ruang untuk aku melangkahkan kaki didunia pinjaman mu ini, agar aku dapat rasakan bahagia itu ada. walau pun hanya seketika.
Share this novel