Ada apa dengan Usia?
Bab7
"Shah itu bukan perempuan yang tolong kau tu ke?".
Tanya Ewan. Bila terpandang Mona ada disitu.
"Hurmm betullah tu".
Balas Shah.
"Cantik pulak dia malam ni Shah. Nampak Muda".
Balas Ewan sambil terseyum...
"Haii bukan dulu kau kata dia sebaya mak mak kita ke?".
Shah menyindir Ewan, sambil menjeling memandang Ewan.
"Hurmmmm yelah aku salah".
Balas Ewan. Ketawa meraka disitu.
"Aku sebenarnya berminat dekat dia lah Wan".
Kata Shah selamber, sambil mata beralih kepada Mona.
"Hiss kau ni, Umur kau baru 26. Umur dia paling tidak awal 40an. Jauh tu bezanya".
Ewan mengerutkan dahinya. Mencebik bibir Shah, bila Ewan berkata begitu.
"Minat boleh! Tapi jangan sampai tersyok pulak".
Kata Ewan lagi. Shah hanya diam dan menarik nafas panjang. Tidak tahu apa hendak dikatanya lagi. Bila Ewan berkata begitu.
Mona melihat jam ditangannya, sudah dekat pukul 11 lebih malam. Kawan kawan bertambah ramai datang kemajlis itu. Mona mula tidak selesa disana.
"Hiss! Khaty kata party kecil kecilan. Nampaknya macam party besar besaran".
Bisik Mona sendiri. Bila bertambah ramai tetamu yang datang berkunjunug.
"Korang i balik dululah ya?".
Kata Mona kepada kawan kawan yang duduk bersama dengannya.
"Awal lagi u dah nak balik". Tanya salah seorang dari kawan Mona.
"Anak i yang perempuan tu ada dekat rumah. Kesian pula dia tinggal sorang sorang. Abang dia keluar berdating".
Mona mula memberikan alasannya. Mona bersalaman dan mengucup pipi kawannya sorang sorang dan lantas pergi kepada Khaty yang duduk bersama suaminya Eddy, Zul dan Wan.
"Beb i dah nak balik".
"Ehh kenapa awal sangat Na?".
Tanya Khaty.
"Ya lah u ni! I baru sampai".
Sampuk Zul.
"Pandai lah u tu! Bukan u dah lama sampai ke?".
Mona ketawa bila Zul berpura pura baru sampai dan mencubit lengan Zul. Ketawa mereka berlima bila Zul membuat lawak.
"Sorrylah Kat, Mimi tingal sorang dekat rumah. Kesian pula diduduk sorang sorang".
Mona membuat alasan.
"Hiss u ni! Tadi kenapa tak bawa disekali?".
Marah Khaty.
"Tadi masa i keluar. Dia keluar makan dengan Hana sekejap. Sekarang dia dah ada rumah. Anak bujang i pula, u tau lah. Berdating aja kerjanya".
Balas Mona dengan seyuman.
"Ok lah u. U datang pun i dah happy sangat... Hati hati memandu tu ya".
Balas Khaty dan memeluk Mona serta mengucup kiri dan kanan pipi Mona.
"Bye sayang". Balas Mona.
"I hantar u dekat kereta?".
Zul bangun dari tempat duduknya.
"Hurmmm sebuk je dia ni".
Kata Khaty kepada Zul. Ketawan Mona bila Khaty memarahi Zul.
"I kena jaga dia! I kan bodyguard dia".
Balas Zul. Terhibur mereka dengan lawak Zul. Lantas Zul mengikut Mona kekeretanya.
"Hati hati memandu ya Mona".
Mona hanya terseyum melihat Zul. Dan melambaikan tangannya. Mona berlalu pergi meningalkan Zul sendiri, dipekarangan tempat letak kereta... Sampai dirumah Mimi sudah sampai terlebil dahulu. Mona masuk kedalam dan melihat Mimi duduk diruang tamu, sambil menonton television.
"Awal balik".
Tanya Mona kepada anaknya.
"Hurmmm bosanlah mama. Nak pegi tengok buskers, jorang tak main pulak malam ni".
Panjang moncong Mimi memandang mamanya.
"Ada hal lah tu? Sejak bila pula berminat dengan muzik tepi jalan ni?".
Tanya Mona sambil tersenyum.
"Entahlah ma, Tiba tiba lalu dekat sini. Ternampak pulak buskers. Terus tersuka".
Senyum Mimi.
"Minat muziknya atau orang yang main muzik tu?".
Tersenyum malu Mimi bila mamanya tanya begitu.
"Nik Kamarul kamu nak campak mana sayang?". Tanya Mona lagi, kepada Mimi.
Teringat pula Mimi kepada Nik. Seorang teman lelaki yang dikenali sejak dari tingkatan 5 disekolah. Hingga sekarang, Nik masih setia disisi Mimi... Tetapi Nik sudah pergi keluar negara, untuk sambung belajarnya. Dan akan pulang ke malaysia setiap 2bulan sekali.
Tidak akan ada cinta yang sempurna, kalau kau dapat yang sempurna, bersyukurlah. Cinta akan datang dan pergi, kalau kau dapat yang datang dan tidak akan pergi, jagalah ia dengan sepenuh hati. Kerana cinta yang datang dan kemudian pergi, cinta itu, amat menyakitkan.
Share this novel