bab13

Short Story Completed 7899

Ada apa dengan usia?
Bab13

"Apahal muka kau macam tu dik" Tanya Remy, bila melihat Mimi begitu kusut.

"Long! Aku rasa mama tengah bercinta". Kata Mimi kepada Remy.
Berkerut Remy, bila Mimi kata begitu dan terus terseyum.

"Hurmmm biarlah! Mama dah lama hidup sorang. Apa salahnya dia berteman". Balas Remy.

"Hisss, kau tak faham Long"

"Apa yang tak fahamnya dik. Biarkanlah. Aku suka tengok mama gembira".

"Siapa yang mama pilih?
Uncle Zul atau uncle Han?" Tanya Remy lagi. Kepada Mimi.

"Kalau diantara mereka, tak adalah adik sebuk sangat.
Adik pun akan gembira dan bahagia bila mama gembira.
Tapi!"
Mimi terhenti ayatnya dan berdiam diri.

"Dah kenapa diam?" Tanya Remy.

"Along! Adik rasa mama bercinta dengan budak muda lah".

"Hisss kau ni jangan lah nak merepek" marah Remy.

"Benda adik belum pasti lagi! Adik cuma syak aja".

"Benda yang tak pasti, jangan cakap dik. Nanti buat orang bergaduh atau jauh hati".

Mimi menceritakan kepada abangnya tentang mamanya pernah membantu seoarang anak muda. Hinggalah dia mendapat pangilan tadi.
Ramy berkerut dahinya.

"Hahahha" Remy ketawa.

"Tak kan lah say miss u aja boleh jatuh cinta. Kau ni dik macam macam lah". Remy berfikiran positive tentang cerita adiknya.

"Ya ya! Mungkin abang betul. Hope, mama tak jatuh cinta dekat Shah tu. Bukan apa! Dia tak layak langsung buat Mama". Kata Mimi.

"Tak layak ke, atau kau dah jatuh cinta dengan Shah tu! Itu yang kau cemburu, Shah tu call Mama". Kata Remy sambil menarik hidung adiknya.

"Mula mula memanglah adik suka dekat dia. Tapi dia tu macam tak layan je adik. Adik pun malas nak layan dia". Kata Mimi sambil menjeling memandang Remy.

"Ye lah dik! Malas aku nak layan cinta budak budak ni". Kata Remy sambil pergi kedapur untuk bersarapan.
Dari dapur Remy menjerit lagi.

"Dik nanti aku bagu tau Nik! Kau dah ada boyfriend lain".
Remy ketawa terbahak bahak.

"Bodoh lah kau ni bang".
Balas Mimi. Terseyum Mimi sendiru.

"Apa yang bising bising ni?" Tanya Mona, bila sampai ditanga bawah.

"Abang kacau adik"
Kata Mimi sambil membuat mulut moncongnya.

"Abang ni melamau tau! Suka kacau adik" Mona memarahi Ramy sambil tersenyum.

"Mama! Tadi Abang Shah call mama. Kenapa dia call mama?" Tanya Mimi.

"Oh ya! Dia ada call ke? Mama pun tak tau". Mona cuba berselindung kepada Mimi.

"Dia ingat saya Mama. Dia cakap Miss mama". Tanya Mimi lagi.

"Hurmmm Shah tu kan suka bergurau. U tau lah dia kan". Kata Mona lagi.
Dalam hati Mona tahu, yang Shah betul betul rindukan dirinya.
Sejak keluar makan tengahari hari itu, sejak itu jugalah Mona dan Shah tidak lagi bertemu.

Mimi hanya menganggukan kepalanya, tanda faham dengan kata kata mamanya.

"Mama jummat Nik balik. Hari sabtu Nik nak jumpa Mimi". Kata Mimi kegembiraan. Terpancar diwajah Mimi bila tahu Nik mahu pulang keMalaysia dan berjumpa dirinya.

"Boleh sayang" balas Mona lembut.
Mona dan Mimi berjalan bersama sama kedapur untuk makan bersama sama dengan Remy.

.............................

Lepas habis bersarapan bersama anak anaknya. Mona duduk ditaman, dikawasan rehat rumahnya. Mona ingin menghubungi Shah.
Lantas Mona menekan nama Shah.

"Assalamualaikum" kata Mona bila Shah mengakat pangilannya.
Terseyum Shah bila Mona menghubunginya semula.

"Wasalam Mona".

"Shah call Mona ke tadi?

"Ya Mona! Tapi Mimi angkat. Terperajat juga Shah".
Kata Shah sambil tergelak.
Mona juga tergelak kecil.

"Kenapa Shah call Mona?"

"Kenapa! Shah tak boleh call Mona ke?"

"Ehh bukan macam tu! Mona cuma nak tahu sahaja".

"Shah rindukan Mona"
Kata Shah selamber.
Terseyum sendiri Mona, bila Shah kata begitu.

"Mona tak rindu Shah ke?" Tanya Shah kepada Mona.
Tersentak Mona, bila Shah tanya begitu kepadanya.
Mona terdiam seketika.
Memang dihati Mona juga rindukan Shah.

"Mona juga rindukan Shah" Jawap Mona.
Terseyum kegembiraan Shah, bila Mona Kata begitu.
Shah rasa seperti menang lotri.
Mahu sahaja menjerit keriangan.

"Kalau rindu, kenapa Mona tak mahu jumpa Shah?"

"Bukan macam itu Shah. Bukan Mona tak mahu berjumpa Shah. Mona mahu sangat berjumpa Shah. Tapi! kalau sering berjumpa akan menjadi buah mulut orang". Kata Mona.

"Hisss Mona ni! Dah banyak kali Shah bagi tau Mona. Jangan hiraukan orang lain". Kata Shah.

"Tak boleh macam tu Shah! Kita hidup bermasyarakat. Kita mesti ambil fikir, apa pandangan orang nanti".

"Kalau macam tu! Sambil bila bila pun kita tak boleh berjumpa". Shah mula meninggikan suara. Bila bosan mendengar perkataan yang keluar dari mulut Mona.

"Maafkan saya Shah".
Mona mula rasa bersalah kepada Shah.
Shah hanya diam bila Mona meminta maaf, kepadanya.

"Malam minggu ni Shah Free? Tanya Mona.
Shah yang tadinya marah, mula menjadi reda.

"Shah ada buskers! Tapi tak apa, Shah boleh bagi tau kawan kawan Shah. Yang Shah akan datang lewat".
Suara Shah kedengaran sangat gembira.
Mona terseyum mendengar suara Shah yang kegembiraan.

"Kita Jumpa malam minggu ni ya...
Lagi pun malam minggu ni i tinggal sorang sorang.
Mimi dia nak berjumpa kawanya.
Remy pula keluar dengan girlfriendnya Kila". Kata Mona.

"Ok Shah teman Mona. Nak Shah ambil Mona ke?" Tanya Shah.

"Boleh juga! I pun malas nak memandu". Balas Mona.

"Ok malam minggu nanti Shah datang ambil Mona dalam pukul8 and thanks Mona. Sudia ajak Shah keluar". Kata Shah.

"Ok Shah! Kita jumpa nanti.
Bye"

"Thanks lagi sekali Mona.
Bye" balas Shah dan memutuskan taliannya.

Shah terseyum sendiri bila Mona memgajaknya keluar. Hatinya betul betul berbunga disaat ini.
Tak sabarnya menatikan malam minggu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience