Apa salah dengan usia?
Bab17
Mona hanya berdiam diri bila Remy memarahinya. Dia sedar ini semua silapnya. Kerana jatuh hati pada lelaki seusia anaknya.
"Saya malu mama. Saya malu dengan perangai mama yang tak sedar yang mama sudah tu.
Mama tau tak, mama tak layak untuk bercinta dengan orang muda". Remy betul betul marah terhadap mamanya.
"Sudahhhhh! cukup tu Remy". Jerit Mona. Bila anaknya Remy terlalu melampau meninggikan suara terhadapnya.
"Mama sedar siapa mama! Mama tahu mama dah tua, tak layak untuk mencintai sesiapa.
Tapi kamu berdua harus tahu! Mama juga punya perasaan, punya hati. Mama tak minta untuk dicintai oleh sesiapa pun. Terutama lelaki muda yang hampir seusia kamu Ramy. Tapi kamu jangan meletakkan semua kesalahan terhadap mama sahaja. Mama punya hati dan perasaan untuk dicintai dan menyintai seseorang.
Sudah berbelas tahun mama ditinggalkan oleh papa kamu. Mama sudah puas menangis.
Setiap hari setia masa mama kesunyian! Jiwa mama kosong.
Tapi entah mengapa, bila Shah wujud didepan mata mama. Perasaan ingin mencintai seseorang itu wujud didalam hati mama. Mama mula berperasaan terhadap dirinya.
Jiwa mama sudah mula terisi. Sesuatu perasaan indah wujud dalam hati mama. Mama mengharapkan kamu berdua faham mama! Tapiiii". Mona terhenti ayatnya dan duduk sambil menagis disofa.
"Kami tak kesah kalau mama ingin mencari peganti papa.
Tapi kenapa Shah?
Kenapa tidak Uncle Zul.
Kenapa tidak uncle Han.
Kenapa kenapa kenapa mesti Shah yang mama pilih.
Kenapa tak pilih kawan kawan yang seusia mama! Mama betul betul tak sedar diri mama tu".
Kata Remy dengan nada yang tinggi.
"Mama kami berdua tak setuju kalau mama dengan Abang Shah. Dia tak layak untuk menggantikan Papa Mimi".
Mimi lantas berlari masuk kedalam biliknya.
"Mama dah tua! Mama fikirlah masak masak tentang hal ini. Saya juga tidak bersetuju langsung mama dan Shah.
Entah entah Shah sahaja nak goda mama. Dia nak kan harta mama, bukannya dia nak kan mama. Mama terlalu tua buatnya. Masakan dia mahu mama betul". Kata Shah dan juga terus masuk kedalam biliknya.
Suasan malam yang selalunya dihiasi gelak tawa dan gurau senda Mimi dan Remy. Kini bertukar sunyi dan sepi.
Mimi dan Remy membiarkan Mona duduk berseoarang diruang tamu.
Mona begitu sedih dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.
Mona menangis sepuas puasnya.
Menjelang esok pagi dihari sabtu, Mona menyediakan sarapan seperti selalu. Mona memangil anak anaknya turun kebawah untuk bersarapan.
Remy turun terlebih dahulu ke bawah.
"Jom sarapan along".
Ajak Mona.
Remy hanya diam membisu dan terus keluar dari rumahnya.
Tersentak hati Mona bila Remy buat begitu kepadanya. Ini lah pertama kali Remy bersikap kurang hajar, terhadap Mona.
Kemudian Mimi pula turun kebawah.
"Jom sarapan dengan Mama?" Ajak Mona.
"Maaf Mama, Adik ada kelas tambahan dengan Hana. Mungkin Adik akan balik lewat".
Mona hanya berdiam diri, bila Mimi kata begitu.
"Adik pergi dulu ya mama". Kata Mimi sambil mencium pipi Mona kiri dan kanan. Lantas meninggalkan Mona sendirian dirumah.
Tidak pernah anak anaknya berperangai begitu.
Selalunya hari Sabtu dan Ahad. Mereka akan bersarapan bersama sama terlebih dahulu dirumah, sebelum melakukan aktiviti masing masing.
Share this novel