bab16

Short Story Completed 7899

Apa salah dengan usia?
Bab16

Shah terseyum memandang Mona. Sambil menggangukan kepalanya.
Terseyum Mona.

Mona dan Shah berjalan untuk membayar pesanan mereka.

"Hari ini i belanja". Kata Mona.
Shah mengelipkan sebelah matanya. Terseyum Mona.

Mereka meninggalkan tempat itu dan pergi ke tempat yang lain.
Malam itu Mona menghabiskan malam minggu bersama Shah.
Shah begitu gembira, kerana Mona setia bersamanya dan menemaninya.
Begitu juga Mona. Kegembiraan tepancar diwajah Mona.
Setelah sekian lama, jiwanya kosong. Kini kembali terisi semula.
Shah yang pandai mengambil hatinya. Membuatkan Mona begitu selesa dengan kewujutan Shah didepan matanya.

Shah menghantar Mona pulang kerumahnya, bila menjelang tengah malam. Kelihatan anak anak Mona belum balik lagi. Kerana kereta Remy tiada dipekarangan parking rumah.

"Mereka belum balik lagi" kata Mona.

"Mona nak Shah temankan?"
Tanya Shah.

"Tak apa Shah, i boleh je duduk sorang sorang. I dah biasa". Balas Mona.

"Thanks Shah, sudi temankan i malam ni". Kata Mona lagi.

"Shah sepatutnya berterima kasih dekat Mona! Kerana Mona sudi ajak Shah keluar. Shah betul betul gembira hari ini".
Shah terseyum memandang Mona. Mona membalas senyuman Shah.

"Selamat malam Shah"

"Selamat malam Mona"
Shah masuk kedalam keretanya.
Mona pula berjalan masuk kedalam rumahnya.
Bila sampai didepan pintu utama.
Mona melamaikan tangan kepada Shah. Shah membalas lambaian tangan Mona dan meninggalkan rumah Mona.

Mona masuk kedalam rumah dan terus duduk diruang ramu.
Sambil terseyum sendiri.
Wajah senyuman Shah, terbayang didepan mata Mona.

....................................

"Mona i tengok sekarang dah tak macam dulu. kalau dulu i ajak u keluar. U tak ada banyak sangat alasan". Kata Zul.

"Apa pula ni Zul. I macam dulu juga".
jawap Mona.

"I dengar u sekarang sebuk bermain cinta dengan anak muda? Ingat sikit Mona. Kita ni dah seusia ibu bapa mereka". Kata Zul tiba tiba.

"U datang dekat ofis i ni, semata mata nak sakit kam hati i ke Zul?" Tanya Mona dengan wajah yang marah.

"I bukan nak sakitkan hati u, i cuma nak bagi tau u".

"Sudahlah Zul. I banyak kerja nak buat".
Kata Mona dan berpura pura sebok.
Zul melangkah pergi meninggalkan Mona.
Bila Zul tiada, Mona menarik nafas panjang. Lalu duduk dikerusinya.
Bermacam macam bermain difikiran Mona.

.........................

"Mama! Along nak tanya mama sesuatu?" Tanya Remy, bila melihat mamanya sedang duduk diruang tamu bersama Mimi.

"Betul ke apa yang along dengar. Mama sekarang sebuk bercinta dengan Shah?"
Tanya Remy.
Perkara ini Remy sudah lama tahu. Tapi bila uncle Zul. Memberi tahunya juga. Kali ini Remy betul betul yakin.

"Along tak suka mama berkelakuan macam ni. Mama kena sedar umur mama".
Marah Remy.
Mimi yang juga ada diruang tamu. Terdiam, bila Remy memarahi mama nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience