Apa salah dengan usia?
bab18
Hati Mona hiba bila melihat anak anak mula tidak menghiruakannya.
Satu hari Mona duduk sendirian dirumah. Bila menjelang malam anak anaknya masih belum pulang. Hati Mona bertambah saya.
Mona mencapai kunci keretanya dan terus pergi ketempat Shah bermain muzik.
Setibanya disana Shah masih lagi belum sampai.
Mona duduk ditangga sambil melayan nyanyian Ewan.
Sesekali Ewan memandang Mona dan terseyum. Mona juga membalas senyuman Ewan.
Selepas Ewan menghabiskan satu lagu. Ewan terus datang kepada Mona dan duduk disebelah Mona.
"Puan datang sorang je ke?"
"Ya! saya datang sorang. Tak tahu nak buat apa dirumah, itu yang datang tengok uolls main muzik". Jawap Mona.
"Nak tengok kita orang main muzik atau nak jumpa Shah?"
kata Ewan sambil tersengeh sengeh.
"Tidaklah u! i bukan nak jumpa Shah pun. just nak hiburkan hati. Terubat juga rasa bosan duduk keseorangan". Terang Mona.
"Tak nak suruh saya temankan ke?"
balas Ewan.
Terseyum Mona, bila Ewan kata begitu.
"Manisnya senyuman dia! sekarang aku dah tahu. Kenapa Shah terpikat dengan dia". Bisik Ewan. Sambil menatap wajah Mona.
"Wajah dan usianya tak nampak sama. Keayuannya masih terserlah cantik dimata. Memandang Mona, membuatkan sesiapa pun akan tertawan. Termasuk aku". Bicara Ewan sendiri.
"Kenapa Ewan pandang i macam tu".
Berkerut wajah Mona bila Ewan merenungnya begitu.
"Ehhh maaf maaf puan! terleka sekejap bila melihat puan".
"Apa yang sampai terleka tu. Muka saya ada apa?" Tanya Mona sambil kembali terseyum.
"Puan cantik sangat".
Puji Ewan.
Tanpa masing masing sedar Shah sudah pun berada disitu.
Shah betul betul cemburu, bila Ewan memuji muji Mona.
Lantas Shah menarik tangan Mona.
"Jom teman Shah makan?"
Shah memimpin tangan Mona sehingga ke restoran Mcd yang berhampiran tempat Shah Busker. Mona pula hanya mengikut kehendak Shah.
"Shah lapar ke?" Tanya Mona dengan nada lembut.
Shah yang tadinya panas dengan Ewan, kembali reda hatinya. Bila Mona bersuara lembut.
"Ahaaa, Shah lapar. Shah nak makan dulu".
"kenyang ke makan dekat sini?
tak nak makan nasi ke?"
"Tak apa Mona! Shah nak makan dekat sini je. Mona nak apa apa Shah belikan?
"Mona nak air sahaja. Mona dah makan tadi".
balas Mona.
Mona duduk disatu sudut dan membiarkan Shah membeli makanan.
Sambil makan Shah dan Mona memulakan perbualan dengan berborak borak kosong.
Sehinggalah Shah mula menukar topik pebualannya.
"Mona! Ewan nak apa tadi?"
"Borak borak kosong sahaja u.
Dia cakap i cantik". Jawap Mona selamber.
"Shah tak suka Mona rapat sangat dengan dia. Dia sahaja nak buat Shah sakit hati"
"Ehhh kenapa pula macam tu! Kita kan semuakan berkawan. I senang berkawan dengan uolls semua. kamu semua menghiburkan i". Jawap Mona.
"Tapi Shah suka Mona lebih dari seoarang kawan. Dah banyak kali Shah bagi tau Mona. Bahagian mana yang Mona tak faham?" Shah mula mengerutkan dahinya.
"Perkara ini sukar untuk i Shah.
betul betul sukar buat i. i tak pasti apa yang i nak dari u. Macam yang i cakap sebelum ni. I juga suka kan u. i senang bila berada disamping u. Tapi banyak halangan yang kita kena tempuhi kalau kita bercinta Shah.
perkara ini yang sentiasa buat i tak tenang.
Cinta ini akan ada ramai yang jadi penghalang. Tolong fikir dan faham Shah".
"Pergi mati dengan orang disekeliling. Mereka tak akan rasa apa yang kita rasa. Cinta Shah kepada Mona betul betul dalam. Hanya Mona dimata dan dihati Shah. Tolong jangan cakap lagi tentang usia. Jangan biarkan usia memisahkan cinta kita. Tolong faham Shah juga Mona!"
"Jangan cakap macam itu Shah. Orang sekeliling, adalah orang yang paling rapat dengan kita.
Yang sebenarnya i datang sini memang nak jumpa u Shah". Mona menatap wajah Shah dengan wajah yang sayunya.
"Shah i minta maaf sangat dekat Shah.
Buat masa ni i tak dapat berjumpa Shah lagi.
Kita buatlah haluan hidup masing masing.
Maafkan i Shah.
Bagi i orang sekeliling i sangat penting.
Biarlah hati i akan terluka, demi menjaga hati anak anak i... i tak sanggup dihina hanya kerana cinta yang terhalang ini".
Tergamam Shah mendengar kata kata Mona malam ini. Mona kelihatan sedih.
Tidak seperti hari hari sebelum ini.
"Kenapa Mona?
Apa yang berlaku sebenarnya?
Shah tak faham? Kenapa Mona berubah tiba tiba?"
Bermacam macam persoalan bermain difikiran Shah.
Share this novel