Apa salah dengan usia?
bab1
"Happy birthday to you, Happy birthday to you, happy birthday to you Mona, happy birthday to you... Yehhhhhh".
Jerit Kawan kawan Mona berserta anak anaknya Mimi dan Remy. Mimi dan Remy telah mengadakan majlis kecil kecilan disebuah club dikotaraya, untuk menyambut harijadi mamanya. Hanya kawan kawan rapat Mona dan kawan kawan anaknya sahaja yang hadir dimajlis harijadi itu.
"Happy birthday to you my love. Moga sehat selalu dan dimurahkan rezeki selalu. Jangan lupa, senyum selalu."
Kata Kawan rapat Mona Khaty. Sambil Khaty memeluk dan mencium pipi Mona, kiri dan kanan.
"Now you are 50 years old. Still young dear".
Kata Khaty lagi.
"Are you crazy sayang. 50 years old lah, I'm not young anymore".
Balas Mona dengan senyuman. Satu persatu kawan kawan Mona memasuki pintu club dan terus datang kepada Mona untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Tersenyum Mona sepanjang malam, bila melihat kawan kawan baik yang dapat hadir, untuk memeriahkan lagi majlis kecilnya.
"Mama! mama! Happy birthday to you".
Kata Mimi lalu memeluk mamanya dan mencium kiri dan kanan pipi Mona. Mona juga memeluk anak gadis kesayangannya.
"Happy birthday to you Mama".
Kata Remy pula. Merupakan satu satunya anak teruna Mona. Lanats Remy juga memeluk Mona dan mencium pipinya kiri dan kanan.
"Along doakan mama setia terseyum macam ni. Supaya mama nampak lebih muda dari adik".
Kata Remy, sambil menarik hidung adiknya. Terseyum Mona, melihat gelagat anak anaknya.
"Jom menari mama".
Ajak Remy dan menarik tangan mamanya. Mona menurut sahaja kehendak Ramy... Mona adalah seoarang ibu tunggal yang telah lama ditinggalkan oleh suaminya, yang gilakan betina lain, 20 tahun yang lepas. Suaminya hilang begitu sahaja. Dapat cerita dari kawan kawan. Dia telah pergi menggikut wanita itu keluar Negara. Mereka sekarang menatap terus disana dan tidak pernah pulang pulang lagi. Masa pemergian suaminya. Anak anaknya, Mimi dan Rema masih kecil lagi. Mona lah yang menjaga mereka sendirian dari kecil hingga dewasa. Mona juga merupakan anak seoarang ahli peniagaan. Ibu bapanya banyak meningalkan harta, buatnya. Setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Mona telah berhenti dari berkerja sebagai seorang pensyarah, disebuah university. Kini Mona meneruskan peniagaan bapanya, bersama sama abang sulungnya.
"Hello dear".
Seseorang datang dari belakang Mona yang sedang sebuk menari bersama anaknya. Terhenti Mona dari menari dan berpusing memandang lelaki yang menegurnya.
"Heiii, hello uncle". Tegur Remi.
"Heii u! Mana tau i dekat sini? Tanya Mona kepada kawanya Zul.
"Hello Remi". Kata Zul dan tersenyum melihat Remi.
"Anak u lah yang jemput i. Nak harapkan u jemput i. Hurmmm jangan haraplah. Mana u nak ingat kat i yang dah tua ni?" Balas Zul sambil tersenyum memandang Mona.
"Apa apa pun. Happy birthday u. Hope u sehat selalu. Diberikan kesihatan yang baik baik". Kata Zul lagi. Terseyum Mona melihat telatah Zul.
"Terima kasih Zul. Maaf sanggat. Bukan i tak nak jemput u. I sendiri tak tau, bila anak anak i rancang semua ini". Jawap Mona.
"Ok kita lupakan semua itu dulu. Jom makan dulu?" Kata Mona dan berjalan bersama Zul ke tempat jamuan.
Zul merupakan kawan baik kepada bekas suaminya dulu. Zul banyak kali cuba mengambil hati Mona, setelah ketiadaan suaminya. Namun Mona tetap tidak ada hati terhadapa Zul. Mona hanya menggangap Zul sebagai kawan sahaja. Namun Zul tetap mencuba dan terus mencuba, agar Mona terbuka hati untuk menerimanya.
"U sudah 20tahun, Adam tinggalkan u. U tak rasa nak cari peganti dia ke Mona?" Tiba tiba Zul bertanya Mona soalan itu.
"I rasa tak payahlah Zul. I pun bukan muda lagi. Umur i dah 50tahun. Rasanya tak layak buat i untuk mencari peganti Adam". Balas Mona, sambil mengerutkan dahinya.
"Jangan macam tu Mona. Usia u sahaja meningkat. Tapi cara u dan wajah u masih lagi nampak muda jelit... Body u juga masih aummm lagi tau". Kata Zul, sambil memandang kepada body Mona. Mona menjadi tidak selesa bila Zul berkata begitu dan bila mata Zul memandang kepada tubuhnya.
"Hiss apa u cakap macam tu". Lantas Moma bangun dari tempat duduknya.
"I nak pergi layan kawan kawan i yang lain dulu ya. U sambunglah makan. Nanti i datang balik". Kata Mona sambil berlalu pergi meninggalkan Zul dimeja makan.
"Dah tua tua pun gatal lagi! Apa lah dia ni. Perangai tak berubah ubah". Mona mengomel, semasa berjalan kepada kawan kawannya lain.
"Amacam uncle! Dapat ke?" Tanya Remy kepada Zul. Sepertinya Remy tidak kesah, bila Zul mencuba nasib, untuk mengambil hati mamanya
"Hurmmm mama kamu tu susah sikit. Dah lama uncle cuba ambil hati dia. Hurmmm kecewa aja yang uncle dapat". Kata Zul lagi. Remi pula hanya terseyum memandang Zul.
Remi tahu, yang mamanya tak akan menerima, mana mana pun lelaki dalam hidupnya. Kerana mama takut akan dikecewakan, buat kali kedua.
Kalau mama nak, mama boleh mencari peganti papa, sejak papa meningalkan mama dulu.
"Remy, mama balik dulu ya? Mama dah penatlah sayang". Kata Mona. Bila jam menunjukkan pada pukul 12. Setengah tengah malam.
"Kamu jaga adik ya sayang. Nanti kita jumpa dekat rumah. Jangan balik lewat sangat". Kata Mona lagi.
"Baik mama". Balas Remi.
"I hantar u balik Mona?" Tanya Zul kepada Mona.
"Eh tak apa Zul. I ada bawak kereta i sendiri". Kata Mona dan terseyum memandang Zul. Yang begitu beria ria untuk menghantarnya pulang.
"Kalau Mona tak mahu! I boleh teman u balik" kata Khaty yang tiba tiba muncul dari belakang bersama dua lagi kawan Mona.
"Eh ada yang nak kita lah! Hahahaha tak apalah Khaty. I tak layan isteri orang". Balas Zul.
Tergelak mereka semua bila Zul menolak pelawaan khaty. Mereka tahu, Khaty hanya bergurau sahaja dengan Zul. Kerana Khaty sudah pun mempunyai suami yang sangat baik dan seorang yang penyayang.
Menulis dan membaca dapat menghiburkan hati yang sedang berduka. Thanks sudi membaca :)
Share this novel