Ada apa dengan Usia?
Bab10
"Mimi jom balik dah pukul10 lebih ni". Ajak Mona.
"Alahhh mama! Sekejaplah. Pukul 11 kita balik ya".
Mimi bangun dari tempatnya, bila Ewan melambaikan tangannya memangil Mimi. Tersenyum lebar Mimi. Bila Ewan memangilnya.
"Mama, jap ya. Abang Ewan panggil adik".
Kata Mimi kepada Mona. Mona mengganguk Tanda boleh. Bila Shah melihat Mimi pergi kepada Ewan. Lantas Shah pula pergi kepada Mona yang duduk sendirian.
"Hai".
Tegur Shah.Mona hanya terseyum.
"Tak sangka Mimi anak Mona".
"Itu lah... Patutlah setiap malam minggu dia akan hilang. Ada sahaja alasannya untuk keluar rumah. Rupanya ada yang dia minati". Kata Mona.
"Anak je ke yang minat orang disini. Yang mamanya tak minat ke?".
Terseyum Mona, bila Shah tanya begitu.
"Dah tua Shah! Tak ada benda yang mahu diminatkan".
"Jangan macam tu Mona. Cinta tak kenal usia. Lagi pun, dimata saya awak ok apa. Tak lah terlalu berumur sangat".
Balas Shah yang cuba buat Mona tidak terasa kekok untuk berbual dengannya.
"Dah lah jangan cakap lagi pasal umur... Saya tak berminat nak cakap Pasal umur".
Kata Shah lagi, sambil terseyum.
"Mona, boleh ke Shah nak ajak Mona keluar makan. Jasa Mona hari itu pun, Shah tak balas lagi".
"Alah Shah! Itu perkara kecil sahaja. Tidak perlu nak dibalas".
"Kecil bagi Mona! Tapi besar bagi saya".
Kerana Shah agak memaksa, akhirnya Mona bersetuju dengan Shah.
"Kalau macam tu, kita jumpa waktu lunch boleh. Kita makan tenghari sama sama. Tempat hari itu. Yang Mona terjumpa Shah tu".
"Boleh boleh. Thanks Mona".
Shah betul betul gembira, bila Mona bersetuju untuk makan bersamanya.
"Tapi Shah kena ambil Mona dekat ofis Mona boleh?".Tanya Mona.
"Boleh Mona. Tapi Mona mahu ke naik kereta Shah. Shah pakai kereta myvi je". Kata Shah lagi.
"Apalah u ni. I tak kesahlah. Myvi pun kereta jugak kan. Lain lah kalau Myvi tu kuda. Takut juga saya". Mona mula membuat lawak sambil tergelak.
"Amboii sukanya dia".
Kata Shah sambil memandang Mona yang ketawa. Terhenti Mona dari ketawa sebegitu.
"Abang Ewan, Semalam Mimi datang sini. Tapi korang semua tak ada. U busker dekat mana?".
Tanya Mimi kepada Ewan yang sedang minum air mineralnya.
"I ada busker tempat lain Mimi. Kami memang selalu setia sabtu dan ahad malam disini. Tapi bila ada orang bayar kamu untuk buat busker dekat majlis majlis, kami akan pergi kesana". Terang Ewan kepada Mimi.
"Kenapa? Rindu i ya".
Kata Ewan, sambil mencubit pipi Mimi. Terseyum Mimi, sambil memegang tangan Ewan yang masih mencubit pipinya.
"Sakit lah".
Kata Mimi, sambil terseyum manja.
"Isshh budak kecik ni. Comel tau! Buat suara manja macam tu". Kata Ewan lagi...Tergelak Mimi.
"Mimi dah nak balik. Mama dah ajak balik". Kata Mimi kepada Ewan.
"Ok hati hati ya. Nanti datang lagi tau?".
Kata Ewan kepada Mimi.
"Ok abang Wan! Nanti i datang lagi". Kata Mimi dan berjalan kepada Mona.
"Mama jom" ajak Mimi.
"Abang Shah, Mimi balik dulu ya".
Kata Mimi kepada Shah. Terseyum Shah melihat Mimi yang begitu gembira sekali.
"I balik dulu ya Shah". Kata Mona.
"Terima kasih Mona. Kalau sudi, datanglah tengok i main gitar dekat sini". Kata Shah lagi.
Mona hanya tersenyum kepada Shah dan Mona memegang tangan Mimi dan berlalu pergi dari situ.
Shah pula kembali bermain gitarnya.
........................................
Menjelang hari rabu. Mona sudah bersiap sedia untuk keluar makan tenghari bersama Shah.
Sebentar lagi Shah akan sampai dibawah ofisnya.
"Hai Mona! Jom keluar makan. Dah pukul berapa ni?" Tanya Zul kepada Mona.
Ofis Zul dan ofis Mona satu bangunan yang sama. Cuma ofis Zul ditingkat 10. Mana kala ofis Mona hanya ditingkat dua.
"Sorry u, i nak keluar makan dengan kawan i". Kata Mona.
"Hurmmm, baru ingat nak ajak u makan dekat tempat baru. Wan ada bagi tau i, satu tempat makan ni sedap". Kata Zul lagi.
"Next time kita pergi sama sama ya Zul. Tapi hari ini tak boleh". Kata Mona lagi.
Bib bib bib watsap Mona berbunyi.
Tertera nama Shah.
Mona membuka watsap Shah.
*Saya dah sampai bawah ofis u* tulis Shah.
Terseyum Mona dan lantas Mona membalas Watsap Shah.
*Jap i turun".
Mona terus menutup handphonenya dah lantas memasukan handphonenya kedalam handbangnya.
"I pergi dulu Zul. Next kita makan sama sama". Kata Mona sambil terseyum dan terus pergi meninggalkan Zul.
Bila sampai dibawah ofis, kelihatan Shah setia menunggu Mona. Mona terseyum melihat Shah yang ada didalam kereta.
Terpegun Shah melihat Mona dengan pakaiannya yang sangat kemas dan elegant.
Shah juga kelihatan kemas dengan baju kemejanya dan berseluar slack hitam.
"Wahh kemas awak hari ini? Tanya Mona sambil masuk kedalam kereta Shah.
"Time kerja puan Mona. Mestilah kena kemas. Rimas juga pakai macam ni selalu. Tapi apa boleh buat dan kerja". Kata Shah sambil terseyum.
"Awak pun apa kurangnya! Cantik". Balas Shah.
Terseyum Mona bila Shah memujinya.
"Pandai awak memuji Shah! ini mesti ramai girlfrends" Tanya Mona.
"Manalah saya ada girlfrends. Dah lah tak handsome, tak kaya pulak tu". Shah cuba merendahkan dirinya.
Terseyum Mona mendengar kata kata Shah.
"Sampai disebuah restoran Mona dan Shah masuk kedalam dan makan tengahari bersama sama.
Lepas makan mereka berborak borak.
"Shah berapa umur Shah"
Terseyum Shah bila Mona bertanyakan umurnya.
"Kenapa? tanya Shah.
"Saja I nak tanya! kalau berrahsia tak apa lah". kata Mona terseyum.
"Saya baru 26tahun.
Mona pula?"
Kali ini Mona pula terseyum.
"Saya sudah tua Shah. Mungkin seusia Ibu awak". Balas Mona.
"Tak mungkin Mona seusia ibu saya. Wajah Mona dan cara Mona, tidak menujukkan yang Mona lebih dari 50tahun.. Saya rasa umur Mona dalam 41 atau 42 tahun". Kata Shah yang cuba meneka umur Mona.
Terseyum Mona bila Shah mengatakan umurnya awal 40an.
"Awak silap Shah. Saya sudah pun 50tahun".
kata Mona.
"Jangan lah main main Mona! tak mungkin 50tahun. Wajah Mona tidak pun menunjukkan yang Mona sudah pun 50tahun". Tanya Shah sambil mengerutkan dahinya.
"Shah! I tak tipu u. I nak tipu u untuk apa?" Kata Mona.
"Shah u tau! Malam yang u jatuh motor tu. Malam itu lah genap usia saya berumur 50tahun. Saya baru balik dari club, untuk memyambut hari lahir saya yang ke50 tahun". Cerita Mona.
Shah teresyum melihat Mona.
"Malam yang Mona tolong saya tu. Malam tu saya baru balik dari buskers. Saya betul betul tak perasan ada lubang disitu. Itu yang buat saya terjatuh". Cerita Shah.
Aku seorang penulis jalanaan Aku menulis tentang cinta Walau pun terselit kesah duka Tapi akhirnya bahagia Aku simpan cerita kenangan Kenangan pergi mengikut takdir Takdir yang setia sendu dihati Hati yang bagaikan merintih Akhirnya aku lakar di lukisan Tentang hati disakiti Masih resah aku menulis Mencapai kertas di sisi meja Duduk termenung mencari idea Tetap tercoreng kesan luka Luka yang menyusuk terus ke jiwa Jiwa tetap meronta ronta Mencari noktah penghujungnya Kemarin menulis cerita indah Hari ini hadir kesah duka Hari ke hari tak akan sama Walaupun indah atau duka Hari mendatang tetap di lewati jua.
Share this novel