Apa salah dengan usia?
Bab2
"Ehhh dah lah! Kalau layan uollss, i tak balik rumah". Kata Mona sambil tersenyum dan memulakan langkahnya.
"Ok, hati hati memandu birthday girl."
Kata Khaty, yang sedikit menjerit. Mona menoleh memandang Khaty dan melemparkan senyuman, lalu melangkah pergi meninggalkan kawan kawannya dan terus memandu balik kerumah. Dalam perjalan pulang, Mona melihat ada satu kemalangan disimpang jalan. Seoarang anak muda terjatuh dari motorsikalnya, betul betul dihadapan matanya... Mona keluar dari keretanya dan memberikan bantuan kepada pemuda tersebut. Oleh kerana sudah lewat malam. Tidak ramai yang cuba membantu pemuda itu. pemuda itu bangun dan menolak motosikalnya ketepi jalan dan duduk dipembahagia jalan.
"Awak tak apa apa ke? Mari saya bawa awak ke kekelinik".
Tanya Mona dengan nada simpati. Sambil berdiri disisi pemuda tersebut... Pemuda itu hanya mengangguk angukkan kepalanya sahaja, sambil memdengus kesakitan. Mona kasihan melihat pemuda tersebut dan lantas Mona memapah pemuda itu masuk kedalam keretanya. Pemuda tersebut menurutkan sahaja. Mona menghantarnya pemuda tersebut keklinik 24jam yang berhampiran tempat itu.
"Terima kasih puan. Puan sungguh baik hati. Maaf kalau saya menyusahkan Puan".
Kata Lelaki tersebut dan keluar dari kereta Mona.
"Tak apa, saya cuma bawak awak kesini sahaja. Tidak ada yang menyusahkan pun".
Balas Mona dengan senyuman.
"Kamu nak balik nanti macam mana?".
Tanya Mona kepada pemuda tersebut.
"Tak apa puan! Nanti kawan saya datang ambil".
"Ohh ya ke? kalau macam tu, saya balik dulu ya".
"Ok puan, terima kasih lagi sekali. Jasa puan saya akan kenang".
Mona terseyum dan memandu meninggalkan pemuda tadi.Pemuda itu masuk kedalam klinik dan mendapatkan rawatan.
"Kesian anak muda itu. Harap dia tidak apa apa". Bisik hati mona.
Sampai dirumah Mona duduk diruang tamu.
"Malam, aku betul betul terasa sungguh sunyi. Hari ini genaplah usia aku 50tahun. Sudah hampir 20 tahun aku hidup tanpa belayan kasih seoarang lelaki. Jiwa aku betul betul sunyi. Apalah guna harta kekayaan, kalau separuh jiwa ini sunyi dan sepi".
Bisik Mona sendiri. Mona berhayal sendirian. Tidak sedar, dia terlelap diatas sofa diruang tamu. Mona tersedar, dari tidurnya bila anak anaknya pulang kerumah dan mengejutkannya.
"Ehhh kenapa tidur sini Mama?".
Tanya Mimi.
"Mama duduk duduk, terus terlelap sayang".
Balas Mona dan terus bangun lalu masuk kedalam biliknya ditingkat atas.
"Along! U tak perasan ke? Mama kita sekarang, sering termenung". Tanya Mimi kepada Remy.
"Ya, I dah lama perasan. Cuma i malas nak bagi tau u. I rasa mama sunyi. Kerana kita dah besar dan kita sering sebuk dengan aktiviti kita".
Balas Remi. Mimi hanya menganggukan kepalanya dan berlalu masuk kedalam biliknya.
.........................................
"Good morning mama".
Tegur Remy dan mencium kiri dan kanan pipi Mona.
"Morning along sayang".
Balas Mona dan memeluk anak lelakinya.
"Hujung minggu ni buat apa aja? Tak keluar dengan Kila ke?". Tanya Mona.
"Keluar mama! Kila ajak Remy pergi shopping. Dia nak buat birthdaynya lagi dua minggu. Remy kenalah temankan dia. Kalau tidak merajuk pula dia nanti. Remy jugak yang pening nanti".
"Ingat along, kamu kena selalu jaga hati wanita yang setia sayangkan kamu. Jangan pernah sakitkan hatinya ya".
Nasihat Mona kepada Anak lelakinya. Yang kini sudah pun mempunyai teman wanita. Walaupun usianya baru menjankau 21 tahun.
"Baik mama, saya akan ingat kata kata mama itu". Balas Remi.
"Mama tak pergi mana mana ke, hari ini?"
"Tidak, Mama ada rumah je along. Mama malas nak keluar. Mama nak berehat dekat rumah sahaja, hari ini".
"Mama! Uncle Zul tu baikkan. Sejak papa tak ada, dia yang selalu tengok tengokkan kita. Mama tak suka dia ke? Dia pun sudah lama hidup sorang".
"Hisss apa kamu ni sayang! Mama tak mahulah. Mama dah angap dia macam abang mama sendiri, walaupun dia beza setahun sahaja dari mama". Balas Mona sambil terseyum.
"Ok lah mama, kalau mama tak suka. Remy nak mama sentiasa gembira dan tersenyum". Kata Remy dan memeluk Mona.
................................
Seperti biasa, setiap hari isnin hingga jummat Mona akan pergi ke ofis untuk menbuat kerja kerja yang ada.
"Tok tok tok!"
Pintu bilik ofisnya diketul oleh pembantunya.
"Puan Mona, cik Zul nak berjumpa. Boleh saya benarkan dia masuk". Tanya pembantu Mona.
"Boleh Nita! Benarkan dia masuk". Balas Mona lembut.
"Haii tuan Puteri". Kata Zul sambil terseyum didepan pintu bilik ofis Mona.
"Hiss ada ada ajalah u ni Zul". Balas Mona sambil terseyum. Lantas Zul masuk dan duduk disofa, yang ada didalam bilik Mona. Mona juga lantas bangun dari kerusi meja kerjanya dan duduk bersama sama Zul disofa.
"Bertambah tua, bertambah cantik lah u ni Mona".
"Hurmmm sudah sudah lah tu Zul, mengusik i".
"Heii i iklas lah! I tak tipu u. U bertambah cantik".
"Ok lah! ok lah! Sebab u dah puji puji i, jom i belanja u makan tengahari". Ajak Mona, bila melihat jam didinding sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tenghari. Terseyum Zul bila Mona mengajaknya makan tengahari.
"Wah macam ni, hari hari lah i puji puji u. Dapat kita berdating berdua". tersengeh sengeh Zul, sambil mengosok gosok belakang tengkuknya.
"Ehhh jangan nak merepek. Jom pergi makan. I dah lapar ni". Ajak Mona dan mencapai handbagnya dimeja kerja dan keluar dari ofisnya.
Zul mengikut Mona dari belakang. Zul menaiki kereta bersama Mona dan terus kesebuah restoran.
"Ok u nak makan apa?" Tanya Mona, bila sampai direstoran makan dan duduk di satu sudut.
"I nak makan u" gurau Zul.
"Hisss u ni! Janganlah main main". Kata Mona, sambil mengerutkan dahinya.
"Hiss dah tua pun gatal". Bisik Mona didalam hati.
"Janganlah buat muka macam tu! I bergurau ajalah". Balas Zul.
Terseyum kelat Mona memandang Zul.
Mereka memesan makan masing masing dan makan sambil berborak borak. Tiba tiba, seseoarang menegur Mona dari tepi meja makannya.
"Puan, boleh saya bertanya?" Tanya seorang pemuda yang tiba tiba datang ke mejanya.
"Ya boleh!" Balas Mona.
"Puan ke yang hantar saya keklinikkan dua minggu lepas? Kalau saya silap orang, maafkan saya puan". Kata Pemuda itu lembut.
Mona mula berfikir semula tentang pemuda yang dibantunya dua minggu lepas. Pemuda yang jatuh dari motor. Diwaktu dia pulang dari club.
"Oh ya! Betul. Saya yang membantu kamu. Saya yang hantar kamu keklinik, masa kamu jatuh motor". Kata Mona dengan senyuman. Terseyum pemuda itu, bila Mona berkata ya.
"Saya Shah puan". Kata pemuda itu dan mengenalkan dirinya.
"Saya Mona". Kata Mona dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Shah lantas menyambut tangan Mona dengan senyuman.
"Hemmmm hemmm!" Zul yang duduk disitu mula pura pura batuk.
"Maafkan saya encik. Saya cuma mahu berkenalan dengan orang yang pernah membantu saya dulu. Isteri encik memang baik orangnya". Kata Shah kepada Zul. Terseyum Zul, bila Shah memikirkan yang dia suami Mona.
Share this novel