bab3

Short Story Completed 7899

Apa salah dengan usia?
Bab3.

"Ehh! Awak dah salah faham ni Shah. Dia kawan saya. Bukan suami saya". Kata Mona kepada Shah.

"Ohh maafkan saya puan. Saya ingat Encik ni suami puan".

"Tak apa Shah". Kata Mona dan terseyum memandang Shah.

"Kenalkan, ini Zul. Kawan i". Kata Mona kepada Shah. Shah dan Zul bersalaman.

"Jom join kami" Ajak Mona.

"Ehh tak apa puan! Saya dengan kawan kawan saya dimeja hujung tu". Kata Shah, sambil menundingkan jarinya kepada meja disudut dalam restoran.

"Saya pergi dulu ya puan".

"Ok Shah". Balas Mona dengan senyuman. Shah berlalu pergi meninggalkan Mona dan Zul.

"Amboii! Sejak bila pula tukar citarasa ke orang muda pula ni?" Tanya Zul.

"Hiss apalah u ni! Janganlah cakap macam tu. I cuma tolong dia hari tu". Kata Mona dengan wajah yang berkerut.

Disudut yang lain pula.

"Ohh itu lah perempuan yang kau cerita tu ya Shah?" Tanya kawan Shah yang bernama Mat.

"Masih bergetah lagi!" Kata Ewan pula, sambil terseyum menyeringai.

"Hisss gila mu! Bini orang tu". Kata Shah yang cuba serkap jarang. Tentang status Mona.

"Ohhh yang tu suami dia lah ya?" Tanya Ewan.

"Eh, bukan lah! itu kawan dia". balas Shah.

"Entah entah janda?" Kata MAt sambil terseyum. yang lain juga turut tersenyum.

"Jandalah bagus, boleh cuba nasib" balas Shah, sambil menyeringai.

"Otak kau! Dia dah seusia mak mak kita. Paling tidak umur dia, dalam dalam 43 atau 44tahun". Kata Mat yang cuba serkap jarang terhadap umur Mona pula. Sepanjang makan, mereka berborak tentang Mona dan bergelak ketawa.

"Mama malam ni ada birthday party dekat rumah Kila. Mama nak ikut Along ke?" Tanya Remy, bila melihat ibunya duduk keseorangan diruang tamu, sambil menonton television.

"Tak apalah Along! Mama ingat nak rehat dekat rumah. wish kan happy birthday buat Kila".

"Baik Mama... Mama! Mimi mana mama?" Tanya Remy sambil matanya mencari cari Mimi.

"Malam minggukan". Kata Mona sambil terseyum memandang anaknya Remy.

"Jangan dibiarkan sangat adik tu Mama. Seharusnya dia duduk dirumah jaga Mama". Marah Remy.

"Tak apalah along. Budak muda begitu lah. Kita doakan dia pandai jaga diri diluar tu. Lagi pun, tak perlu nak jaga mama. Mama bukan anak kecil yang harus dijaga".

"Mama ni manjakan disangat". Kata Remy, sambil memakai kasut didepan pintu.

"Along pergi dulu ya mama".

Mona menganggukkan kepalanya sambil terseyum melihat anaknya. Remy membelas senyuman Mona dan terus keluar dari rumah. Meninggalkan Mona sendirian.

........................................

Mana kala diluar, Mimi dan kawan kawan perempuanya sedang sebuk berjalan jalan didataran. Sehingga mereka terhenti didepan sekumpulan budak budak buskers yang baru sampai dan memasang alat alat muziknya.
Mimi dan tiga lagi kawannya duduk ditangga. Mereka menunggu untuk mendengar muzik dari buskers itu. Bila semua sudah siap,group buskers tersebut memulakan bunyi bunyian terlebih dahulu. Tiba tiba datang seoarang lelaki, yang begitu tergesa gesa. Lelaki itu merupakan ahli angota Buskers tersebut. Mata Mimi setia memerhatikan lelaki yang baru sampai itu.

"Sorry korang! Aku lambat. Banyak kerja dekat ofis tadi"
Kata lelaki tersebut dengan termengah mengah.

Terseyum Kiki melihat lelaki tersebut. Hati Kiki mula tertarik pada lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Apalah kau ni Shah. Orang dah nak mula!" Marah Mat. Lantas Shah mencapai gitar yang telah disettingkan oleh Mat. Terseyum Ewan melihat Shah. Dan lantas Ewan mencapai mic untuk memulakan nyanyiannya.

"Korang! Budak budak Buskers ini handsome kan". Kata Hana, yang merupakan kawan baik Mimi.

"Chop! Yang main gitar tu, aku dah chop". Kata Mimi.
Ketawa mereka berempat bila ada yang main chop chop.

Bila mereka mendendangkan lagu. Semua orang orang yang duduk disitu memberikan sorakan yang kuat kepada budak budak buskers tersebut.
Suara Ewan sungguh merdu, dan sedap didengar. Sampai mereka terleka.Tanpa sedar mereka sudah lama disitu. Orang yang tadinya tidak ramai disitu, mula datang dan mengerumuni buskers tersebut.

"Oii dah pukul berapa ni? Tak sedar dah dekat pukul 11malam. Habislah mengamuklah abang aku". Kata Mimi.

"Dah jom lah balik!" Ajak Hana pula. Mereka lantas bangun dari tempat itu.

"Ehhh tak kan nak balik dah"
Tiba tiba seseoarang yang memegang mic tadi bersuara kepada mereka berempat. Berpusing mereka memandang kepada budak budak buskers itu. Rupa rupaya sedari tadi. Mereka juga telah memerhatikan grop Mimi. Sempat Ewan melambai tangan kepada Mimi dan kawan kawannya. Terseyum mereka berempat. Shah juga sempat berpusing memandang kepada Mimi dan kawan kawannya bila Ewan mengunakan Mic untuk menegur mereka. Lantas Mimi memberikan senyuman kepada Shah. Shah juga membalas, senyuman Mimi.

"Next time, kita datang lagi". Jerit Hana sambil melambaikan tangannya. Ewan menganggukkan kepalanya dengan senyuman, yang setia terukir dibibirnya... Mimi dan kawan kawannya berlalu pergi meninggalkan buskers tersebut

"Kau ni! Sempat mengorat awek". Kata Mat.

"Awek comeh! Gila mu tak mau". Balas Ewan.
Tergelak mereka bertiga.
Walau pun masing masing sudah ada kerja tetap. Tapi bila malam hujung minggu mereka akan menghabiskan waktu mereka dengan bermain muzik. Muzik adalah hobi yang tidak dapat ditinggalkan oleh mereka bertiga. Bagi mereka muzik adalah pengubat letih, diwaktu penat berkerja.

"Comeh comeh jugak bro. Budak baru lepas SPM yang kau ngorat tu bro". Kata Shah sambil tergelak gelak.

"Tak apalah bro! Biar macam adik adik! Jangan macam mak mak". Kata Ewan yang cuba bergurau dengan Shah. Berkerut wajah Shah, bila Ewan berkata begitu. Ewan terasa bersalah! Bila membuat Shah bertukar wajahnya.

"Ehh sorrylah Shah! Aku tak bermaksud apa apa pun?" Kata Ewan.
Shah hanya mengganggukkan kepalanya sahaja.

Sejujurnya! Shah mula tertawan hati, dengan Mona. Tapi Shah tidak tahu, bagai mana untuk berjumpa Mona lagi. Kerana Mona tidak pernah memberinya nombor handphonenya. Jumpa pun hari itu, secara tidak sengaja. Shah cuba melawan perasaan hatinya, kerana takut, Akan menghancurkan rumah tangga Mona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience