bab21

Short Story Completed 7899

Apa salah dengan usia?
bab Akhir

"Tapi kenapa mama yang abang Shah pilih. Kan banyak gadis gadis muda dekat luar sana, yang sukakan abang. Abang Shah ada rupa yang handsome. Kenapa mama juga yang jadi pilihan dihati abang Shah.
Mungkin ke kerana mama mempunya harta, punya pangkat. Sebab itu abang Shah sukakan mama". Kata Mimi selamber.

"Betul apa yang Mimi katakan tu Shah! Kenapa Shah pilih Mama?" Remy juga mahu tahu. Kenapa Shah memilih Mamanya.

"Sejak terpandang Mona. Hati abang Shah mula tertawan. Mona seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa. Mona wanita yang sangat memenuhi citarasa abang. Pertama kali berjumpa, abang tak tahu yang dia punya segalanya. Abang ingat dia hanyalah seorang wanita biasa.
Abang tak mahu semua kekayaan yang dia ada. Abang cuma mahu dia sentiasa berada dihati abang. Maafkan abang kalau abang terlampau biadap dengan kamu berdua.
Abang betul betul sayang dan cintakan mama kamu". Kata Shah yang begitu gentlemen, bila berhadapan dengan anak anak Mona.

"Mama tak ada dekat sini Abang Shah"
Mimi mula menangis.
berkerut dahi Shah bila melihat Mimi. Bertambah berdebar hati Shah bila Mimi mula menagis.

"Kenapa Remy! Apa yang telah terjadi".
Tanya Shah.

"Mama dah pergi tinggalkan kami. Dua hari lepas, kami bergaduh dengan Mama". Cerita Mimi.

"Mungkinkah kerana aku! Mona dan anak anaknya bergaduh? Sebab itu juga, Mona datang berjumpa aku, untuk memutuskan hubungan kami. Dan sebab ini juga ke, Mona tidak mahu lagi berjumpa aku?" Bisik Shah sendiri.

"Kami tak tahu kemana dia pergi. Mama hanya meninggalkan nota. Dia pergi seketika untuk menenagkan fikiranya.
Dia akan balik, bila dia betul betul tenang nanti". Sambung Remy.
Terdiam Shah, bila Remy kata begitu.

"Shah tahu kemana Mama pergi?" Tanya Remy.
Shah hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Jom kita cari mama nak?" Tanya Mimi kepada Remy dan Shah.

"Mimi dapat rasakan yang mama pergi ketempat yang mama pernah pergi dulu.
Masa mula mula papa tunggalkan mama. Mama kata dia suka tempat tu. Tempat itu memberinya ketenangan". Kata Mimi.

Remy bersetuju dengan Mimi.

"Shah ikut kami sekali ya?" Tanya Remy sambil terseyum. Shah juga terseyum bila melihat Remy. Hati Shah betul betul lega, kerana Mimi dan Remy mula menerima dirinya.

Shah mengambil barangnya didalam kereta dan dimasukkan kedalam kereta Remy. Kerana Remy yang akan memandu nanti.

"Kemana kita nak pergi Remy?" Tanya Shah, bila perjalan jauh menuju ke utara.

"Kita nak pergi ke Cameron Highland Abang Shah". Balas Remy.

"Bila mama kesepian, mama sering membawa kami kesana. Mama juga ada membeli sebuah rumah disana". kata Remy.

"Mama pasti ada sana". Balas Mimi.

"Mimi harap, mama tak pergi ke tempat yang lain". Kata Mimi lagi.
Bukan Mimi sahaja yang mengharapkan begitu. Shah dan Remy juga berharap, yang Mona ada dirumah peranginan mereka.
Bila sampai disana, kelihatan kereta Mona tiada disitu.
Hati mereka bertiga menjadi sayu.
Mereka keluar dari Kereta dan Remy mengeluarkan kunci rumah peranginannya didalam poket dan membuka pintu rumahnya.

"Masuk Abang Shah".
Jemput Mimi.
Shah melangkah kaki masuk kedalam rumah itu. Ternyata rumah itu kosong. Tiada tanda tanda Mona datang kesitu.
Remy lantas masuk kedalam bilik Mona.
Terseyum Remy, bila melihat bag baju mamanya ada didalam bilik.
Lantas Remy keluar, dan terus keruang tamu. Berjumpa Shah dan Mimi yang tersandar keletihan.

"Mama ada dekat sini".
Kata Remy sambil terseyum. Kepada Shah dan Mimi.

"Along rasa dia keluar".
Kata Remy lagi.

"Remy, Boleh abang Shah pinjam kereta". Tanya Shah.

"Abang nak cari Mama, dekat kawasan sini". Kata Shah lagi.
Terseyum Remy dan Mimi.
Kelihatan Shah betul betul sayangkan Mamanya. Shah tidak kelihatan pentingkan harta benda. Kasih dan sayang Shah kepada mamanya, terpancar diwajah Shah.

"Boleh abang Shah. Abang Shah cuba cari mama dekta atas. 5kilometer dari tempat ini. Disitu ada sebuah bukit kecil yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Mama akan pergi kesitu, bila mama rasa kesunyian". Kata Remy

"Terima kasih Remy, terima kasih juga Mimi".
Remy menghulurkan kunci keretanya kepada Shah. Shah lantas memandu ketempat yang Remy katakan.
Dari jauh Shah sudah melihat kerata Mona, terparking ditepi bahu jalan. Shah terseyum sedirian, bila melihat kereta Mona ada disitu. Dalam masa yang sama, Hati Shah berdebar debar. Takut kedatangannya tidak disenangi oleh Mona.
Shah meletak kereta Remy dibelakang kereta Mona.
Shah mencapai gitarnya dikerusi belakang kereta Remy.
Sempat Shah mencapai gitar didalam keretanya, semasa mahu kesini tadi.

Dari jauh Shah melihat susuk tubuh Mona yang begitu leka duduk disebuah bangku sambil melihat jauh pemandangan didepan matanya.

Bila hampir dekat Shah memetik gitarnya dah mula menyanyikan sebuah lagu untuk Mona.

Berpusing Mona bila mendengar dendangan dari suara gitar Shah.
Bila melihat Shah disitu Mona mula menangis. Shah pula setia memetik gitarnya, sambil memgukir senyuman buat Mona.

****Tak pernah sedetik pun
senyum dibibirmu membuatkan diri ini gundah gulana.
Keayuan wajah mu
Mampu menghiburkan hati ku.
Kau ilham aku mengubah lagu ini.

Usahlah kau pikirkan
Cinta yang sudah berlalu pergi itu.
Tempat yang kosong dihatimu,
Dapatkah aku menjadi pegantinya.

Cinta ku yang tulus,
setia tulus buat mu.
Dia yang pernah kau sayang,
Menghianati cintamu,
tapi bukan diri ini.

Setiap malam mimpi kau datang, datang bersama cinta membara.
Hanya kau dan selamanya kau, berada dijiwa ini.
Jangan usia menjadi persoalannya.
kerana usia tidak membantaskan cinta kita***

"Shah rindu Mona. Tolong Jangan lari jauh sangat! Shah penat nak kejar". Kata Shah sambil tersenyum.
Mona pula setia menangis.
Air mata yang mengalir, tak henti henti mengalir dipipinya.
Ditambah dendangan lagu yang Shah gubah, memang menyentuh hati Mona.

"Heii jangan menagis Mona! Shah tak suka lihat wajah sedih itu. Shah datang untuk memberi separuh jiwa Shah buat Mona. Tentang usia jangan menjadikan penghalang lagi untuk cinta kita". Kata Shah sambil memegang kedua dua tangan Mona.

Mona lantas memeluk erat Shah.
Shah tersenyum sendiri dan lantas membalas pelukan Mona.

"Shah! mana Shah tahu Mona disini? Tanya Mona.

"Anak anak Mona yang membawa Shah kesini. Shah betul betul berterima kasih kepada mereka. Kerana memberi Shah peluang untuk mencintai mamanya. Shah berjanji, tidak akan mengsia siakan peluang ini. Shah akan sentiasa sayang Mona". Kata Shah.

Terpancar diwajah Mona, wajah kegembiraan. Bila anak anaknya mula menerima Shah. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup Mona, bila anak anaknya memberinya sedikit ruang untuk dirinya merasa kebahagian dalam hidup.

"Shah terima kasih! Kerana mencintai Mona, walaupun usia Mona sudah menjakau hampir dipenghujung usia. Shah setia mencintai diri ini".
Shah terseyum memandang Mona.

"Sama sama sayang".

Aku duduk sendiri dan aku pandang ke hadapan Aku lihat keindahan alam yang indah. Aku perkata sendiri "Sungguh indah dunia ini." Aku pejam pula mata Aku lihat kegelapan yang tak mempunyai satu titik pun cahaya. Lantas aku berkata di dalam hati "begini lah hidup, kalau tidak ada cahaya yang menerangi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience