bab14

Short Story Completed 7899

Ada apa dengan Usia
Part14

Mona meletak handphonenya diatas meja taman dan bersandar dikerusi.

"Kenapalah hati aku terbuka buat kau Shah. Dalam ramai ramai kawan lelaki aku, hati aku lansung tidak terpaut. Tapi sejak mengenali kau! Hati ini terbuka tiba tiba. Jiwa yang kosong ini mula terasa terisi". Kata Mona didalam hati.

"Haruskan aku terima kau Shah?" Bisik Mona lagi.

........................

"Ding dong!" Loceng rumah Mona berbunyi.
Mona keluar dari rumah dan terus ke pintu gate hadapan rumahnya.
Dari jauh Mona terseyum melihat anak muda yanga ada didepan pintu gate rumahnya.

"Good night auntie".
Kata Nik sambil terseyum.

"Haii darling! when you come back here?" Tanya Mona.

"Semalam petang dah sampai Malaysia. Tak sabar rasanya, nak jumpa Mimi". Kata Nik sambil terseyum senyum dan lantas bersalama, sambil mencium tangan Mona.

"Masuk dulu Nik! Mimi tengah bersiap". Kata Mona.
Nik yang sudah biasa dengan rumah Mona, terus masuk kedalam dan duduk diruang tamu.

"Hey bro, when you come back here?" Tanya Remy, bila turun kebawah dan ternampak Nik.

"Semalam bang" kata Nik, sambil bersalama dengan Remy.

"Abang nak ke mana? Handsome handsome ni?" Tanya Nik

"Nak ikut korang keluarlah.
Nanti takut korang buat benda yang bukan bukan" Kata Remy yang agak berbisik.
Berkerut muka Nik.

"Hahahahah! Jangan buat muka macam tu sangatlah Nik...
Kau ingat kau je nak keluar berdating ke?" Tanya Remy sambil sambung ketawa.

Lega hati Nik dan lantas tersyum juga.

"Kau ni bang! Buat saya terkejut je". Balas Nik.

"Haii Nik!" Jerita Mimi lantas berlari turun dari tanggan dan lantas memeluk Nik.

"I really miss you dear".
Kata Mimi sambil memeluk erat Nik...

"Hermmmm hermmm". Remy acah acah batuk.
Mimi lantas melepaskan pelukan Nik. Sambil tersenyum.

"Orang rindu lah". Kata Mimi kepada Abangnya Remy.

"Kalau ye pun rindu. Jangan nak lebih lebih pulak". Kata Remy sambil mencubit pipi Mimi.

"Sebok je" kata Mimi sambil menjelirkan lidahnya.

"Jom Nik" kata Mimi lagi, lantas menarik yang Nik.

"Mama! Adik pergi dulu ya". Jerit Mimi kepada Mamanya yang ada didalam bilik.

"Ok sayang! Hati hati". Jerit Mona dari atas.

Mona turun kebawah, bila Mimi sudah keluar bersama Nik.
Hanya Remy sahaja yang masih belum keluar.

"Ohh mama pun nak keluar ke?" Tanya Remy. Bila melihat mamanya kelihatan cantik malam itu. Mona memakai dress berwarna putih, rambutnya diikat tinggi.

"Ya! Mama nak keluar. Dengan kawan mama".

"Dengan siapa? Uncle Zie ke Uncle Han". Tanya Remy sambil terseyum.

"Bukan Along. Mama keluar dengan kawan baru mama. Hari itu mama ada membantu seorang anak muda ni". Mona menceritakan kepada Remy tentang Shah.

Cerita tentang Shah, sudah pun Remy tahu. Dari mulut Mimi hari itu. Tetapi Remy buat seakan akan yang dia masih belum tahu lagi.

"Untuk balas budi baik mama. Dia nak belanja Mama makan malam ni!". Kata Mona sambil terseyum.

"Mama hati hati. Kita tidak kenal dia. Entah orang baik atau orang jahat kita pun tak tahu.
Kalau baik alhamdulillah. Kalau jahat macam mana?" Kata Remy.

"Jangan risau sayang. Mama tau jaga diri mama. Mama yakin dia lelaki yang baik. Kita tak akan kenal sesiapa kalau kita tidak cuba berkenalan". Kata Mona sambil terseyum melihat Remy.

Bila melihat Mona terseyum hati Remy mula berubah. Remy memang suka melihat Mamanya terseyum. Kegembiraan Mona membuatkan dia bahagia.

"Along tunggu sampai mama pergi dulu. Along pun nak berkenalan dengan teman baru mama". Kata Remy sambil terseyum.

Lebih kurang 10minit, Shah sampai didepan rumah Mona, berpandukan waze location yang Mona bagi.
Bila sampai didepan rumah Mona. Shah betul betul terpegun melihat rumah Mona yang besar dan tersergam indah.

Mona dan Remy berdiri didepan pintu rumah! Bila melihat kereta Shah didepan pintu pagar rumahnya.

"Masuk dulu Shah". Pelawa Mona.
Shah keluar dari kereta dan berdiri diluar rumah Mona.

"Shah duduk dekat taman sahaja ya! Balas Shah. Sambil berjalan ke taman rumah Mona dan duduk dimeja ditaman.

"Hai! Tegur Remy. Terbangun Shah bila melihat Remy.

"Hai! Balas Shah.

"I Remy, anak Mona". Kata Remy sambil terseyum dan menghulurkan tangannya.
Shah menyambut tangan Remy dan bersalaman.

"Saya Shah" balas Shah.
Mereka berdua duduk bersama dan berborak borak kosong.

"Amboi rancak beborak!" Kata Mona bila melihat anak dan Shah.

"Borak kosong aja ma.
Shah rupanya pandai main muzik. Nanti boleh tengok Shah buskers". Balas Remy. Mona hanya tersenyum meliht Remy.

"Ok daring. Mama keluar dulu". Kata Mona sambil memakai kasut tumit tingginya. Kelihatan Mona sangat cantik dan bergaya.
Terpegun Shah melihat Mona malam itu.
Shah lantas bangun dari tempat duduknya dan terseyum memandang Mona.

"Hati hati keluar ya bro. Take care my mom". Kata Remy.
Shah hanya terseyum, bila Remy kata begitu.

Shah dan Mona melangkah pergi ke tempat yang Mona mahukan.
Shah hanya memandu dan mengikut arahan dari Mona.

"Remy orangnya baik! Pandai Mona jaga anak anak Mona". Kata Shah.

"Tak ramai anak orang kaya yang baik dan berbudi bahasa". Kata Shah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience