bab6

Short Story Completed 7899

Apa salah dengan usia?
Bab6

Mona pergi kepada kawan kawannya dan duduk sambil ketawa dan berborak borak gembira. Mona dan kawan kawanya bangun untuk mengambil makan. Tiba tiba mata Mona terpandang sekumpulan anak muda yang tengah bermain instrument dan menyanyi. Mona juga terpandang seseorang yang dia kenal, juga ada disitu.

"Ehh itu macam Shah". Bisik Mona sendiri... Sambil memandang betul betul lelaki tersebut.
Takut pula tersalah orang. Terseyum Sham memandang Mona, Sambil setia memetik gutarnya.

"Ya betullah! Sham".

Bisik Mona dan lantas melambaikan tangannya kepada Shah. Shah hanya dapat terseyum sahaja. Kerana dia sedang bermain gitar. Mona mengambil makan dan duduk semula bersama sama kawan kawanya. Sedang Mona ketawa ketawa sambil makan, tiba tiba seseoarang menyentuh bahunya. Berpusing Mona memandang orang yang menyetuhnya itu.

"Heiii Zul, u pun ada?".

Tanya Mona bila melihat Zul disitu.

"Dijemput kita datang lah u". Jawap Zul.

"U datang dengan siapa?" Tanya Mona lagi.

"I datang dengan Man".
Sambil tangan Zul menujuk kepada Man yang duduk bersama Eddy.

"Ok u makan dulu. Nanti kita lepak sama sama". Balas Zul dan beredar dari situ.

Mata Mona memandang pula kepada Shah yang sudah berhenti dari bermain gitar. Shah setia memerhatikan Mona sedari tadi. Mona melabai kepada Shah dan Mona bangun untuk berjumpa Shah sebentar. Bila melihat Mona bangun dan berjalan kepadanya. Shah meletak gitarnya dan berjalan kepada Mona. Mona menarik tangan Shah, dan berdiri disatu sudut dihujung taman dirumah Khaty. Berdebar hati Shah, bila Mona memimpin tanganya

"Haii Shah. Tak sangka dapat jumpa u lagi". Kata Mona dengan senyuman.

"Saya yang tak sangka dapat jumpa puan lagi". Balas Shah.

"Janganlah panggil i puan. U can call me Mona".

"Baik puan! Ehh baik Mona".
Ketawa mereka berdua, bila Shah setai tersasul.

"Tak sangka Shah pandai bermain gitar".

"Untuk mengisi masa lapang sahaja puan. Hobi saya bermain gitar ni. Tapi tak sangka, boleh buat duit. Itu yang buat buskers dengan kawan kawan". Cerita Shah.

"Saya suka anak muda yang rajin macam awak". Kata Mona terseyum memandang Shah.
Terpegun Shah, bila Mona terseyum kepadnya.

"U sambung lah kerja u! I nak duduk dengan kawan kawan i balik".

"Mona! Boleh saya minta nombor handphone Mona?" Tanya Shah.
Terseyum Mona bila Shah meminta nombor handphonenya.

"Boleh Shah".
Lantas Mona mengambil handphone ditangan Shah dan menekan nombornya. Mona memberikan kepada Shah semula.

"Nahh save nama i" kata Mona.
Tersenggeh macam kerang busuk Shah.

"Mona maaf kalau saya terlalu berani untuk minta nombor talifon Mona.
Sebenarnya saya takut kalau suami Mona akan marah. Bila saya menghubungi Mona nanti".
Shah mula rasa bersalah.

"Tidak ada apa yang harus dimaafkan Shah dan tidak ada apa yang mahu ditakutkan...
Saya tak punya suami. Saya single mom". Kata Mona, bila melihat Shah yang mula keliru.
Terseyum lebar Shah. Bila mendengar kata kata Mona. Terasa lega hatinya.

"Thanks Mona. Sudi berkawan dengan Shah."

"Thanks juga Shah! Sudi berkawan dengan saya". Balas Mona.
Shah terseyum dan berlalu pergi kepada kawan kawan. Dan Mona juga melangkah kaki kepada kawan kawan Mona.

"Amboi sekarang dah layan anak ikan pula?" Kata Zul yang menghalang Mona ketika Mona mahu pergi ketempat kawan kawannya.

"Jangan cakap macam tu Zul. Not good". Balas Mona dengan mengerutkan dahinya dan lantas berjalan melintasi Zul.

Zul sempat menarik tangan Mona.

"Ok ok ok, sorry okay. I tak sengaja cakap macam tu". Kata Zul. Sambil menyusun jarinya meminta maaf.
Terseyum Mona.

"Ok! Next jangan cakap macam tu. Tak baik tau". Kata Mona.
Mona berjalan meninggalkan Zul dan terus duduk ditempatnya semula.

Bila melihat Mona duduk, lantas Shah meminta kebenaran dari Ewan, untuk dia pula menyanyi.
Ewan yang juga tahu Shah bukan sahaja boleh bermain gitar malah menyanyi, dia membenarkan Shah mengambil tempatnya.

Shah duduk dikerusi dan memetik gitarnya sambil mendendangkan sebuah lagi. Lagi itu ditujukan buat Mona.

Shah memetik gitar dan mula menyanyi. Sambil mata Memandang Mona. Bila Mona melihat Shah akan mengambil tempat untuk menyanyi. Mona setia memandang kepada Shah.

***Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
wajahnya setia terbayang dimataku
Ingin ku tanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh, hatiku resah selalu
Haruskah daku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Ku bagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar
Di setiap ketika
Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain diingatan.
Oh, Tuhan ku rindu padanya
Haruskah daku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya***

Mata Shah tidak putus putus memandang wajah Mona.
Dan Mona setia terseyum, memandang Shah.
Setelah Shah habis menyanyi. Mona mengakat tangannya dan membuatkan isyarat bagus kepada Shah.
Terseyum malu Shah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience