Completed
238
Gema bunyi seruling dan petikan gambus memenuhi udara di sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock. Di hadapan sebuah bangunan dua tingkat yang dicat dengan warna putih mutiara dan biru firus, sekumpulan tetamu kenamaan, krew penerbangan, dan penduduk tempatan berkumpul. Pintu besar yang diperbuat daripada kayu jati ukiran tangan berdiri megah, menanti untuk dibuka.
Elvina berdiri di sebalik pintu, membetulkan letak selendang Kelubung pemberian Mr. Sterling di bahunya. Dia memakai kebaya panjang berwarna biru diraja yang sangat eksklusif. Di sebelahnya, Max Ryan nampak sangat berwibawa dengan kemeja batik sutera eksklusif bermotifkan awan larat.
"Are you ready, my Star? This is it. Your dream, standing right in front of you," bisik Max sambil menggenggam lembut tangan Elvina.
"I’m ready, Max. But I couldn't have done this without you. You gave me the foundation, but you also gave me the courage to fly higher," balas Elvina, matanya berkaca melihat keindahan ruang dalam kafe itu.
"I only provided the tools, Elvina. The soul of this place... that’s all you," Max mencium dahi Elvina sebelum mereka melangkah keluar ke beranda hadapan.
Sorakan gemuruh kedengaran sebaik sahaja Elvina dan Max muncul. Mr. Sterling, yang diterbangkan khas dari London dengan kerusi roda elektroniknya, duduk di barisan hadapan bersama Bibik. Kedua-dua warga emas itu nampak sangat bahagia, seolah-olah melihat sejarah mereka sendiri berulang kembali dalam bentuk yang lebih indah.
"Ladies and gentlemen," Max memulakan ucapan dalam bahasa Inggeris yang penuh karisma.
"This building is more than just a cafe. It’s a testament to a promise made decades ago between two friends, Idris and Arthur. Today, we honor that promise. The Horizon’s Star is a bridge between London and Malacca, between the past and the future."
Max berpaling kepada Elvina, memberikan ruang untuk tunangnya berbicara.
"Terima kasih kerana hadir," Elvina menyambung dalam bahasa Melayu yang cukup puitis.
"Kafe ini adalah rumah untuk sesiapa sahaja yang mencari ketenangan di antara dua ufuk. Di sini, kita raikan warisan kita, kopi kita, dan cinta kita pada akar umbi."
Dengan sekali guntingan reben sutera, The Horizon’s Star dibuka secara rasmi. Tetamu mula melangkah masuk, terpegun melihat dekorasi dalaman yang memaparkan koleksi peribadi keluarga Sterling dan barang antik milik keluarga Elvina. Bau kopi Nyonya yang harum mula memenuhi ruang, dibancuh oleh barista yang telah dilatih khas oleh Elvina sendiri.
Di satu sudut yang agak privasi, Max menarik Elvina rapat ke arahnya.
"So, Boss... now that the cafe is open, I think it’s time we discuss the next big project."
"And what project is that, Mr. Ryan?" usik Elvina sambil menyisip kopi kegemarannya.
"Our wedding. I’ve already secured the date. Third of August. At the same time when the stars are the brightest in Malacca," Max mengeluarkan satu sampul surat kecil dari poketnya.
Elvina membuka sampul itu. Ia adalah draf kad jemputan yang sangat elegan, dengan motif kerongsang bintang di tengah-tengahnya.
"August? That’s only three months away, Max! I still have my flights to New York and Sydney!" Elvina terkejut namun bibirnya tidak berhenti tersenyum.
"I’ve talked to your Chief Purser. Your last flight will be to London in July. After that, you are grounded for a month of wedding preparations. No arguments, Elvina," Max berkata dengan nada 'bossy' yang Elvina sangat rindu.
"You really planned everything, didn't you?" Elvina menggelengkan kepala.
"I told you, I don't like waiting for things I love," Max merapatkan wajahnya, hidung mereka bersentuhan. "I want to see you in that white kebaya, walking towards me, and knowing that after that, every horizon I see will have you in it."
"I love you, Max. More than words can say," bisik Elvina.
"I love you too, Star. Always and forever," balas Max sebelum mereka berkongsi satu ciuman yang sangat manis di tengah-tengah kesibukan kafe mereka yang baru.
Majlis hari itu berakhir dengan satu pengumuman yang mengejutkan ramai pihak—penubuhan biasiswa Sterling-Idris untuk anak-anak Melaka yang ingin menceburi bidang penerbangan dan pemuliharaan warisan. Ia adalah cara Max dan Elvina membalas budi kepada tanah air yang telah menyatukan mereka.
Malam itu, apabila semua tetamu sudah pulang, Elvina dan Max duduk di tangga kayu tingkat atas kafe itu, memandang ke arah jalan Jonker yang masih bercahaya.
"Max, look at that star," Elvina menunjuk ke arah sebutir bintang yang sangat terang di langit malam.
"That’s the North Star, Elvina. Sailors used it to find their way home," terang Max.
"Just like you found me," balas Elvina lembut.
Max melingkarkan lengannya di bahu Elvina, menariknya rapat ke dalam dakapannya. Di bawah bumbung The Horizon’s Star, dua jiwa yang dahulunya hanya bertemu di balik awan, kini sudah menemui daratan yang paling indah untuk membina masa depan bersama.
* * *
Share this novel