Completed
238
Udara di Jalan Tun Tan Cheng Lock pagi itu dipenuhi dengan bau harum bunga melur dan pandan. Rumah warisan Elvina telah dihias indah dengan kain rentang sutera berwarna merah dan emas. Bibik, dengan kebaya nyonyanya yang paling antik, kelihatan sibuk mengarah saudara-mara menyiapkan dulang hantaran.
Elvina berdiri di dalam biliknya, memandang pantulan dirinya di cermin besar. Dia memakai baju kebaya lace berwarna putih bersih dengan kain sarung batik bermotifkan burung cenderawasih. Di dadanya, kerongsang bintang emas itu berkilau, namun kali ini ia ditemani oleh seutas rantai mutiara pemberian Mr. Sterling yang dihantar khas dari London.
"Vina, are you ready? The convoy is here," bisik Zara yang bertindak sebagai pengapit Elvina hari ini. Zara kelihatan sangat teruja, malah lebih teruja daripada pengantin sendiri.
"I’m nervous, Zara. I’ve flown through storms, but this... this feels like a different kind of turbulence," balas Elvina sambil cuba mengawal nafasnya.
"Relax, Star. Look at the gate. Your CEO is making an entrance," usik Zara sambil menunjuk ke arah tingkap.
Di luar, tiga buah kereta mewah berwarna hitam berhenti di hadapan pagar. Max Ryan melangkah keluar, dan seluruh tetamu yang hadir terpaku. Max tidak memakai sut Londonnya. Dia menyarung Baju Melayu Teluk Belanga berwarna biru firus yang dijahit khas daripada kain sutera, lengkap dengan samping songket bunga penuh bertatahkan benang emas.
Max nampak sangat segak, seolah-olah dia memang dilahirkan untuk memakai pakaian itu. Dia berjalan dengan penuh tertib, diikuti oleh beberapa wakil dari London dan rakan perniagaannya yang juga berbaju Melayu.
"He actually wore it, Zara. He really wore the Baju Melayu," bisik Elvina, hatinya dipenuhi rasa bangga dan cinta yang meluap-luap.
Majlis bermula dengan penuh adat. Max duduk di atas bantal hiasan di ruang tamu, berhadapan dengan wakil keluarga Elvina. Walaupun lidahnya masih kekok, Max cuba menjawab setiap soalan dalam bahasa Melayu yang dipelajarinya dengan tekun.
"I am here... to ask for Elvina's hand. I promise to take care of her... and this house," kata Max dengan nada yang sangat tulus.
Apabila tiba masanya untuk menyarung cincin, Elvina dibawa keluar dari biliknya. Langkahnya terhenti apabila matanya bertembung dengan mata Max. Max berdiri, tidak dapat melarikan pandangannya daripada kecantikan Elvina.
"You look breathtaking, Elvina. Every mile I flew to get here was worth it," bisik Max apabila Elvina duduk di hadapannya.
"And you look like you belong here, Max. I never thought I’d see you in a Baju Melayu," balas Elvina lembut.
Max mencapai tangan Elvina. Dia menyarungkan sebentuk cincin berlian yang sangat eksklusif, namun reka bentuknya mempunyai sentuhan kerawang tradisional.
"This ring is a symbol, Elvina. It’s the bridge between my world and yours. From this day on, there is no more 'your horizon' or 'my horizon'. There is only ours," kata Max dalam bahasa Inggeris, suaranya cukup kuat untuk didengari oleh tetamu yang hadir.
"I accept this, Max. Not because of the gold, but because of the man who is willing to learn my language and respect my roots," jawab Elvina dengan penuh emosi.
Selesai majlis, mereka mengadakan sesi makan beradab di halaman rumah. Max nampaknya sudah mula mahir menggunakan tangan untuk makan nasi—satu pemandangan yang membuatkan Bibik tersenyum puas.
"Max, you’re actually doing it! You’re eating with your hands!" usik Elvina sambil menghulurkan tisu.
"I told you, Star. I am a fast learner. And honestly, the food tastes better this way. Or maybe it's just because I'm eating it with you," balas Max sambil kenyit mata.
"You're becoming a true Malaccan man, Max Ryan. Next thing I know, you'll be wearing a sarong at home in London," tawa Elvina.
"If it makes you happy, I’ll wear a sarong every day. As long as you’re there to tie it for me," Max membalas dengan nada flirty yang membuatkan pipi Elvina kemerahan.
Malam itu, selepas tetamu pulang, Max dan Elvina duduk di beranda, menikmati angin malam Melaka yang tenang. Max melingkarkan lengannya di bahu Elvina, menariknya rapat.
"Elvina, thank you for giving me a chance. I know I wasn't the easiest passenger when we first met," kata Max.
"You were the worst, Max. Truly. But I guess sometimes the most turbulent flights lead to the most beautiful destinations," balas Elvina sambil menyandarkan kepalanya di bahu Max.
"I can't wait for our future, Elvina. The cafe, our home in London, your flights... I want to be part of every single second of it," bisik Max sebelum mencium dahi Elvina.
Di bawah sinaran bulan Melaka, mereka berdua sedar bahawa pertunangan ini hanyalah permulaan kepada sebuah pengembaraan yang lebih besar. Antara langit dan daratan, cinta mereka telah menemui tempat untuk mendarat dengan sempurna.
* * *
Share this novel