CELUPAR 2

Horror & Thriller Series 7949

Riuh rendah bunyi gelak tawa dalam bilik meeting, namun lelaki berkulit sawo matang itu kelihatan sedikit stres sambil menatap jam di dinding yang menunjukkan pukul 9.00 malam.

"Eh Korang?!, dah lewat ni?!." Ujarnya dengan nada suara yang sedikit tinggi. "Sara?!, mana Sara?!. Eish!, menyampah lah aku dengan minah jembalang langsuir ni!. Kalau tak nak datang cakap, ni dah setengah jam dah. Batang Hidung Pun Tak Nampak Lagi!." Ujarnya Dengan Nada Marah.

Suasana dalam bilik meeting yang tadinya ceria terus menjadi suram, apabila suara marah Syed berkumandang dalam bilik meeting. Semua mata menatap ke arahnya. Tidak Lama Kemudian daun pintu di buka, dan seseorang pun masuk ke dalam bilik meeting dengan kelangkabut.

"Sorry gais, aku ada masalah tadi kat jalan. Tiba - tiba motor aku buat hal pulak. Fhone aku habis bateri, lupa nak charge." Ujar Sara sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan senyuman yang serba salah.

Mata Syed menatap tajam ke arah gadis itu, rasa tidak puas hati masih lagi bersarang dalam benak fikirannya. "Lain kali beli power bank, ni tak menyusahkan orang?." Bisik Syed bergumam.

Pandangan mata Sara dengan pantas tertumpu ke arah wajah tampan Syed, dalam hatinya berbisik marah. Namun dia tetap bersabar dengan karenah Syed demi untuk konten youtube mereka.

"Aku Mintak Maaf." Ujar Sara dengan nada sedikit kesal.

"Eh Korang?, dah lah tu. Kita datang kat sini bukan nak gaduh, nak bincang kan next konten kita apa?." Ujar Zura dengan sedikit kesal sambil memandang wajah Syed dan Sara.

"Ye betul tu, dah lah tu Syed. Sara Bukannya sengaja pun. Motor dia buat hal kan?." Sampuk Helmi.

Kelihatan raut wajah Syed masih lagi ada rasa tidak puas hati terhadap gadis berkulit sawo matang itu, begitu juga dengan Sara. Namun mereka berdua terpaksa akur.

"Okey, jom mulakan meeting." Ujar Aedy sambil tersenyum. "Uhm sara?, kau dah fikir ke next konten kita?." Soal Aedy menatap sara.

"Belum, aku pun tengah fikir ni?." Jawab Sara pendek.

"Huh, korang?. Aku ada satu cadangan ni." Ujar Helmi sambil tersenyum semangat. "Apa kata kita tukar konsep konten kita?, sebab aku rasa follower kita pun mesti nakkan kelainankan?. Asyik konten yang sama je, aku takut nanti diaorang bosan pulak." Ujar Helmi memberi cadangannya. Semua mata tertumpu ke arah Helmi.

"Cuba terangkan cadangan kau tu apa Mie?, bagi kitaorang faham.". Ujar Aedy.

"Setuju!." Sampuk Zura.

"Macam ni korang, apa kata kita buat konten tentang kisah mistik?. Aku Yakin mesti view kita meningkat naik punya." Ujar Helmi Yakin matanya sedikit terbeliak memandang wajah - wajah sahabatnya itu.

"Aah, aku pun ada terfikir jugak nak cadangkan konten genre mistik ni." Sokong Zura.

"Macam mana korang?!." Soal Aedy meminta pendapat teamnya yang lain.

"Aku on je, sebab aku pun fikir sudah sampai masanya kita bertukar angin." Jawab Sara setuju.

"Hmmp?!." Suara Syed berguman sambil tersenyum sinis. "Korang percaya ke benda - benda mistik ni?. Korang yakinkah view akan meningkat?. Hahaha!." Ujar Syed sambil tertawa kecil.

"Kita cuba dululah, nanti kita tengoklah hasil dia macam mana." Balas Sara sedikit kesal dengan sikap Syed.

"Ngamlah konsep tu dengan kau Sara, sebab kau pun dah macam langsuir aku tengok!." Ejek Syed.

"Apa yang kau tak puas hati erk dengan aku?!, kenapa kau suka sangat cari pasal dengan aku?!." Soal Sara dengan marah, kesabarannya mulai memudar akan gegara mulut Syed.

"Dah lah tu korang, kita datang ni untuk meeting bukannya gaduh." Balas Aedy menenangkan keadaan.

"Entahlah korang ni, kalau macam ni bila nak habis?, kejap lagi tunang aku nak datang jemput aku." Sampuk Zura.

"Okey sorry gais." Ujar Syed.

"Okey back to the point, anyone?. Ada cadangan nak buat kat mana?. Soal Aedy.

"Huh, apa kata kita pergi Sabah." Cadang Helmi.

"Wei jauh tu nak shoot kat sana." Balas Zura kurang setuju.

"Okey jugak tu Mie, lagi pun dekat KL ni kisah mistik dia orang dah biasa buat." Sokong Sara memandang Helmi.

"Okey so, macam mana?. Semua Setuju?." Soal Aedy.

"Aku on je." Balas Helmi di ikuti oleh Zura, Syed dan Sara.

"Korang jangan risau, kita shoot kat kampung halaman Sara." Ujar Helmi.

"Setuju." Balas Aedy.

Kelihatan raut wajah Sara kurang setuju dengan cadangan Helmi, tapi dia terpaksa akur demi view.

"Nonsense?, aku harap betullah wujud mistik - mistik ni. Hnmp." Ujar Syed sambil tersenyum sinis memandang wajah teman - temannya itu.

"Wei Syed, celupar betul mulut kau ni!, kalau dua mata kau nampak nanti baru padan muka kau. Silap - silap tak cukup tanah nanti kau lari." Ujar Helmi sedikit kesal.

"Dah!, jangan nak bertikam lidah lagi." Ujar Aedy mulai kesal dengan sikap Syed. "Macam ni, semua dah setuju so next week kita pergi sabah. Zura book tiket okey." Arah Aedy Mengakhiri meeting.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience