CELUPAR 11

Horror & Thriller Series 7949

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kelihatan Zura, Helmi dan Syed sudah tidak sabar untuk pergi ke kampung baba Sara untuk melanjutkan next projek mereka. Manakala wajah Aedy dan Sara kelihatan sedikit risau, sementara mereka menunggu pak cik Van. Aedy pun mengajak Sara pergi ke pondok rehat bawah pokok mangga depan rumah Sara, dan gadis itu pun setuju. Lalu mereka berdua pun melabuhkan punggung ke pondok itu.

"Ada apa kau ajak aku duduk sini?, nanti apa pulak kata kawan - kawan kita yang lain?." Soal Sara sambil memandang ke arah teman - temannya itu, terutama ke arah Syed.

"Ni, aku nak tanya kau. Kau Okey tak kita teruskan projek ni?." Soal Aedy memandang wajah Sara dengan serius.

"Hmmp, kita dah sejauh ni?. Takkan nak batalkan?, nanti apa kata kawan - kawan lain. Mereka dah excited nak teruskan projek ni." Jawab Sara.

"Tapi Sara,.."

"Tak payah risau Aedy, itu kampung aku. So aku taulah apa nak buat, yang penting next projek kita ni boleh naikkan viewers kita dan boleh dapat gold button." Sampuk Sara sambil tersenyum, namun apa yang keluar dari dalam mulutnya tidak sama apa yng terbuku dalam hatinya. Tapi dia menyembunyikan perasaan takutnya, kerana dia tidak ingin menyia - nyiakan kesempatan yang ada di depan mata.

Sementara itu, Helmi dan Syed pun saling berbisik antara satu sama lain. Pandangan lelaki berkulit sawo matang itu tertumpu kepada gadis itu.

"Aku rasa Aedy tu macam sukakan Saralah." Teka Syed, matanya masih lagi memandang ke arah Sara.

"Ehh?, engkau ni. Main cakap je, mana kau tahu?. Mereka tu berkawan dari Uni lagi tau, sampai sekarang ni. Memang tak peliklah kalau diorang tu rapat." Ujar Helmi mengkerutkan keningnya sambil memandang wajah lelaki berkulit sawo matang yamg kelihatan sedang cemburu itu.

"Entahlah, tapi firasat hati aku cakap macam tu." Ujar Syed sedikit cemburu.

"Engkau cemburu ke Syed?." Soal Helmi sambil tertawa kecil.

"Hmmp?, jangan tunggu lama - lama nanti di kebas orang." Sampuk Baba Sara dari belakang sambil tertawa kecil.

"Ahh?, pak cik?." Ujar Syed tersengih - sengih memandang wajah baba Sara. Wajahnya sedikit memerah.

Baba Sara terus menepuk - nepuk pada bahu Syed sambil tersenyum memandang pemuda itu, manakala Helmi pulak tersenyum sambil mengusik Syed dalam pandangannya.

"Titttttt!!!...Titttt!!.."

Kedengaran bunyi hon kereta Van pak cik Van, kereta Van itu pun memasuki perkarangan rumah sara dan parking di hadapan rumah Sara. Mama sara pun keluar dalam rumah dan berdiri di samping suaminya itu.

"Assalamualaikum?!." Ucap Pak cik Van sambil keluar dari dalam vannya.

"Waalaikumsalam Van?!. Jemputlah masuk minum kopi dulu, tu Mama si Sara sudah buat kopi. " Pelawa Baba Sara sambil tersenyum memandang pak cik Van.

"Alhamdulillah,. bah - bah. Kalau sudah di pelawa jangan di tolak, nanti kempunan." Ujar Pak cik Van sambil tertawa kecil.

Sebelum berangkat, mereka pun minum kopi yang telah terhidang di atas meja bersama kuih pau dan onde - onde.

"Ingat, ni Baba nak pesan dengan kamu semua." Ujar Baba Sara sambil memandang wajah anak gadisnya dan teman - temannya itu yang sedang asyik mengunyah kuih buatan mama Sara itu. "Kalau nampak apa - apa yang ada di jalan, yang pelik - pelik. Jangan di tegur, yang paling penting jangan celupar." Ujar Baba Sara lagi berpesan kepada anak gadisnya dan teman - teman anaknya itu.

"Insyaa Allah Pak cik, jangan risau kami akan ingat pesan pak cik." Ujar Aedy tersenyum memandang wajah baba Sara.

"Ya pak cik betul tu, pak cik jangan risau." Sampuk Helmi lagi.

"Baguslah kalau macam itu." Ujar Baba Sara sedikit lega.

Selesai sahaja minum pagi, mereka pun bersalaman dengan baba dan mama Sara. Tidak lama selepas itu mereka pun masuk ke dalam van, dan pak cik Van pun terus memandu meninggalkan perkarangan rumah mama dan baba Sara. Melihat sahaja van pergi menghilang dari pandangan, raut wajah Mama sara mulai berubah menjadi sedih. Baba Sara yang melihatnya pun terus merangkul bahu isterinya itu.

"Sudahlah tu Ma, inshaa Allah mereka semua akan pergi dan balik dengan selamat. Kita doa yang baik - baik sahaja buat anak kita dan kawan - kawan dia." Pujuk Baba Sara sambil memandang Wajah isterinya itu.

"Macam mana Ma ndak risau bang, ma ndak mau kehilangan anak lagi." Ujar Mama Sara bersedih.

Mendengar kata - kata isterinya itu, Baba Sara terdiam menyepi. Kerana dalam hatinya itu juga merasakan hal yang sama seperti isterinya itu.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience