Tepat pukul 1.50 petang, mereka selamat sampai ke destinasi selanjutnya. Iaitu ke terminal KKIA Kota Kinabalu, sebaik sahaja semua penumpang keluar dari dalam kapal terbang. Mereka berlima pun menuju ke arah pengambilan bagasi, setelah selesai mereka berlima menuju ke luar bandara untuk menunggu kereta sewa yang telah di sewa oleh Sara.
"Wah, so pretty. Fresh air. Arhh." Ujar Syed menggeliat membuang lelahnya. Dia memandang ke arah kanan dan kiri yang kelihatan ramai orang, dan ada jugak pemandu teksi yang sedang ligat mencari penumpang.
Manakala pemandangan hadapan mereka pulak terlihat banyak kereta yang beratur panjang.
"Sara, jam berapa kereta sewa tu nak jemput kita?." Soal Helmi sambil memandang wajah Sara dengan penuh tanda tanya.
Aedy dan Zura masing - masing mengamati suasana yang baru sahaja mereka nikmati buat kali pertama menjejakkan kaki ke bandar Kota Kinabalu yang lebih di kenali dengan panggilan KK.
"Jap lagi, aku dah whatsapp pacik tu." Jawab Sara tersenyum.
Syed menjeling ke arah Sara, mereka berdua pun berbalas pandangan seketika. Namun pandangan mereka terhenti, bila pacik kereta sewa telah tiba. Sara dan Zura pun masuk ke dalam van, manakala Syed, Helmi dan Aedy pun meletakkan bagasi dan segala peralatan mereka ke dalam bonet van itu. Setelah itu mereka bertiga pun masuk ke dalam van, Aedy duduk di depan manakal mereka yang lain masing - masing duduk di kerusi belakang.
Pacik Van pun, memandu keretanya keluar dari perkarangan bandara KKIA. Aedy memalingkan badannya ke belakang sambil memandang sahabat - sahabatnya itu.
"Sara, lepas ni nak gi mana?. Nak makan dulu ke, atau terus direct balik rumah kau." Soal Aedy tersenyum memandang wajah Sara.
"Aku mana - mana on je, tak tahulah kawan - kawan lain. Sebab kalau perjalanan balik rumah aku ambil masa 5 jam." Beritahu Sara sambil memandang wajah Aedy yang putih gebu itu.
"Apa kita kita singgah makan dulu, lapar ni diey." Cadang Helmi yang berasa lapar.
"Aah, betul jugak tu. Nanti mati kebulur pulak, jauh tu perjalanan 5 jam?!." Sokong Zura.
"Ya aku pun setuju, sebab tadi aku tak sempat breakfast. Perut pun dah lapar dah ni." Balas Syed sambil memegang perutnya.
"Okeylah, kalau macam tu kita makan nasi ayam Cp. Sana sedap nasi dia, korang kena try." Cadang Sara sambil tersenyum memandang teman - temannya.
"Orait, on." Ujar mereka serentak setuju.
"Ahh, Pacik. Boleh kah tu kalau kita singgah di CP dulu. Kami mau singgah makan dulu sambil mau beli - beli barang sekejap. " Ujar Sara bertutur dalam dialek Sabah.
"Bah - bah, nanti pacik hantar kamu pigi Cp." Balas Pacik Van.
Pak cik van pun terus memandu kereta vannya menuju ke arah Centre Point, tempat wajib anak - anak remaja melepak di hujung minggu. Sepuluh minit kemudian mereka pun tiba di kawasan parking. Setelah parking, pak cik van pun membuka lock kereta. Sara dan yang lain pun keluar dari dalam kereta van. Pak cik van pun menunu ke arah Sara.
"Nanti kalau kamu siap sudah, kau chat jak pacik ahh." Ujar Pacik Van.
"Okey pacik, bha kami jalan dulu lah pacik. Nanti apa - apa aku roger jugak pak cik." Ujar Sara sambil tersenyum.
Manakala Aedy, Zura ,Syed Dan Helmi memandang Sara dengan penuh rasa hairan. Mereka sedikit tidak faham dialek sabah.
"Weii, sampai roger - roger bagai." Usik Syed sambil tertawa terbahak - bahak.
"Kau Asal?, apa yang lucu sangat?!." Ujar Sara sedikit marah memandang Syed yang tidak berhenti ketawa.
"Eh Syed?, dah lah tu." Kata Aedy sedikit marah.
"Ooopss gais, dah. Rileks, kita datang sini nak makan kan?. Aku Dah lapar dah ni. Jom?." Ujar Helmi berdiri di tengah - tengah Antara Aedy dan Syed.
"Ye lah, jomlah gastrik aku dah keluar dah ni." Ujar Zura sambil memegang perutnya.
Sara pun memalingkan badannya, kelihatan dari wajahnya yang dia amat kesal dengan kata - kata lelaki itu. Manakala dalam hati Syed pula, dia takut kalau Sara bertambah benci kepada dirinya. Dia sendiri tidak mengeeti kenapa kalau di depan Sara dia bertingkah aneh seperti itu.
"Eh, engkau ni. Macam manalah Sara tu tak marah, agak - agaklah kalau cakap biar bertapis." Ujar Helmi berbisik kepada Syed.
Namun Syed tidak menghiraukan Helmi, dia terus membuntuti Sara, Aedy dan Zura dari belakang dan diikuti oleh Helmi. Mereka pun pergi ke tingkat bawah dengan menelusuri tangga untuk pergi ke tempat makan iaitu gerai nasi ayam spesial yang ada di first floor cp. Sebaik sahaja tiba di tempat yang di tuju, kelihatan staff nasi ayam sebok memanggil custemer yang datang dan mempelawa duduk di meja makan. Mereka berlima pun duduk, dan saling berpandangan satu sama lain. Mata Zura, Syed dan Aedy melihat kiri ke kanan untuk memperhatikan tempat itu.
"Mau pesan apa?." Soal Pekerja nasi ayam itu.
"Bagi nasi ayam spesial lima ya." Pesan Sara sambil memandang staff nasi ayam itu.
"Minum?." Soal staff itu lagi.
"Bagi jus carrot lah satu." Balas Syed.
"Saya bagi jus apple hijau ya." Ujar Zura tersenyum memandang wajah staff yang sedang asyik mencatat order mereka.
"Aku, cincau susu jak lah." Ujar Sara.
"Samalah macam dia." Ujar Aedy sambil menunjuk Sara.
"Saya bagi coke ya." Sampuk Helmi.
"Okey, tunggu sekejap ya." Ujar Staff nasi ayam cp itu sambil tersenyum.
Sementara menunggu pesanan makanan sampai, Sara melihat ke arah telefon bimbitnya. Dia tersenyum sambil membaca whatsapp yang di kirim oleh Jennie. Syed yang melihat itu pun langsung cemburu.
"Boyfried ke?." Soal Syed sambil memandang wajah Sara.
"Tak, roommate aku. Jennie." Jawab Sara terseyum memandang wajah Syed.
Senyuman manis Sara itu membuatkan Syed terpaku memandang wajah gadis berkulit sawo matang itu. Aedy yang perasan akan kelakuan Syed pun berasa sedikit cemburu, kerana dia sudah mulai ada rasa sayang terhadap gadis itu. Sepuluh minit kemudian, makanan yang di pesan pun tiba.
"Hmmp, gais. Sebelum makan baca doa dulu boleh?." Ujar Syed sambil memandang ke empat sahabatnya itu.
"Fuh, nasib baik kau ingatkan. Kalau tak, dah ngap dah aku tadi." Ujar Helmi tertawa kecil.
"Jom baca doa makan." Ujar Syed sambil menadah tangannya untuk membaca doa makan. "Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar..Aamiin." Baca Syed.
Mendengar Syed membaca doa makan, membuatkan Sara merasa semakin berdebar dan ingin tahu banyak mengenai lelaki itu. Tetapi di sebabkan egonya, dia malah hanya memilih memendam perasaannya itu. Mereka pun mula menjamu selera, sambil makan Sara memandang ke arah Syed. Syed pun membalas pandangan mata Sara, mereka saling bertentang mata. Sara tersenyum sambil tertunduk malu apabila Syed membalas pandangannya.
"Ya Allah, manisnya dia. Jadikan dia milikku ya Allah." Bisik Syed dalam hati sambil berdoa.
Aedy yang dari tadi memerhatikan mereka berdua pun berasa sedikit cemburu, dan dia cuba menghiburkan hatinya sendiri dengan mengatakan dalam hati bahawa Sara hanya menganggap Syed sekadar teman biasa sahaja.
Es Coffee Espresso
Share this novel