CELUPAR 10

Horror & Thriller Series 7955

Waktu menujukkan pukul 4.56 pagi, kedengaran suara laungan azan dari surau yang berdekatan dengan rumah Sara yang hanya 10minit berjalan kaki dari rumahnya ke surau. Baba Sara pun terjaga dari tidur sebaik sahaja mendengarkan laungan azan itu.

"Ma?..ma?..Bangun, solat subuh." Ujar Baba Sara sambil menggoncangkan tubuh isterinya itu.

"Hmmp, ya." Jawab Mama Sara sambil mengesat matanya.

Baba Sara pun keluar dari dalam bilik, mengetuk pintu bilik Sara. Untuk membangunkan anaknya agar turut berjemaah sekali, setelah Sara dan Zura bangkit dari tidur. Giliran pintu bilik tetamu pulak yang di ketuk. Orang pertama yang bangun adalah Syed, dan di susuli oleh Helmi dan Aedy. Setelah selesai mengambil air wuduk, mereka pun terus berjemaah bersama.

Selesai sahaja solat subuh, Mama Sara pun masuk ke dalam dapur untuk membuat sarapan pagi di susuli oleh Sara dan Zura. Sambil membuat sarapan pagi, mereka bertiga pun berbual di dapur dengan rancak sekali.
z kerjanya." Jawab Sara sambil memotong sayur kobis.

"Ooh, rindu sudah Ma sama si Jennie." Ujar Ma Sarah sambil mengangkat bekas yang berisi mee yang telah siap di basuh itu. "Zura ni asal mana?. Dan susah ada yang punya ka?." Soal Ma Sara sambil tersenyum memandang wajah gadis itu.

"Zura asal KL Acik, Zura membesar kat KL." Jawab Zura pendek sbil tersenyum.


***********************************************

Suasana ruang tamu rumah Sara di penuhi dengan suara gelak ketawa kecil, para lelaki itu sedang berbual tentang peristiwa lucu yang mereka alami saat syuting vlog di melaka tahun lalu.

"Pak cik, kalau saya nak tanya sikit boleh?." Soal Aedy menukar topik perbualan sambil memandang wajah Baba Sara.

"Boleh, takkan tak boleh.". Jawab Baba Sara sambil tertawa kecil.

"Amboii pak cik?, peminat Ackie Jack ke?..Yang tik toker tu?." Sampuk Helmi sambil tertawa.

"Ya, pak cik minat budak tu. Konten dia semua pasal makanan, pak cik suka tengok konten makan - makan ni." Ujar Baba Sara memuji tiktoker Ackie Jack itu. "Ahh, apa yang kamu mau tanya tadi Aedy?.". Soal Baba Sara kembali sambil memandang muka Aedy.

"Macam ni pak cik, saya nak dengar dari mulut pak cik sendiri. Ini tentang next projek kami yang akan di buat dekat kampung pak cik, sebenarnya saya nak tahu juga keadaan tempat tu." Jawab Aedy sambil memandang wajah Baba Sara itu.

Apabila mendengar pertanyaan Aedy itu, wajah Baba Sara sedikit berkerut. Kelihatan sekali kerisauan mulai timbul pada raut wajahnya.

"Ahhh...,Hmmp." Ujarnya sambil menarik nafas panjang.

"Aik pak cik?, macam berat je soalan Aedy tu?." Ujar Helmi hairan.

"Sebenarnya, pak cik tak berapa galakkan kamu pergi ke sana. Tapi memandangkan itu atas tugasan kerja, terpaksa pak cik setuju." Ujar Baba Sara menyatakan apa yang ingin di nyatakan.

"Aik?, kenapa pak cik?." Soal Syed sedikit kesal.

"Banyak peristiwa yang berlaku di sana semasa sara remaja dulu, sebabkan itulah pak cik bawa dia duduk di kampung mama dia." Jawab Baba Sara dengan loghat sabahnya itu.

"Peristiwa apa pak cik?." Soal Helmi ingin tahu.

"Hmmp, panjang ceritanya. Kalau pak cik cerita mungkin ndak pandai habis tu cerita. Macam inilah, satu jak pak cik mau pesan. Kalau kamu mau buat vlog tentang misteri seram di sana, mulut jangan celupar. Dan jangan tegur benda - benda pelik yang kamu tak pasti kewujudannya." Ujar Baba Sara.

"Baiklah pak cik, kami akan ingat pesan pak cik." Ujar Syed, namun dalam hatinya masih kurang percaya akan kewujudan makhluk halus.

Aedy yang mendengar kata - kata Baba Sara itu menjadi sedikit risau, dengan apa yang di alaminya tadi malam membuatkan dirinya bertambah risau. Baba Sara yang melihat ke arah Aedy itu pun, dapat melihat kerisauan yang terpancar di wajah lelaki berkulit putih melepak itu.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience