Langit semakin gelap, keadaan dalam van sunyi sepi kerana yang lain mulai terlelap. Hanya pakcik Van dan Sara sahaja yang masih terjaga, banyak fikiran yang bermain di benak gadis itu.
"Selamat pulang Saraaaaaaa.." Suara halus berbisik di telinga kirinya.
Gadis berkulit sawo matang itu pun memandang ke arah kiri asal suara dari bisikan itu, di lihatnya Aedy sedang tertidur dengan nyeyak. Buku romanya mulai merinding, dia merasa tidak sedap hati. Manakala pak cik Van pula masih lagi memasang Ayatul Qursi melalui telefonnya.
"Ya Allah, kau lindungilah perjalanan kami semua. Hanya padamu tempatku meminta dan berlindung dari segala apapun itu. Aamiin". Doanya dalam hati.
Sebaik saja dia berdoa, tiba - tiba dia menjerit sekuat hati. Sehingga pakcik Van menekan break kereta kerana terkejut. Manakala teman - temannya yang sedang nyenyak tidur terbangun akibat terkejut. Sara menekup mukanya menggunakan tanganya, Aedy yang ada duduk di sisi Sara pun menenangkan gadis itu.
"Sara?!, kenapa ni." Soal Aedy sambil memegang bahu Sara dan memandang wajah gadis itu.
Gadis itu terus menekup mukanya dengan tangan kiri, manakala tangan kanannya menunjuk ke arah luar tingkap. Aedy yang dalam keadaan bingung pun memandang wajah Sara selepas itu terus memandang ke arah luar tingkap van yang di tunjuk Sara. Begitu juga dengan sahabatnya yang lain, namun mereka berasa pelik kerana tidak ada sesiapa pun di situ. Hanya rumput lalang yang tinggi.
"Tak Ada apa pun?." Soal Helmi hairan sambil matanya masih melilau memandang ke arah semak itu.
"Aedy, baca surah tiga Qul. Hembus kat ubun - ubun sara tu." Arah Zura.
Syed yang merasa geram tidak dapat menahan rasa amarahnya, kerana dia tidak tahan melihat gadis yang di cintainya dalam diam itu dalam keadaan seperti itu. Dia pun membuka pintu van dan keluar dari dalam van. Helmi dan rakan yang lain terkejut dengan tindakan Syed itu.
"Syed?!, alah. Kau nak pergi mana?!.". Soal Helmi Risau.
Namun pertanyaan Helmi itu tidak di hiraukan oleh Syed, dia terus dengan niatnya menuju ke arah yang di tunjukkan Sara. Pak cik Van pula berasa cemas dan memberikan sebotol air mineral yang telah di bacakan ayat Qursi kepada Aedy untuk di beri minum kepada Sara.
"Woii?!!!." Teriak Syed.
Rakan - rakan yang lain terkejut dengan teriakan Syed itu, begitu juga dengan pak cik Van. Helmi terus keluar dari dalam van dan menuju ke arah Syed, di ikuti dengan pak cik Van.
"Tak kiralah!, kau jembalang!. Hantu!, syaitan dan jin sekalipun!. Aku tak gentarlah sial!. Jangan ganggu kamilah?!." Teriak Syed marah matanya melilau memandang ke arah kiri dan kanan.
"Cepat Pak cik." Ujat Helmi kepada pak cik Van sambil berlari ke seberang jalan untuk mendapatkan Syed.
"Kalau kau berani tunjuklah diri kau?!." Cabar berteriak seperti orang yang kehilangan akalnya.
Tidak lama kemudian, pak cik van pun mendapatkan Syed dan terus membaca ayat Qursi dan menghembus ke arah wajah Syed. Pak cik Van dan Helmi pun menarik Syed masuk ke dalam Van, manakala pak cik van terus menghidupkan enjin van dan memecut laju meninggalkan tempat itu.
Sara yang tadinya gelisah kini sedikit tenang selepas meminum seteguk air mineral yang di berikan pak cik van tadi, namun dia masih berasa sedikit gelisah dan tidak berani memandang ke arah tingkap van. Manakala Syed pula diam seperti orang yang sedang berkhayal, mereka semua diam membisu tanpa suara. Zura yang duduk di kerusi hadapan berasa sangat takut, tangannya menggigil sambil memandang wajah pak cik van yang kelihatan sedikit risau itu.
"Syed?, kau kenapa tadi?." Soal Helmi sambil memandang wajah Syed yang masih diam membisu itu.
Lelaki Berkulit Sawo matang itu pun menghela nafasnya sambil badannya di sandakannya pada kerusi. Dia membaca surah Al - ikhlas dan di sapunkan tangannya tadi pada wajahnya. Selepas itu, amarahnya pun sedikit demi sedikit mereda. Helmi Masih lagi memandang Syed, dia berasa pelik melihat kelakuan Syed yang masih mengabaikan pertanyaan tadi.
"Syed?!." Panggil Helmi lagi sambil mengoncang bahu Syed.
"Aku tak ada apalah." Jawab Syed lemah.
Aedy memandang Sara yang sedang bersandar di bahunya, dia berasa risau melihat Sara seperti itu. Dan pada masa itu, dia teringat akan cerita yang di beritahu kepadanya 5 tahun dulu oleh Jennie semasa sem akhir mereka di Uni dulu. Dia berasa sangat risau, dan terlupa akan hal itu. Di sepanjang perjalanan dia memikirkan untuk membatalkan niatnya untuk membuat Vlog tentang alam mistik di kampung baba Sara.
7.45 malam, mereka selamat sampai di perkarangan rumah Sara. Pak cik Van pun membunyikan hon van nya. Kelihatan Mama dan Baba Sara pun keluar dari dalam rumah dan memandang ke arah van yang sedang parking tepat depan rumahnya.
Tidak lama selepas itu, terlihat kelibat Sara dan teman - temannya keluar dari dalam van. Sara terus menuju ke arah Mama dan Babanya, dia terus menyalam kedua orang tuanya itu dan memeluk mereka. Manakala Syed, Aedy, Helmi dan Zura pula sebok mengeluarkan barang peralatan yang di simpan dalam bonet Van.
Baba Sara yang melihat wajah anaknya, saling berpandangan dengan Isterinya. Mereka seakan tahu apa yang terjadi semasa dalam perjalanan pulang tadi, namun mereka tidak menanyakan apa - apa kerana tidak ingin merosakkan suasana.
"Jomlah masuk semua?." Pelawa Baba Sara dengan ramah sambil memandang wajah teman - teman Sara itu.
Aedy, Syed, Hilmi dan Zura pun menuju ke arah sara dan kedua orang tuanya sambil mengangkat peralatan yang di bawa mereka beserta beg pakaian. Mereka pun saling bersalaman.
" Masuklah dulu, mandi. Lepas tu kita boleh makan sama." Pelawa Mama Sara sambil tersenyum manis memandang wajah - wajah mereka semua. "Sara, ajak kawan masuk ye?. Ma sudah kasi siap bilik tetamu tu, nanti Sara tunjuk dengan durang ya." Arah Ma Sara sambil tersenyum berbicara dengan loghat Sabah.
"Ya, Ara bawalah kawan - kawan ara masuk dulu. Baba mau jumpa pak cik Van kejap." Ujar Baba Sara. "Ahh, kamu masuk dulu ya. Nanti pak cik masuk kejap lagi, bersihkan diri dulu. Lepas tu kita makan sama -sama." Pelawa Baba Sara.
"Baik Pak cik , mak cik." Ujar Aedy dengan sopan.
Manakala sahabatnya yang lain hanya tersenyum, tidak lama kemudian mereka pun masuk ke dalam rumah. Manakala Baba Sara pun berjumpa dengan pak cik Van, kelihatan perbualan mereka rancak sekali.
"Iya Mam, tadi teriak bha si Ara. Aku pun nampak juga tadi, tapi aku diam - diam takut yang lain tu ketakutan nanti.". Beritahu Pakcik Van.
"Hmmp, tidak apalah Van. Aku tahulah macam mana nak uruskan." Ujar Baba Sara sambil menepuk bahu pak cik Van.
"Bha kalau macam tu Mam, aku balik dululah. Malam sudah ni, aku takut nanti mencari biniku." Ujar pak cik Van meminta diri.
"Aik kalau ya pun, masuk dulu bha dalam rumah. Minum secawan kopi, barulah balik." Pelawa Baba Sara.
"Aik ndak apalah Mam, lagi pun malam sudah. Aku mahu berehat lagi, manatahu esok jadi anakmu sewa van ku." Tolah Pak cik Van dengan sopan.
"Bha iyalah, kalau kau sudah cakap macam tu apa boleh buat." Ujar Baba Sara sambil terseyum. "Besok - besok sajalah kita kopi - kopi." Ujar Baba Sara.
"Okeah Mam, Assalamualaikum." Ucap pak cik Van sambil masuk ke dalam Van.
"Waalaikumsalam." Ujar Baba Sara.
Sebaik sahaja pak cik van meninggalkan perkarangan rumah, Baba Sara pun masuk ke dalam rumah. sebelum masuk, mulutnya terkumat kamit membaca doa tiga Qul dan memagar kawasan rumahnya dengan ayat suci Al - Quran.
"Sudah siap kau masak Ma?." Soal Baba Sara yang muncul dari pintu dapur.
"Ya sudah, tinggal mau kasi hidang lagi ni di meja makan." Jawab Mama Sara sambil tersenyum memandang wajah suaminya itu.
"Budak - budak tu mana sudah?." Soal Baba Sara sambil matanya melihat ke arah ruang tamu.
"Mandi agaknya, tadi masa abang berbual dengan si Van tu. Budak - budak tu sudah masuk bilik. Sudah mandi." Beritahu ibu Sara. "Lama betul abang berbual dengan si Van tu?." Soal mama sara sambil menjeling ke arah suaminya.
"Aik ma?, dengan van pun nak cemburu ke?." Usik Baba Sara sambil tertawa kecil.
"Ish, abang ni. Tedalah, Ma cuma hairan jak. Sebab lama betul abang berbual sama si van tu." Ujar Mama Sara.
"Teda apa - apa jugak bha tu, okeylah abang mahu panggil budak - budak tu makan. Sudah pukul 8.30 sudah ni, nanti lapar pulak kawan - kawan si Ara tu." Ujar Baba Sara.
Tidak lama kemudian, mereka pun berkumpul di meja makan. Mama Sara pun menyendokkan nasi ke dalam pinggan, manakala Sara pula menuangkan air ke dalam gelas. Mata Helmi memandang ke arah lauk pauk yang terhidang di meja makan sambil menelan air liurnya.
"Wah banyak lauk pak cik?." Tegur Helmi tersenyum lebar.
"Ya, mak cik kamu masak banyak sikit hari ni. Sebab ada tetamu sampai rumah." Jawab Baba Sara membalas senyuman Helmi.
"Ishk, Si Helmi ni memang macam tu pak cik, mak cik. Pantang nampak makanan, asyik nak melantak je kerjanya." Sampuk Zura menyakat Helmi sambil tertawa kecil.
"Tak apa, selagi ada rezeki makanlah. Lagi pun mak cik masak banyak - banyak ni buat kamu semua jugak." Ujar Mama Sara sambil tersenyum.
"Mama akh ni. kalau korang nak tahu, memang pandai masak. Sedap tau, aku yakin comfirm bertambah nasi nanti." Sampuk Sara tertawa kecil.
"Wah, kena try makan ni kalau dah kau cakap macam tu." Ujar Aedy tersenyum.
"Makanlah." Ujar Sara lembut sambil mengunjukkan pinggan berisi nasi kepada Syed.
Lelaki itu pun menyambut pinggan itu dengan malu - malu, Mama dan Baba Sara yang melihat gelagat anaknya dan lelaki yang berkulit sawo matang itu pun tersengih - sengih memandang antara satu sama lain.
"Hmmp, nampaknya ndak lama lagi kita dapat menantu sudah ni ma." Bisik Baba Sara sambil memandang wajah anaknya itu.
"Adeii Baba ni, ada - ada jak." Ujar Sara tersenyum malu.
Begitu juga dengan Syed, tersipu malu memandang wajah kedua orang tua Sara. Lebih - lebih lagi wajah Sara, manalal Helmi yang duduk di sebelah Syed itu pun mengusik Syed yang sedang malu - malu itu. Aedy sedikit cemburu bila melihat wajah Sara yang sedikit memerah malu itu.
Selesai sahaja makan malam, Sara dan zura mencuci pinggan mangkuk. Manakala Mama Sara menghidangkan kopi O panas di ruang tamu kepada baba Sara, Syed, Helmi dan Aedy. Tidak lama selepas itu, Sara dan Zura pun muncul dari pintu dapur dan menuju ke ruang tamu. Dan terus melabuhkan punggung di atas sofa.
"Pak cik, mak cik." Panggil Syed dengan nada suara yang lembut dan sopan.
"Ya, ada apa?." Jawab Baba Sara.
"Ni, saya ada belikan pak cik dan mak cik buah tangan. Saya harap pak cik dan mak cik sukalah." Ujar Syed sambil mengunjukkan dua beg plastik pakaian kepada Mama dan Baba Sara.
Mama dan Baba Sara pun menerima hadiah pemberian Syed itu, sambil melihat isi di dalamnya.
"Terima kasih nak, tapi mahal ni kamu kasih beli barang ni buat pak cik dengan mak cik. Rasa segan pulak." Ucap Baba dan Mama Sara.
"Tak apa pak cik, macik. Saya ikhlas." Ujar Syed tersenyum.
Sara yang melihat sikap ramah, sopan dan hormat Syed kepada kedua orang tuanya. Membuat dia semakin jatuh hati kepada lelaki itu, walaupun kadang kala sikapnya membuat dirinya merasa sedikit rimas.
"Cie cie cie, nak ambil hati pak mentua ke tu Syed?." Usik Helmi sambil tertawa kecil.
Mereka semua pun tertawa kecil sebaik sahaja mendengar usikan Helmi kepada Syed itu, manakala Syed dan Sara pun saling berpandangan. Sara tertunduk malu apabila matanya dan mata lelaki itu saling bertentang.
"Kalau nak pikat anak, kena pikat hati mak ayah dia dulu. Betul tak pakcik?." Usik Helmi lagi.
"Betul tu, pak cik setuju." Sokong Baba Sara sambil memandang wajah isterinya itu.
Setelah selesai minum kopi, mereka semua pun masuk ke dalam bilik masing - masing untuk berehat.
Es Coffee Espresso
Share this novel