CELUPAR 5

Horror & Thriller Series 7955

Malam semakin menua, kelihatan tubuhnya mengeluarkan begitu banyak peluh. Dia sedikit meronta - ronta.

"Tolong, jangan!.. jangan..jangan ganggu aku!!..pergi!!..pergi!!.." Pintanya meronta dengan mata yang terpejam.

Jennie yang ada di sebelahnya terjaga sambil menyapu matanya melihat ke arah Sara. Manakala Sara masih lagi meronta - ronta meminta jangan di ganggu dengan mata yang terpejam. Jennie cepat - cepat membangunkan Sara.

"Sara!..Sara!..Bangun Sara?!.."Ujar Jennie sambil menggoncang bahu Sara.

Sara pun terjaga terus memeluk Jennie, gadis itu menangis sambil tubuhnya basah dengan peluh. Jennie pun merangkul Sara dengan erat, sambil menenangkan sahabatnya itu.

"Dah..Dah..Syuu jangan menangis lagi." Pujuk Jennie.

"Aku...aku..aku takut Jennie." Ujarnya Sambil menangis.
"Jangan takut Sara, aku ada. Dah Jom, ikut aku kat dapur. Aku Buatkan kau milo suam." Pujuk Jennie.

Jennie dan Sara pun menuju ke dapur, setelah selesai membuat Milo suam. Jennie pun duduk berhadapan dengan Sara di beranda kondonya.

"Nah, kau minum ni. Bagi tenang sikit perasaan kau." Ujar Jennie sambil meletakkan cawan yang berisi milo panas itu di hadapan Sara.

Jennie melihat sahabatnya itu masih lagi duduk mengelamun, matanya tertumpu ke arah luar.

"Kau okey ke tak ni?." Soal Jennie sedikit risau.

"Aku Okey, kau tak payahlah risau." Ujar Sara sambil memandang wajah Jennie.

"Kau dah fikir masak - masak ke nak balik kampung?.". Soal Jennie lagi memandang tepat ke arah wajah Sara.

Sara hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu, dia pun mencapaii cawan yang berisi milo suam dan di hirupnya perlahan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Suasana Bandara Airport KLIA 2 itu kelihatan riuh sekali dengan suara ramaii orang. Sara, Aedy, Hilmi dan Zura telah tiba, namun kelibat Syed masih lagj tidak kelihatan.

"Mana Syed ni?, janji kan nak kumpul pukul 9.00 pagi?." Soal Aedy sambil melihat ke arah jam tangannya. " Sekarang ni dah pukul 9.15 pagi dah?!." Gumamnya lagi, sambil matanya memandang ke pelbagai sudut untuk melihat kelibat Syed.

"Entahlah, aku dah whatsapp dia semalam." Balas Helmi.

"Sorry gais, lambat. Ada pulak staff aku yang nak minta mc tu yang lambat sikit." Ujar Syed tercungap - cungap.

"Tak apa, yang penting kau datang. So jom lah kita masuk pintu pelepasan, tak lama lagi flight kita ni." Arah Aedy.

Tepat Jam 9.45 pagi, kapal terbang yang di naiki mereka pun berlepas. Aedy, Sara Dan Zura duduk bersama. Manakala Helmi pula duduk bersama dengan Syed.

Pandangan mata Syed tertumpu kepada Sara dan Aedy yang duduk bersebelahan mereka, kelihatan sekali keakraban Sara dan Aedy. Itu membuatkan Syed sedikit cemburu, kerana gadis itu adalah cinta pertamanya. Helmi yang perasan akan perilaku Syed yang kelihatan cemburu itu pun tertawa kecil, mendengar bunyi tertawa itu. Pandangan Syed terus beralih ke arah Helmi.

"Asal kau gelak Mie?!." Soal Syed sedikit marah sambil memandang wajah Helmi yang masih lagi tetawa itu. "Kau ingat lawak ke?!." Soal Syed lagi.

"Jangan marah doh, aku cuma lucu je tengok muka cemburu kau tu. Hahhhah." Balas Helmi sambung tertawa lagi.

"Mana ada?!, aku tak cemburu lah. Buat apa aku nak cemburu, Sara tu bukan test akulah. Aku ni suka perempuan yang feminin, bukannya tomboy macam tu." Ujar Syed menafikan perasaannya.

"Eleh, ye lah tu." Ejek Helmi Sambil tersenyum. "Kau ingat aku tak tahu ke?, kau join team ni pun sebab Sara kan?." Ujar Helmi memandang wajah Syed.
"Macam mana kau tahu?." Soal Syed hairan, sebab dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang perasaanya terhadap Sara.

"Aku terdengar perbualan phone kau dengan mak kau hari tu." Beritahu Helmi.

"Okey fine, yes i love her. Tapi aku tahu, dia takkan suka aku punya. Sebab dia dah ada Aedy." Ujar Syed akur dan kedengaran sedikit berputus asa.

"Hey bro, kau cubalah dulu. Kau ni pun lembik macam perempuan." Balas Helmi memberi semangat.

"Kau tak nampak ke tu?." Ujar Syed sambil mengarahkan pandangannya ke arah Sara dan Aedy.

"Sara dan Aedy tu kawan je lah." Balas Helmi. " Chill man, aku yakin Sara pun macam ada perasaan dekat kau. Dia dan Aedy tu kawan je." Beritahu Helmi

Senyuman terus terukir di bibirnya saat mendengar kata - kata Helmi. "Kau biar betul?." Soal Syed girang.

"Aah, dia pernah tanya kat aku dulu. Tu dua tahun lepas punya cerita, dia tanya sama ada kau ni single ke tak. "So aku jawablah, kau single. Bila dengar je aku cakap single, senyuman dia tu mashaa allah. Dari situlah aku tahu, maybe dia pun ada simpan perasaan kat kau." Beritahu Helmi sambil memandang wajah Syed yang sedang berbunga - bunga itu.

Sebaik sahaja mendengar apa yang di katakan Helmi, Syed berasa sangat gembira. Matanya masih terpaku merenung Sara. Tidak lama kemudian, Sara perasan akan Syed yang merenungnya dari tadi. Sara pun membalas renungan Syed, sambil matanya menjeling memandang wajah Syed. Manakala lelaki itu hanya tersenyum bahagia, kerana dia tahu cintanya tidak bertepuk sebalah tangan.

"Sebok je nak pandang - pandang." Bisik Sara sedikit geram, namun jauh di sudut hatinya merasakan sedikit bahagia.

"Siapa?." Soal Aedy hairan memandang Sara.

"Tak ada apa lah." Jawab Sara. "Aedy, nanti kejutkan aku ya kalau dah sampai?." Pinta Sara.

"Baiklah." Balas Aedy setuju sambil memandang wajah gadis yamg berkulit sawo matang itu.

Sara yang sudah terlelap selama tiga puluh minit itu pun terus terlelap, begitu jugak dengan Zura yang duduk di sebelah kanannya. Aedy pun merenung ke luar tingkap, dan tidak sengaja terpandang wajah Sara yang di sinari cahaya matahari itu. Jantungnya berdetak seperti paluan gong, dia pun memegang dadanya. Dan jantungnya berdetak lagi, dia terseyum sambil memandang wajah gadis itu.

"Why you so cute?, cantik." Ujarnya dalam hati, sambil melabuhkan kepala Sara di dadanya.

Lelaki itu menyedari bahawa dia telah jatuh hati terhadap gadis itu, namun dia terpaksa pendamkan perasaannya kerana dia tidak ingin merosakkan persahabatan mereka hanya kerana sebuah perasaan.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience