"Ahh, segarnya selepas mandi." Ujar Sara tersenyum sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.
Sara pun memandang cermin sambil meletakkan tuala tadi di atas meja soleknya, gadis itu pun tersenyum memandang sahabatnya yang sedang sebok menatap laptopnya itu. Tidak lama kemudian sahabatnya pun perasan akan Sara yang merenungnya dari tadi, Sara pun membalikkan posisi badannya ke arah sahabatbya itu.
"Jennie, kau tengah buat apa tu?. Dari Tadi sebok je?. Kau langsung tak layan aku pun?." Ujar Sara bersahaja memulakan topik perbualan.
"Aku seboklah sara, ni huh kerja aku ni tak siap lagi. Lusa bos aku dah nak tengok proposal ni." Jawab Jennie, matanya masih lagi tertumpu ke arah skrin laptopnya. Manakala jari jemarinya ligat menekan keyboard laptopnya.
"Hmmp, sahabat setiausaha aku ni buzy rupanya." Usik Sara sambil membaling tualanya yang Berada di atas meja soleknya ke arah Jennie.
"Sara?." Ujar Jennie Sambil tersenyum memndang sahabatnya itu.
"Okeylah, aku tak kacau kau. Buatlah kerja kau dulu." Balas Sara sambil tertawa kecil.
"Okey." Balas Jennie pendek.
Tidak lama setelah itu telefon bimbit Sara pun berdering, dia pun mencapai telefonnya. Dan terus menekan tombol jawab.
"Hello ma?, waalaikumsalam. Kenapa call?." Soal Sara dalam talian.
"Tak apa, saja call Sara. Anak Ma ni dah makan ke?." Soal Ibu Sara Dalam Talian.
"Dah makan dah tadi, Ma dan Baba sihat ke?." Jawab Sara sambil bertanya. "Dah makan ke?." Soal Sara lagi sambil tersenyum.
"Baba masih kat surau tu hah, kejap lagi makanlah ni." Jawab Ibunya pendek.
"Lauk apa Ma?." Soal Sara ingin tahu.
"Sambal petai dan ayam goreng je, Ma tak beli barang dapur lagi." Jawab Ibu.
"Lah, dah kira alhamdulillah dah tu Ma." Ucap Sara sambil tersenyum.
"Sara Jadi ke balik esok?, ramai ke kawan - kawan Sara yang nak datang rumah?." Soal Ibu.
"Jadi Ma, mungkin Sara dan kawan - kawan Sara Bermalam semalam je kat rumah Ma. Lepas tu kita orang nak balik kampung Baba, nak buat next projek kita orang kat sana." Jawab Sara sambil melihat kuku jarinya.
Sebaik sahaja Jennie mendengar perbualan Sara dan ibunya, Jennie terus berhenti membuat kerjanya dan memandang wajah Sara dengan penuh tanda tanya. Raut wajahnya kelihatan sedikit khuatir.
"Sara yakin ke nak balik kampung Baba?." Soal Ibu Sara, nada suaranya terdengar sedikit khuatir.
"Ya Ma. Ma Tak payahlah risau, Sara okey." Jawab Sara. " Okeylah Ma, nanti esok Sara Call kalau dah sampai airport. Sara ada kerja lagi nak kena buat ni." Ujar Sara. "Okeylah Ma, assalamualaikum. Kirim salam dengan Baba." Ujarnya.
"Yelah, nanti Ma sampaikan. Waalaikum salam."
Setelah selesai berbual dengan ibunya melalui telefon, Sara pun terus berbaring di sebelah Jennie. Dia Terus memejamkan matanya, manakala Jennie pula memandang wajah Sara dengan sedikit risau.
"Sara?,..Sara?. Kau Dengar tak aku panggil ni?." Ujar Jennie sambil menutup laptopnya dan meletakkan laptopnya di atas meja di samping katilnya itu.
"Uhm..kenapa Jennie?." Soal Sara masih lagi menutup matanya.
"Kau betul ke nak balik kampung esok?, kau yakin?!." Ujar Jennie sedikit risau.
"Yap." Balas Sara sambil membuka matanya memandang wajah Jennie.
"Kau kan dah janji takkan balik kampung baba kau?." Soal Jennie. " Dan lagi satu, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau nak balik?." Soal Jennie bertubi kepada Sara.
"Hmpp.." Sara menghela nafas panjang sambil memandang wajah sahabatnya itu. "Kau tak payah risau, aku okey je. Lagi pun next projek kita orang nak buat tu mesti balik kampung aku." Jawab Sara.
"Kau tak takut ke Sara?. Dalam banyak - banyak tempat kat malaysia ni, kampung baba kau jugak kau nak pergi?. Dah buang tebiat ka apa kau ni?!." Suara Jennie sedikit keras khuatir, sambil memandang wajah sahabatnya itu.
"Dah lah, aku nak tido. Esok kena packing barang awal pagi, jam 9.00 pagi dah nak kena gerak kat airport." Ujar Sara sambil memalingkan tubuhnya dan menutup matanya.
Jennie hanya diam membisu, dia khuatir akan berlaku perkara yang tak baik terhadap sahabatnya itu. Dia takut peristiwa 10 tahun lalu berulang kembali.
Manakala Sara, pula membuka matanya semula. Dia sedikit risau akan berlaku perkara yang tak di ingini seperti apa yang di katakan Jennie.
"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami untuk hari esok dan seterusnya sehingga next projek kami selesaii aamiin????." Bisiknya dalam Hati.
Es Coffee Espresso
Share this novel