CELUPAR 13

Horror & Thriller Series 7955

Van yang di pandu pak cik Van terus meluncur laju, keadaan jalannya sedikit berbatu. Pakcik Van pun terpaksa memandu dengan kelajuan 50km per jam. Dengupan jantung Sara semakin berdengup, seakan dia dapat merasakan perkara yang tidak baik akan berlaku.

"Berapa hari kamu di sana Sara?." Soal Pak cik Van, tangannya masih lagi mengawal stering kereta Vannya.

"Lebih kurang dalam tiga atau empat hari jugaklah pak cik." Jawab Sara sambil memandang pak cik Van.

"Hmmp, kalau macam tu. Nanti Kau Call pak cik jak lah kalau kamu sudah balik ya." Beritahu pak cik Van.

"Aik?, pak cik tak ikut sekali stay ke dengan kita orang?." Sampuk Syed sambil keningnya sedikit berkerut memandang ke arah pak cik Van.

"Ndak kali, sebab pak cik ada urusan lain lagi mau kena buat." Jawab Pak cik Van sambil tersenyum.

"Hmmp, macam mana kalau kitaorang nak keluar pekan nanti pak cik?." Soal Zura sedikit risau, kerana bekalan makanan mereka hanya dapat bertahan dua hari sahaja.

"Hmmp, tu korang tak payah risau lah. Dekat rumah lama aku tu, ada kereta. Nanti kita gunalah kereta tu." Ujar Sara sambil tersenyum memandang teman - temannya itu.

"Eh?, berfungsi lagi ke kereta engkau tu Sara?. Bukan dah nak dekat sepuluh tahun ke kau tak balik kampung?." Soal Helmi lagi.

"Jangan risau, Baba aku ada upah orang jagakan rumah dan kereta kami kat sana. Mungkin masih boleh pakai lah kot?." Teka Sara .

"Alamak Helmi?, benda kecik kot?. Aku kan ada." Ujar Syed sedikit meninggi diri sambil mendongakkan dadanya.

Mereka semua pun tertawa kecil sambil memandang ke arah Helmi, manakala pak cik van pulak tetap fokus dengan stering keretanya.

Tepat jam 2.00 petang, kelihatan awan pun mulai mendung dengan dentuman guruh di langit. Beberapa minit kemudian hujan pun turun, pak cik van terpaksa memandu dengan kelajuan 40km per jam. Kerana jalannya yang berbatu dan licin.

"Alamak, pak cik?!. Hujanlah." Tegur Zura sambil memandang ke arah luar tingkap. Langit yang tadi cerah bertukar menjadi gelap oleh kepulan awan hitam.

"Ya, tadi cuaca okey jak." Balas Pak cik Van sambil matanya melilau memandang ke arah awan yang kelabu itu. "Kalau macam ni, pak cik tak boleh bawa laju - laju. Jalan licin!." Ujar pak cik Van lagi.

"Okey pak cik, biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi." Ujar Aedy dengan tenang.

Sara pun memandang ke arah Aedy, mata mereka saling berbalas pandangan. Aedy tersenyum manis memandang Sara, jantungnya mulai berdebar melihat pandangan mata gadis itu. Sara menundukkan pandangannya, kerana dia berasa malu apabila lelaki berkulit putih melepak itu memandang sambil tersenyum manis ke arahnya. Zura yang perasan akan gelagat mereka itu pun tersenyum memandang keduanya saling berpandangan dan malu - malu itu.

"Hmmp?!, weii romantiknya korang." Usik Zura sambil memalingkan badannya ke belakang dan memandang ke arah Aedy dan Sara yang saling duduk bersebelahan itu.

"Weii Zura, jaga - jaga nanti ada yang cemburu. Hahaha!.." Sampuk Helmi tertawa kecil.

Syed terus memandang ke arah Helmi, keningnya sedikit berkerut. Helmi yang tadinya tertawa terus menutup mulutnya, kerana dia takut lelaki berkulit sawo matang itu bertambah marah. Sara dan Aedy tersipu malu dengan usikan Zura itu. Perasaan Syed menjadi tidak keruan, hatinya terbakar melihat Sara dan Aedy. Namun itu tidak merubah orang yang memiliki hatinya tetap lelaki berkulit sawo matang itu. Kerana dia telah menganggap Aedy seperti abang kandungnya sendiri.

Sedang asyik melayan rasa cemburunya, Syed pun mengarahkan pandangannya ke arah tingkap van. Dia sedikit terkejut kerana melihat lelaki yang berpakaian hitam seperti yang di lihatnya tempoh hari. Lelaki itu tersenyum kepadanya, dalam keadaan hujan lelaki itu melirik memandang ke arahnya dengan pandangan yang seram.

"Pak cik berhenti kejap!." Arah Syed.

Pak cik Van pun memberhentikan keretanya, Syed terus keluar dari dalam kereta itu dan terus berjalan menuju ke belakang untuk mencari lelaki yang di lihatnya tadi. Hatinya penasaran ingin melihat siapakah gerangan lelaki yang seram itu. Sara yang melihat Syed pun merasakan tidak sedap hati, dalam hujan dan langit awan mendung dengan guruh lagi berdentum. Dia segera keluar dari dalam van dan mendapatkan Syed. Sebelum dia keluar dari dalam van tangannya di pegang oleh Aedy.

"Sara, hujan ni. Biar aku je yang tengok Syed." Ujar Aedy ingin mencegah Sara.

"Tak apa, biar aku saja yang pergi. Korang tunggu sini." Arah Sara terus keluar dari dalam van.

"Syed?!..Syed?!.." Panggil Sara sambil meredah hujan, pandangannya sedikit kabur kerana gelap.

Lelaki itu terus mengatur langkahnya menuju ke arah tempat kelaki misteri itu berdiri. Manakala Sara terus berlari untuk mendapatkan Syed, kerana dia tahu apa yang di lihat oleh lelaki itu bukanlah manusia.

"Syed?!." Ujar Sara terus merangkul tangan lelaki itu.

"Apa yang kau buat kat sini Sara?!." Soal Syed sedikit marah.

"Syed, jom kita masuk dalam van. Kita teruskan perjalanan." Ujar Sara terus menarik tangan lelaki itu.

Syed dan Sara pun meninggal kan tempat itu dan berlari menuju ke arah van, tidak lama kemudian terdengar suara yang sedikit garau dan seram teriak memanggil nama wanita itu sambil tertawa.

"Sara?!!!!...Hahhahahahah..."

Langkah Syed terhenti sambil memandang ke arah belakang, Sara yang kelihatan takut terus menarik tangan Syed. Mahu tidak mahu Syed terpaksa mengikuti langkah kaki Sara. Mereka berdua berlari dalam hujan dan terus masuk ke dalam van dengan keadaan yang basah kuyup.

"Pakcik?!, jalan Pakcik!, Jalan!." Ujar Sara dengan cemas sambil ketakutan.

"Ya..Ya!." Ujar Pak cik Van terus memecut laju meninggalkan tempat itu.

Bibir Sara kelihatan pucat kerana kesejukan, bajunya habis basah.
Aedy pun mengeluarkan tuala dari begnya dan membaluti tubuh Sara dengan tuala itu. Syed hanya diam membisu, fikirannya masih lagi memikirkan tentang lelaki misteri itu. Dia langsung tidak mengendahkan dirinya yang kesejukan basah kuyup itu.

"Ehh?!, engkau dah kenapa?!." Soal Aedy sedikit bengang kepada Syed sambil memalingkan badannya ke belakang memandang wajah Syed.

"Apa?!." Ujar Syed dengan suara yang sedikit tinggi.

"Eh?!, engkau. Kalau jadi apa - apa kat Sara tadi, apa kita nak jawab dekat Baba Dia?!. Seharusnya aku tak masukkan kau dalam team ni!." Ujar Aedy, kesabarannya mulai habis melihat kelakuan Syed yang penting akan dirinya sendiri itu.

Helmi yang melihat keadaan semakin memanas pun coba mencelah percakapan kedua lelaki itu yang saling tidak akur.

"Woo - woo, gais. Kita datang sini bukan nak gaduh. Relax." Sampuk Helmi memandang wajah kedua - dua sahabatnya itu.

"Aku bukan apa Helmi, tadi aku ternampak lelaki yang aku nampak tempoh hari. Lelaki yang berpakaian hitam dan berkepala botak tadi." Ujar Syed. " Sebab itu aku turun, aku nak pastikan apa yang aku nampak tu!." Ujar Syed coba menerangkan kepada Helmi dan Aedy.

"Yang kau nampak tadi bukan manusia Syed!." Ujar Sara dengan suara yang gementaran, pandangannya tajam tertumpu ke arah Syed.

"Ehh?, rubbish!!. Habis kau nak cakap yang aku nampk sebelum ni hantu lah?!. Macam tu?!." Soal Syed sambil tertawa mengejak Sara.

"Ehh?, Bodoh!." Ujar Aedy hilang kesabarannya tangannya terus mencengkam kolar baju Syed.

"Eh, bro - bro. Jangan macam ni weii." Ujar Helmi menenangkan keadaan.

"Korang?!." Ujar Zura.

"Kau ingat erk?!, kalau jadi apa - apa dekat team kita. Salahnya semua berpunca dari kau!." Ujar Aedy dengan marah.

"Kau je tu yang bodoh?!, percaya dengan hantu!." Ujar Syed celupar. "Hantu tu semua halusinasi korang je!." Ujar Syed lagi dengan suara yang keras.

"Sudah!, cukup!." Ujar pak cik Van, suaranya sedikit keras. Dia kehilangan sabar melihat tingkah mereka semua.

Aedy terus melepaskan cengkamannya, dia akur dan terus memalingkan badannya ke hadapan. Manakala Syed masih lagi dengan sifat ego dan berlagaknya itu.

"Kamu semua ingat pesan Baba Sara?!, mulut jangan celupar!. Jangan tegur benda yang tak pasti kamu lihat!." Ujar pak cik Van mengingatkan kembali pesan Baba Sara kepada anak - anak muda itu.

"Tapi pak cik, semua tu mengarut?!. Nonsense?!. Mana ada hantu zaman canggih macam ni?!. Kalau ada pun itu satu keuntungan buat kami sebab boleh femes!." Sampuk Syed masih dengan ego dan mulutnya yang celupar itu.

"Biadap!." Ujar Pak cik Van marah sambil menekan break keretanya.
Dia pun memalingkan pandangannya ke belakang matanya melotot memandang wajah Syed. "Ingat?!, masih ada penghuni lain di antara kita. Mulut jangan celupar!. Kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh di undur. Terlajak perkataan dan perbuatan buruk padahnya!." Cebik pak cik Van marah.

Syed terus terdiam apabila mendengar kata - kata pak cik van itu, namun di hatinya masih berpegang teguh dengan pendiriannya yang hantu itu tidak wujud.

Pak cik van pun terus memandu kereta dengan laju, kerana hujan sudah pun berhenti. Dia sedikit risau akan mulut Syed yang celupar itu yang mampu membahayakan kawan - kawannya yang lain.

Zura yang duduk di depan sebelah dengan tempat duduk pemandu pun berasa sedikit takut melihat wajah pakcik van yang sedang marah itu.

"Kaulah?!, hmmp." Ujar Helmi mencebik marah sambil memandang wajah Syed.

Lelaki berkulit sawo matang itu pun menjeling sambil memandang wajah sahabatnya itu.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience