CELUPAR 9

Horror & Thriller Series 7955

Malam semakin larut, angin bertiup dengan lembut. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik bersahut - sahutan, ketenangan itu hanya boleh berasa jika berada di kampung jauh dari kesibukan bandar. Namun dalam suasana yang tenang itu, fikiran Aedy masih lagi bercelaru. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang di sediakan di beranda luar rumah Sara.

"Hmmp!." Keluhnya menghela nafas. "Patut ke aku teruskan projek ni?, kalau jadi apa - apa kat Sara macam mana?." Soal Aedy dalam hati.

Dia merasa risau dengan apa yang telah terjadi semasa dalam perjalanan menuju ke rumah gadis itu tadi, dia tiba - tiba teringat akan hal yang di ceritakan Jennie kepadanya dahulu. Jikalau dia membatalkan projek itu, dia akan menangung kerugian yang besar. Kerana banyak sponser yang menaja mereka.


**********************************************

Kelihatan Baba Sara baru selesai membaca tafsir Al - Quran, manakala Mama Sara pula masih tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya sedikit risau.

"Kenapa belum tidur lagi?." Soal Baba Sara sambil meletakkan kaca matanya pada meja di samping katil itu.

"Entahlah bang, Ma rasa macam tak sedap hati pulak mau bagi Ara tu balik kampung mu." Beritahu Mama Sara dan menyatakan rasa risaunya itu.

"Abang pun macam tu Ma, tapi itulah. Macam jak Ma ndak kenal anak kita si Ara tu." Ujar Baba Sara sambil memandang wajah Isterinya itu.

"Ma takut perkara sepuluh tahun lepas berulang bang, macam jak abang ndak kenal kenal perangai si Borhan tu." Ujar Mama Sara.

Baba Sara pun mati kata - kata, dia tidak tahu harus berkata apa lagi kepada Mama Sara. Orang tua mana yang tidak menyanyangi anaknya, kerana Sara lah satu - satunya anak mereka setelah arwah anak sulung mereka meninggal sepuluh tahun lepas.


*******************************************

"Aedy?!."

Lelaki berkulit putih susu itu pun sedikt terkejut bila bahunya di tepuk keras dari belakang, dia memalingkan kepalanya memandang ke arah belakang. Orang yang menepuk bahunya itu adalah Sara, gadis itu pun tersenyum sambil duduk berhadapan dengannya.

"Kenapa kau tak tidur lagi?." Soal Aedy memandang wajah gadis itu.

"Saja, aku tak mengantuk lagi." Jawab Sara sambil tersenyum simpul memandang wajah Aedy.

"Hmmp, pergilah masuk tido. Nanti apa pulak kata Baba kau lihat kita berduaan duduk kat luar ni." Ujar Aedy membalas senyuman Sara. "Nanti tak pasal - pasal dapat khawin free pulak." Ujar Aedy sambil mengusik Sara.

Gadis itu pun tersenyum sambil bangkit dari tempat duduknya dan duduk di sisi Aedy, dia pun mendekatkan wajahnya dengan wajah Aedy.

"Kau suka aku ke?." Ujarnya sambil terseyum simpul. Tangan kanannya membelai wajah putih Aedy itu.

"Kenapa dengan kau ni sara?!." Soal Aedy sedikit terkejut dengan kelakuan Sara yang sedikit pelik itu. Kerana Sara yang dia kenal tidak akan berbuat sedemikian, dia pun bangun dari tempat duduknya. Sebelum sempat dia mengeluarkan kata - katanya, terdengar seseorang memanggil namanya.

"Ehh?, Diey?. Dengan siapa kau borak tu?." Soal Helmi sambil mengesat matanya memandang ke arah Aedy. Namun dia tidak melihat sesiapapun bersama lelaki itu.

"Aku borak dengan Sa.." Belum sempat dia menghabiskan kata - katanya, dia diam sejenak. Bulu romanya pun merinding, sebaik sahaja dia memandang ke arah kerusi tempat Sara duduk tadi kosng.

"Ehh?, Diey!. Kau kenapa?!." Soal Helmi lagi menuju ke arah Aedy sambil menepuk bahu sahabatnya itu yang kelihatan seperti orang bingung.

"Tak de apa Mie, okeylah aku masuk dalam dulu." Ujar Aedy, jantungnya berdengup dengan kencang kerana takut.

Dengan langkah tergesa - gesa Aedy meninggalkan Helmi, manakala Helmi pula hairan melihat tingkah laku Aedy yang sedemikian seperti baru terserempak dengan jembalang.

"Ishk?, dah kenapa dengan Aedy Ni?. Hari ni semua orang buat perangai pelik?, hmmp." Bisik Helmi dalam hati sambil mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah dan terus menutup daun pintu rumah.


***********************************************

Suasana suram, dengan wangi kemenyan serta asap pun mengelilingi kawasan rumah yang terletak di atas bukit itu. Kedengaran bunyi seseorang membaca mentera mengunakan loghat bahasa jawa.

"Sampeyan teka saka gunung, sampeyan digawe saka geni. Ayo nuruti prentahku!. Getih kudu dibayar kanthi getih. Ayo dendam dibales. Kanggo nentremake jiwa kawula!." Ujar Seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 60-an itu. Selesai sahaja dia membacakan mantra itu, kedua tangannya di hentakkan di atas lantai. Kelihatan peluh - peluh kecil keluar dari dalam pori liang romanya.

Lelaki tua itu pun meminum darah sapi yang di takungnya di dalam sebuah tempurung kelapa tua, setelah itu dia pun meratah otak sapi jantan itu dengan mentah - mentah. Dia makan dengan lahapnya sekali, di mana - mana sekitar kawasan mulut dan dadanya di penuhi dengan darah sapi itu.

"Kau buat apa datang sini!. Tugas kau belum selesai!!." Ujarnya dengan nada suara yang marah matanya memandang ke arah sisi kirinya. "Pergi selesaikan tugas kau!, kalau tidak aku tidak mau jamu kau lagi!!.". Ujar lelaki tua itu.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience