Lelaki berkulit sawo matang itu terus memandu keretanya dengan kelajuan 80km, perasaannya bercampur baur antara kesal dan marah. Syed memandu menuju ke arah putrajaya, tidak lama kemudian kereta Yaris bewarna mustard yang di pandunya pun sampai di perkarangan putra jaya. Selepas parking dia mematikan enjin keretanya, lalu membuka pintu keretanya dan keluar dari dalam keretanya.
"Menyampah betul?!." Cebiknya marah sambil menutup pintu keretanya dengan kuat untuk melampiaskan amarahnya.
Dia terus berjalan menuju ke arah taman tasik putra jaya dan melabuhkan punggungnya di situ, dia melihat ke arah kiri dan kanan. Kelihatan banyak orang sedang bersantai pada malam minggu itu, ada yang bersama anak dan isteri ada pula bersama pasangan. Dia menjeling ke arah telefon bimbitnya, lalu membuka galeri dan dia terus menekan foto dan melihat foto Sara yang telah lama di simpannya dalam telefonnya selama 3 tahun perkenalan mereka.
Dia menghela nafasnya, sambil melihat gambar gadis itu. Jantungnya berdengup dengan kencang. Teringat peristiwa di mana dia pertama kali mengenali gadis itu dan jatuh cinta padanya. Dia tersenyum bila teringat peristiwa itu.
"Cantik jugak kau ni, tapi kenapa kau selalu sakitkan hati aku?." Soalnya sendiri sambil melihat gambar gadis itu. "Kalaulah kau tahu hati aku, perasaan aku terhadap kau?. Hmmp!.." Gumamnya lagi sambil menghela nafas panjang.
Hatinya telah lama terpaut kepada Sara, namun gadis itu tidak mengetahuinya. Dan setiap kali dia melihat keakraban Sara dan Aedy itu membuat hatinya sedikit terluka, dia cemburu walaupun mengetahui hubungan Aedy dan Sara hanya sebatas sahabat.
"Syed?!."
"Astagfirullah?!." Ucapnya sedikit keras kerana terperanjat apabila bahunya di tepuk dari belakang.
Syed pun menoleh ke arah belakang, dan dia melihat sosok lelaki yang sangat akrab di kenalinya. Dia tersenyum sambil bangkit dari tempat duduknya.
"Hafiz?." Ujarnya sambil tersenyum dan memeluk lelaki bernama Hafiz itu.
Mereka berdua pun duduk setelah bersapa.
"Sihat ke Syed?, amacam sekarang apa cer?." Soal Hafiz tersenyum memandang wajah Syed.
"Alhamdulillah, aku macam biasa doh. Kau pulak?." Jawab Syed sambil menyoal balas Hafiz.
"Aku ni biasalah, masih macam ni." Jawab Hafiz pendek sambil tersenyum simpul.
Mereka berdua pun berborak panjang, orang yang lalu lalang di situ melihat mereka dengan pelik. Syed pun berasa hairan, mengapa setiap orang yang lalu di hadapan mereka asyik memandang Syed dengan raut wajah yang pelik. Tapi Syed adalah Syed, dia tidak terlalu kisah akan orang - orang itu. Dia terus sahaja berborak dengan sahabat lamanya itu.
"Fiz, kau kerja apa sekarang?." Soal Syed menyambung bicara.
"Macam biasa, aku masih lagi kerja security guard." Jawab Hafiz. "Aku ada tengok konten you tube kau, nampak menarik." Sambung Hafiz lagi.
"Alah, kerja biasa je tu Fiz. Kadang aku pun bosan jugak, asyik konten yang sama." Balas Syed sambil memandang Hafiz. " Tapi itulah, kita orang nak buat kelainan sikit dalam konten kita orang. Tapi aku pulak yang tak berkenan." Ujar Syed Lagi.
"Okeylah tu, ada pembaharuan. Mana lah tahu rezeki selepas pembaharuan rezeki kau meluas macam youtuber Alif Irfan Dan Syahmi Sazli tu?. Tak ke seronok namanya tu?." Ujar Hafiz sedikit positif.
"Hmmp?, harap macam itulah." Ujar Syed dengan nada rendah seakan tidak berpuas hati dengan next projek seterusnya.
"Korang buat tentang konten apa?." Soal Hafiz sedikit berminat.
"Erm kali ni lain sikit, konsep mistik seram." Jawab Syed sedikit tidak berpuas hati.
"Kenapa kau buat muka macam tu doh?." Soal Hafiz hairan.
"Sebenarnya aku tak percaya benda - benda mistik ni?, they are rubbish you know?." Jawab Syed sambil memandang wajah Hafiz yang sedikit pucat. "Engkau kenal aku kan Fiz?, dari dulu aku mana percaya benda ni semua?. Bagi aku itu cuma halusinasi je." Ujar Syed dengan tegas.
"Kau tak percaya wujudnya hantu?." Soal Hafiz dengan nada suara yang suram sambil tersenyum simpul memandang wajah Syed. " Jangan celupar sangat Syed, benda - benda macam ni wujud." Ujarnya lagi.
"Alah, bagi orang lain bolehlah kau cakap macam tu. Tapi dengan aku lebih baik tak payah, buang masa." Ujar Syed.
"Satu hari aku yakin, kau akan percaya yang hantu dan jin tu wujud. Mungkin kau sudah berhadapan dengan hantu, tapi kau je yang tak perasan." Ujar Hafiz tersenyum seram sambil memandang wajah Syed.
"Alah, kalau aku dah berhadapan dengan makhluk tu dah lama aku sepak muka dia. ha ha ha." Ujar Syed tertawa kecil. "By the way kenapa muka kau pucat je ni?." Soal Syed sedikit hairan.
Sebaik sahaja Syed menanyakan soalan itu, Hafiz pun bingkas bangun dari tempat duduknya.
"Aku kena pergi doh, aku ada kerja sikit nak buat.". Beritahu Hafiz sambil memandang wajah Syed.
Belum sempat Syed mengucapkan salam, Hafiz terus mengatur langkahnya meninggalkan Syed tanpa tersenyum. Dan pergi dengan wajah yg suram dan sedikit pucat. Syed hanya melihat sosok Hafiz sahabatnya itu menghilang di balik kawasan gelap di lorong taman tasik itu. Tanpa berfikir panjang Syed pun kembali menuju ke arah kereta.
Es Coffee Espresso
Share this novel