CELUPAR 7

Horror & Thriller Series 7955

Dua jam telah berlalu, Aedy melihat ke arah jam tangannya tepat menunjukkan pukul 4.00 Petang. Dia melihat ke luar tingkap, kelihatan banyak pemandangan sawah padi. Sara yang duduk di sebelahnya pun tersenyum sambil memandang wajah Aedy, lelaki yang berkulit putih yang kacak itu. Aedy dan Zura bertukar tempat duduk, kerana gadis bertubuh kecil setinggi 155 kaki itu mabuk jalan. Manakala Helmi dan Syed pula duduk di kerusi belakang, Helmi sebok melihat telefon bimbitnya. Manakala Syed pula asyik melayan perasaan cemburunya, kerana melihat kemesraan antara Aedy dan Sara.

"Lama lagi ke nak sampai?." Soal Syed dari belakang.

"Lama lagi, maybe malam kot dalam pukul tujuh macam tu.". Jawab Sara memalingkan wajahnya kebelakang sambil mandang Syed.

"Bapakk Ahh, macam ni sedap tidur dulu lah jawabnya." Sampuk Helmi sedikit terkejut mendengar jawapan dari mulut Sara.

Tidak lama kemudian telifon bimbit Sara pun berdering, dia terus menekan tombol jawab.

"Waalaikum salam Ma, ya masih dalam perjalanan lagi ni." Ujar Sara dalam talian.

"Dekat mana sudah anak Ma ni?. Sampai kawasan mana sudah?.". Soal Mama Sara dalam talian.

"Dekat KB ( Kota Belud ) sudah ni Ma, ada dalam satu jam lagi baru mau sampai KM ( Kota Marudu )." Jawab Sara tersenyum.

Melihat senyumam Sara, Aedy merasakan debaran itu kembali. Dia tersenyum memandang wajah gadis itu, manakala Syed pula merasa geram memandang Aedy.

"Nanti kalau kamu sampai KM sudah, bolehkah tu kasih beli Ma gula?." Pinta Ibunya.

"Boleh Ma, nanti sampai KM sara singgah sana Milimewah ya." Ujar Sara.

"Bha okeylah, hati - hati di jalan ya Sara. Bagitahu kawan - kawan kami, kalau lalu KB tu mulut jangan celupar. Nanti susah keteguran." Pesan Ibu Sara.

"Baiklah Ma, nanti Sara bagitahu kawan - kawan Sara. Assalamualaikum Ma." Ujar Sara.

"Waalaikum Salam." Balas Ibu Sara menutup talian.

Belum sempat Sara menyampaikan pesan Ibunya itu, tiba - tiba Pak cik Van memberhentikan Vannya di tepi jalan untuk mencuci muka kerana mengantuk. Syed pun ikut keluar sama untuk mencuci muka, Syed menyandarkan badannya pada buntut Van. Manakala Pak cik Van masih lagi mencuci mukanya, tiba - tiba dia melihat sekumpulan orang berpakaian hitam yang amat pelik gerak gerinya. Salah seorang daripada orang berpakaian hitam itu memandang ke arah Syed sambil tersenyum. Syed yang berasa pelik itu pun terus mengejek tersenyum memandang lelaki itu.
Seraya dia berkata dalam hatinya.

"Pelik?, ini manusia ke hantu?." Ujarnya dalam hati sambil tersenyum simpul.

"Oii, kau nak tinggal sini ke?.". Tegur Helmi megeluarkan kepalanya dari tingkap Van. "Cepat masuk, nanti lewat pulak sampai." Ujar Helmi.

"Yelah, tunggu jap." Balas Syed sambil memandang ke arah sekumpulan lelaki berpakaian hitam itu yang kini semua melihatnya.

Sebaik sahaja Syed masuk ke dalam kereta, Pacik Van pun terus sambung memandu Van menuju je destinasi.

"Ehh korang?, korang ada nampak tak sekumpulan lelaki yang pakai baju hitam tadi?. Pelik doh muka dia?." Tanya Syed sambil tertawa kecil.

"Engkau ni rabun ke atau pun dah gila?, sejak bila ada orang pakai baju hitam?. Mana ada?!." Jawab Helmi sambil mentertawakan Syed.

"Serius ahh?." Soal Syed masih lagi tertawa.

"Ye, tak ada." Balas Helmi.

"Boleh tak, apa jer yang kau nampak pelik tak payah tegur or bagitahu kita orang?." Ujar Sara sedikit kesal terhadap Syed.

"Bapak ahh minah ni." Ujar Syed tertawa kecil sambil memandang ke arah Sara. "Engkau takut ke Sara?, takut hantu?. Hmmp, siang - siang macam ni mana ada hantu?. Aku yang nak naik hantu adalah." Ujar Syed celupar.

"Syed!." Ujar Sara, kali ini suaranya sedikit keras kerana dia benar - benar kesal terhadap Syed. " Ini bukan KL, engkau kena ingat!. Jangan nak celupar sangat mulut tu!.". Ujar Sara lagi dengan nada marah.

Sebaik saja mendengar nada suara Sara naik tinggi, Aedy pun mula bersuara meredakan keadaan.

"Dah lah tu Syed, kita kat tempat orang kan?. Kena jaga adab, kerana mulut badan binasa tau." Nasihat Aedy sambil memandang wajah Syed dan Helmi.

Sara yang duduk di samping Aedy madih kelihatan kesal terhadap Syed. Sara memalingkan wajahnya memandang Syed dan Helmi.
"Aku nak ingatkan sekali lagi ya, ingat mulut tu kena jaga. Jangan celupat!." Tegas Sara kembali.

Syed dan Helmi pun diam membisu, begitu jugak dengan Sara dan Aedy.

"Engkaulah!, dengan aku - aku sekali kena setepek." Bisik Helmi kepada Syed dengan kesal.

"Dah dia tu yang sensitif sangat kenapa?, bodohlah. Sebok dengan macam - macam pantang larang, buat apa nak takut hantu?!.". Balas Syed Sedikit kesal.

Sara diam membisu, kerana dia juga melihat benda yang di lihat Syed itu. Tetapi bukan dalam bentuk rupa manusia yang di katakan oleh Syed tadi. Pak cik Van hanya mendengar perkelahian mereka tanpa masuk campur, tetapi apa yang dilihat Syed tadi itu bukanlah seperti apa yang dilihatnya. Pak cik Van pun memasang surah ayattul Qursi dari telefonnya yang di sambungkan melalui USB ke radio vannya.

Kereta Van di pandu pecut dengan kelajuan 100 km, mulutnya terkumat kamit membaca ayat - ayat tiga Qul dalam hati.

Sebaik sahaja melepasi jalan KB, sejam kemudian mereka pun sampai ke pekan KM. Jam menunjukkan pukul 5.25 petang, setelah melalui kawasan KFC. Pak cik Van singgah ke petronas untuk mengisi minya, setelah selesai pak cik Van pun memandu menuju ke arah Milimewa.

Setiba di Milimewa, pak cik van pu. memparking keretanya di perkarangan parking depan pasar raya kecil Milimewa itu.

"Pak cik, aku beli barang dulu kejap ahh." Beritahu Sara.

"Okeylah." Ujar pak cik van mematikan enjin kereta.

"Ada sapa - sapa yang nak ikut tak?." Soal Sara.

"Aku nak, korang?." Soal Aedy sambil memandang wajah teman - teman lain yang baru bankit dari tido.

"Okey Kami ikut." Ujar Helmi sambil membuang malas kerana baru bangkit dari lelap.

Tidak lama kemudian, mereka berlima pun masuk ke dalam milimewa, suasana dalam kedai sangat nyaman dan sejuk. Mereka pun membeli makanan ringan, sambil melihat - lihat barang yang ada dalam pasar raya kecil itu
"Wey, mahalnya ayam kat sini?." Soal Zura sedikit terkejut, matanya terbeliak melihat harga ayam bulat yang ada di frezer itu.

"Memang kat sini harga ayam mahal sikit." Beritahu Sara sambil tersenyum.

"Owh, macam tu. Tapi harga ikan kat sini kenapa murah erk?, kalau dekat KL tu. Adoii mahal sangat sekilo?.". Ujar Zura lagi sambil memandang wajah Sara.

"Memanglah, kat sini ikan harga murah." Jawab Sara pendek sambil tersenyum. "Tapi kan, aku pun pelik tau. Kenapa kat KL harga ayam murah?, kat Sabah mahal?. Dan Kenapa kat Sabah ikan murah kat KL mahal?." Ujar Sara lagi sambil tertawa kecil.

Tidak lama kemudian setelah selesai membayar barang yang mereka beli di pasar raya kecil Milimewah itu, mereka berlima pun keluar dari dalam pasar raya itu.

Sebaik sahaja keluar dari dalam pasar raya itu, Helmi terus melihat jam tangannya. Selepas itu matanya beralih meikhat ke arah langit, dia kembali lagi melihat ke arah jam tangannya.

"Eh?, rosak ke apa jam tangan aku ni?." Soal Helmi hairan.

"Engkau ni?, meh sini aku tengokkan jam kau." Balas Syed tetawa kecil.

Mereka berlima pun masuk ke dalam van, pacik Van pun terus memandu kereta keluar dari perkarangan pasara raya milimewa itu. Manakala Syed dan Helmi masih sebok lagi pasal jam tangan, sambil melihat ke luar tingkap van yang kelihatan langit semakin gelap tapi jam baru menunjukkan pukul 6.05 minit.

"Asal gelap ni eh?, baru pukul enam kot?." Soal Helmi hairan.

"Amboii Helmi, ini bukan KL. Ini Sabah, memanglah. Jam 6.00 kat sini dah mulai gelap dah." Balas Aedy tersenyum lucu memandang wajah sahabatnya itu.

"Ooh i see." Ujar Helmi tertawa kecil.

"Sara, jauh lagi ke nak sampai rumah kau?.". Soal Syed menepuk bahu Sara.

"Dalam sejam lagi sampailah, bergantung dengan kelajuan van. Kalau pakcik bawa laju, dalam 30 minit sampailah." Jawab Sara sambil memandag telefon bimbitnya.

Semakin jauh perjalanan semakin bedebar detak jantung Sara, dia merasa tidak sedap hati dengan kejadian tadi semasa dia melihat sekumpulan lelaki berpakaian hitam itu, kerana dia tahu yang dilihatnya itu bukanlah manusia.

Es Coffee Espresso

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience