BAB 15

Family Completed 5571

HARI berlalu begitu pantas. Kini, Nazirah sudah berada di sekolah untuk mengambil result SPM. Debarannya usah dikata. Sangat mendebarkan. Mak, abah dan kakaknya turut hadir. Satu persatu pengumuman keputusan dibuat bermula dari pelajar yang mendapat 6A sehinggalah straight A, masih tiada nama Nazirah. Dia takut. Takut mengecewakan ibu bapanya.

“Pelajar terbaik yang memperoleh straight A+, Nur Nazirah Natasha.” Terkejut Nazirah dibuatnya apabila namanya dipanggil dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Dia diminta untuk memberi sedikit ucapan.

Kejayaan besar Nazirah diraikan bersama dengan kenaikan pangkat Aimi. Aimi sudah berjaya memiliki sebuah kereta sendiri. Sempena kenaikan pangkatnya, dia memberi kejutan besar buat mak dan abahnya serta adiknya, tiket umrah. Menangis emak dan abah menerima berita itu. Sudah lama hati merindukan dan mengimpikan untuk menjejak kaki ke baitullah di Mekah.

Nazirah pula beberapa kali dijemput untuk memberi sedikit tips kecemerlangannya dalam SPM di sekolahnya, namun beberapa kali terpaksa ditolak atas sebab kekangan kerja. Tapi, hari ini, Nazirah dijemput sekali lagi dan dia berat untuk menolak lagi. Terasa serba salah andainya dia menolak lagi untuk kali keberapa entah.

“Terimalah jemputan tu. Kongsikan apa yang ada, nanti Allah beri lagi.” Kata abah tiba-tiba. Nazirah terkejut, namun cuba bertenang.

“InsyaAllah, abah. Nanti adik bagitahu cikgu.” Balas Nazirah.

Nazirah mengikut sikap kakaknya. Apa yang dilakukan, ibu bapalah yang diutamakan. Sekalipun hanya sekecil-kecil perkara. Nasihat dari abah, mak dan kakaknya akan didengari dahulu sebelum membuat satu-satu keputusan.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience