BAB 4

Family Completed 5571

“ADIK!” Aimi mengetuk pintu bilik Nazirah. Penat juga dipanggil beberapa kali masih tak menyahut.

Tombol pintu cuba dipulas. Tak berkunci. Aimi membuka pintu bilik adiknya. Patutlah tiada sahutan, sedang lena tidur dengan bertelekung. Entah apalah yang dipenatkan oleh adiknya ini. Bilik itu masih kelihatan agak bersih meskipun ada baju berselerak. Aimi mendekati adiknya dan mengejutkannya perlahan-lahan. Masih sama seperti pagi hari. Liat bukan main.

“Dik, bangun sebelum kakak simbah air lagi!” Aimi bersuara tegas. Kejut baik-baik tak nak dengar, jadi singalah cik Aimi kita.

Nazirah terus bangun. Namun masih kelihatan mamai. Jasad duduk, tapi mata masih tertututp. Aimi menampar perlahan pipi adiknya supaya dia membuka mata. Perlahan-lahan Nazirah membuka matanya. Entah kenapa kantuk benar-benar menguasai dirinya saat ini. Setelah beberapa kali mencuba, barulah dia berjaya membuka mata. Dilihat kakaknya ada di sebelah.

“Dah solat maghrib belum ni?” tanya Aimi. Nazirah menggeleng.

“Pergi solat maghrib sekarang. Nak habis waktu dah ni. Cepat-cepat.” Arah Aimi.

Taat itu berat. Awalnya adalah paksaan. Namun, kelamaan akan timbul keikhlasan. Tapi awasi hati. Biar ikhlas benar-benar. Jangan ujub mahupun riak mencemar ketulusan. Kerana, saat ia dicemari, terhapuslah keikhlasan. Lalu, dari senang beribadah, mula bermalasan kerana merasa diri sudah dipandang baik oleh orang ramai sedangkan segalanya hanya suatu tipu daya sahaja. Aimi menunggu sehingga Nazirah selesai menunaikan solat fardhu maghrib.

“Kemas baju berselerak tu atau ….”

“Atau tak ada makanan. Bla…bla…bla….” Nazirah terlebih dahulu memotong ayat kakaknya. Aimi tergelak.

“Salah la…. Atau esok tak boleh ikut pi bandar.” Nazirah yang sedang mengutip helaian baju di lantai menoleh memandang Aimi. Wajahnya bercahaya.

“Betul?” kalau Nazirah ni kartun, matanya sudah dipenuhi dengan sinar-sinar harapan dan kebahagiaan.

“Buat apa kakak tipu? Dah, kemas cepat. Then, keluar makan.” Aimi meninggalkan pesan dan terus keluar dari bilik adiknya.

‘Mimpi indahlah malam ni….’ Bisik hati Nazirah.

Nazirah bukanlah seorang yang rajin untuk membuat kerja-kerja mengemas walaupun biliknya sendiri. Tapi, kalau dah dijanjikan habuan, lincah tangannya bergerak biar sekemas hingga sedap mata memandang. Bukan dia tidak rimas melihat tempat yang berselerak, tapi malas menguasai dirinya sendiri. Selesai mengemaskan bilik, dia terus keluar ke meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience