BAB 2

Family Completed 5571

BOSAN melayan telefon bimbit, dia menonton televisyen pula. Kalau tidak pun, sibuk membaca majalah yang dibelinya sendiri. Si kakak yang sedang melipat kain baju hanya memerhati. Dari pagi ke petang, diperhatikan sahaja tingkah si adik. Nazirah menutup televisyen. Bangkit ingin ke biliknya.

“Kenapa tak belajar?” soalan Aimi membantutkan langkah Nazirah. Aimi memandang. Menantikan sebuah jawapan dari seorang adik.

“Tak ada mood la. Nanti-nanti je la.” Nazirah menjawab selamba.

“Nanti kau jawablah macam tu dekat kertas exam. Straight A’s… confirm! Pergi angkat selimut kau tu. Malam baru nak ambik ke?” perli Aimi. Nazirah hanya menjeling sedikit dan terus keluar mengambil selimutnya yang memang sudah kering dn terus berlalu ke bilik.

Aimi Syakirah menggelengkan kepalanya melihat kedegilan si adik. Keras betul hatinya. Apalah yang telah terjadi sepanjang ketiadaan dia sebenarnya. Aimi bukan tak sayangkan adiknya. Marahnya bukan kerana benci, tapi dia tak mahu emak dan abah kecewa. Sebagai anak sulung, dia harus mencuba sedaya upaya agar adiknya terdidik dengan baik. Aimi bertekad untuk menyiasat sendiri punca perubahan adiknya.

Kain baju yang sudah selesai dilipat, disusun ke dalam almari dengan kemas. Penat, namun sudah biasa. Sebentar lagi, masak untuk makan malam pula. Aimi ke dapur untuk melihat bahan apa yang ada dan boleh dimasak. Dukacita, banyak yang tiada. Aimi bergerak mendekati abah dan emaknya yang sedang bersantai di pangkin luar rumah.

“Abah… nak pinjam kereta… nak pergi beli barang nak buat masak kejap lagi. Banyak pulak yang dah habis.” Sopan Aimi meminta. Abah dengan senang hati memberikan kunci keretanya. Anak sulungnya memang paling dia percayai.

“Emak dengan abah ada nak pesan apa-apa ke?” tanya Aimi. Emak dan abah hanya membalas dengan gelengan. Aimi masuk ke dalam rumah semula untuk menukar pakaian dan memakai tudung.

Selepas bersiap, Aimi keluar bersalam dengan emak dan abah, dan terus ke pasar. Beberapa barang dapur dicari dengan cepat. Hari semakin petang. Andai dia tak cepat, gelaplah hari kejap lagi. Selesai membeli semuanya, Aimi bergegas menuju ke kereta abahnya. Dimasukkan keemua barang ke dalam bonet dan segera masuk kedalam kereta. Enjin dihidupkan, lalu cepat-cepat dia bergerak pulang. Kalau lambat, lambatlah makan malam mereka siap nanti.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience