BAB 8

Family Completed 5571

NAZIRAH tersedar awal pagi itu. Terasa sesuatu di kepalanya. Tangan kanannya pula terasa berat. Tangan kiri diangkat untuk menyentuh ‘sesuatu’ di kepalanya. Tuala basah. Dipandang kea rah kanannya. Terlihat kakaknya sedang lena. Terkesan juga air mata yang kering di pipinya. Dipandang pula pada meja di sebelah katil. Satu mangkuk air. Nazirah terharu dengan apa yang dibuat oleh kakaknya. Tiada insan lain yang berkorban deminya seperti ini selain keluarganya sendiri.

Terasa sedikit gerakan, Nazirah kembali menutup mata. Berpura-pura tidur. Aimi tersedar dari lenanya. Telekung masih tersarung. Aimi bangun dan meletakkan tangannya di dahi dan leher Nazirah. Lega dan syukur hatinya bila demam Nazirah sudah kebah. Aimi menanggalkan telekung bila melihat jam sudah masuk waktu subuh. Aimi bergegas memperbaharui wudhuknya. Nazirah dibiarkan dahulu berehat.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Aimi berdoa dengan tangisan. Sungguh-sungguh mahu adiknya sembuh kembali. Nazirah memerhati dari baringannya. Dia mahu bangun dan memeluk Aimi, namun sakit di kepala menghalangnya. Akhirnya, cuma mampu menangis terharu dari atas katil. Setelah berdoa, Aimi menoleh kea rah Nazirah. Melihat tangisan Nazirah, cepat-cepat Aimi mendekatinya.

“Adik okey? Adik kenapa? Sakit ke? Kenapa menangis ni?” cemas dan risau Aimi bertanya. Nazirah cuba tersenyum lalu menggelengkan kepala.

“Adik boleh bangun? Solat subuh?” tanya Aimi lagi. Nazirah cuba untuk bangun. Aimi membantunya. Dipapah si adik keluar dari bilik untuk bersudhuk di bilik air.

“Kenapa dengan adik, ni?” emak yang kebetulan keluar untuk ke dapur bertanya.

“Adik demam malam tadi, mak. Ni dah okey sikit. Cuma lemah lagi. Pening agaknya.” Aimi menjawab bagi pihak Nazirah.

Emak mendekati dan melekapkan tangan ke dahi dan leher anak bongsunya. Lega hati seorang ibu bila suhu badan si anak tidaklah terlalu panas. Dia yakin Aimi sudah merawat. Anak sulungnya memang anugerah terbaik buat dia dan suami. Tak pernah meminta yang bukan-bukan. Bila teringinkan sesuatu, pasti akan diusahakannya sendiri. Dari kecil lagi, setiap kali Nazirah sakit, dia akan jaga sebaiknya. Hatta, bila emak dan abah sakit sekalipun, dia akan berusaha sebaik mungkin merawat.

Aimi meneruskan langkahnya memapah si adik ke bilik air. Dibantu untuk berwudhuk. Takut-takut adiknya jatuh akibat terlalu pening. Selesai berwudhuk, dipapah lagi untuk kembali ke bilik. Didudukkan di birai katil, diambil dan dipakaikan telekung. Dibentangkan sejadah. Dipapah lagi hingga ke sejadah.

“Larat berdiri tak ni?” tanya Aimi. Nazirah menggelengkan kepalanya. Lalu Aimi memimpinnya untuk melakukan solat secara duduk. Selesai dua rakaat, Nazirah berdoa. Kali ini, dia menangis. Pertama kali dalam sejarah hidupnya menangis saat menadah tangan berdoa.

Dia sedar betapa kasihnya Allah pada dia. Meskipun banyak melakukan dosa, masih lagi ada manusia yang berbuat baik padanya, merawatnya saat sakit, menjaganya saat tersilap. Betapa beruntungnya dia. Cuma selama ini dia yang tidak sedar semua itu. Bila dinasihati, dia merasa dibebel. Sungguh dia silap selama ini. Selesai berdoa, Aimi memapahnya kembali ke katil dan disuruh berehat. Aimi membasahkan lagi tuala dan diletakkan kembali di kepala adiknya. Disuruh adiknya berehat dan saat ingin berlalu keluar, tangannya ditarik. Adiknya menahan dia dari keluar.

“Terima kasih….” Bersusah payah dia mengucap kata itu. Aimi tersenyum manis. Dia harus membantu emak menyediakan sarapan pula dan juga makanan yang bersesuaian untuk Nazirah yang sedang sakit saat ini.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience