BAB 3

Family Completed 5571

“Kakak! Kenapa tak ajak nak keluar?” suara Nazirah seakan-akan merajuk. Dia sudah terlalu bosan terperap di rumah pada hari cuti. Padahal, exam tak lama je lagi.

“Buat apa ajak hang? Baik hang duduk rumah, study. Nah, tolong bawak masuk ni.” Dengan ketidakrelaan, Nazirah tetap mengambil apa yang dihulurkan oleh kakaknya dan dibawa masuk ke dapur. Lebihan barang dibawa oleh Aimi sendiri.

Barang-barang dapur disusun pada tempatnya masing-masing. Nazirah tidak membantu, hanya memerhati. Bukannya apa, dia memang tidak tahu langsung apa-apa pasal dapur. Hatta disuruh masak mi segera sekalipun, dia tidak tahu. Entah apa hendak jadi dengan anak dara yang seorang itu, tidak tahulah.

“Hang dok tercegat situ buat apa? Sini duduk tolong kakak potong sayur. Ke, hang tak nak makan malam ni?” nazirah menghentak-hentakkan kakinya mendekati Aimi. Manja sungguh Nur Nazirah Natasha ni.

“Asyik-asyik ugut tak boleh makan. Sikit-sikit tak boleh makan.” Rungutnya.

“Merungut… merungut… hang tak nak buat, duduk jauh-jauh, tak payah makan.” Sekali lagi ayat berbaur ugutan itu muncul dari bibir Aimi.

“Eiiii… orang nak tolong la ni. Macam mana nak potong sayurnya ni? Ajarlah dulu. Orang mana reti.” Balas Nazirah. Nampaknya, tidaklah dia terlalu keras sebenarnya. Cuma perlu kena pada cara.

“Haih la anak dara….” Dengan penuh kesabaran, Aimi mengajar adiknya cara-cara memotong sayur-sayuran yang bakal dimasukkan sekali dalam masakan sebentar nanti.

Selesai diajarkan, Nazirah mula mencuba sendiri. Sambil-sambil itu, Aimi memerhatikan. Bukan boleh percaya sangat adiknya ini. Kalau tak berhati-hati, maunya terluka tangan cantiknya itu. Memang agak lambat bagi Nazirah untuk melakukan kerja memotong buat pertama kalinya ini. Apa pun, demi makan, dia rela lakukannya.

Sementara Nazirah memotong sayur, Aimi membasuh ayam yang dibeli tadi lalu memotongnya supaya menjadi saiz yang lebih kecil. Mudah untuk diambil dan dihabiskan nanti. Tidaklah terlalu banyak ayam yang dimasak sementelah mereka hanya duduk berempat. Sesekali, Aimi memandang Nazirah. Tampak fokus melakukan kerja memotong sayur. Aimi tersenyum sendiri.

Bila diperhatikan, gaya Nazirah memang Nampak sangat kekok dan berhati-hati. Begitu perlahan dia memotong kerana takut melihat ketajaman pisau. Lucu juga bila anak dara tidak pernah ke dapur disuruh buat kerja. Baru potong sayur. Kalau bawang, mesti lagi lucu. Dengan pedih-pedih menangisnya. Aimi seperti teringat kali pertama dia belajar semua itu. Dia sendiri terkebil-kebil dahulu. Siap diketawakan arwah nenek. Tapi, itulah permulaan yang menghasilkan dia yang sekarang.

Setelah segala bahan disiapkan, Aimi mula memasak. Nazirah hanya memerhati dari jauh. Suruh buka api pun sudah takut. Agaknya kalau terkena percikan kecil minyak panas, terjerit-jerit dia dibuatnya. Pasti kecoh dapur. Tetapi, takkan tak kenal Aimi? Pasti takkan dibiarkan Nazirah hanya melihat begitu sahaja.

“Dik, hang jaga ni sat.” pinta Aimi. Nazirah awalnya ingin mengelak, namun tak menyempat. Kalau dibantah lagi, dia pasti tiada makanan untuk dia.

“Auuu!!!” Jeritan Nazirah saat teken percikan kecil minya panas bagai disambar api yang marak sahaja. Terlompat-lompat dia menjauhi kuali. Aimi mendekati.

“Tak ada apa-apalah tu. Sikit je. Haish….” Kata Aimi. Sedangkan Nazirah, sudah mula menakung air mata di kelopak matanya. Memang manja betul.

Aimi mengambil lotion yang ada dan disapukan pada tangan Nazirah secara perlahan. Macamlah melecur. Tapi, tak pe la. Untuk budak manja, boleh letak biar dia lega tak menangis atau merengek macam budak 7 tahun dekat dapur ni. Nazirah menyeka air matanya yang hampir jatuh ke pipi.

“Sakit?” tanya Aimi lembut. Nazirah mengangguk.

“Itu baru sikit. Baru percikan minyak panas yang sikit sangat-sangat. Kalau percikan ni pun, kita memang dah terasa sakitnya teramat, fikirkanlah bagaimana pula panasnya api neraka.” Ujar Aimi.

“Auch! Sekarang sakit tu berpindah ke sini….” Nazirah membalas meruju pada hatinya yang kini merasa kesakitan bila terpaksa menelan kepahitan suatu kebenaran.

“Dah, pergi sana. Solat asar. Jangan tinggal solat lagi. Ingat pedih minyak panas tu, sampai mati.” Pesan Aimi. Bijak sungguh cik Aimi kita ni menasihati adik bongsunya. Betapa besarnya kasih seorang kakak yang tidak mungkin dirasai oleh semua orang. Hanya insan terpilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience