BAB 13

Family Completed 5571

SELEPAS makan malam, Nazirah terus ke biliknya. Aimi hanya memerhati dan membersihkan sinki serta menyimpan lebihan lauk pauk hari ini. Aimi menyelesaikan kerjanya secepat mungkin kerana ada misinya yang masih tidak selesai lagi. Aimi menutup lampu dapur setelah membersihkan meja makan. Aimi melangkah mendekati bilik adiknya. Emak dan abah, seperti biasa menonton televisyen, berita.

Telinganya ditekapkan ke pintu bilik Nazirah. Terdengar suara Nazirah bercakap-cakap. Seperti sedang bercakap dengan seseorang. Risau hati Aimi mendengarnya. Takkan adiknya sudah gila? Tidak mungkin. Rasa ingin tahu dalam diri Nazirah semakin membuak-buak. Aimi menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan. Pintu bilik adiknya dibuka.

Aimi ternampak Nazirah cepat-cepat menyorokkan sesuatu di bawah bantalnya. Sehelai kertas mungkin. Entahlah, Aimi tak dapat meneka. Nazirah tersenyum melihat kakaknya. Sepertinya dia sedang menyembunyikan sesuatu yang sangat dalam. Aimi membalas senyuman adiknya. Aimi mengambil tempat di sebelah adiknya.

“Adik cakap dengan siapa tadi? Kakak terdengar dari luar.” Soalan yang meluncur dari bibir Aimi membuatkan riak wajah Nazirah sedikit berubah. Gelisah dan gusar.

“Tadi pun, adik macam sorok sesuatu. Apa tu? Tak nak share dengan kakak?” tanya Aimi lagi. Nazirah semakin gelabah.

Aimi menyentuh bahu adiknya agar dia tidak lagi terpandang kanan dan kiri dengan gaya ingin melarikan diri dari Aimi. Tapi, itu biliknya. Ke mana dia hendak melarikan diri? Nazirah buntu sendiri. Resah, gelisah, risau rahsianya terbongkar. Entah rahsia apa yang begitu besar disimpan oleh seorang Nazirah.

Nazirah perlahan-lahan mengalah. Sesuatu yang disorok ke bawah bantal tadi, dikeluarkan dan dihulurkan pada Aimi. Sekeping gambar. Seorang remaja perempuan bertudung dan berkaca mata. Wajahnya tampak begitu manis dengan senyuman yang menggambarkan kebahagiaan itu. Aimi cepat menangkap. Mungkin gadis dalam gambar itulah Fatimah.

“Itu kawan baik adik dulu.” Bicara Nazirah mengalihkan perhatian Aimi dari gambar tersebut.

“Nama dia Fatimah.” Sambung Nazirah.

“Kenapa dulu?” tanya Aimi.

“Sebab, dia dah tak ada. Dialah kawan baik adik. Satu-satunya sahabat adik di sekolah. Tak ada orang lain yang sebaik dia. Tapi, satu hari tu, masa kami keluar dari sekolah, adik nak melintas jalan untuk beli makanan sikit. Tiba-tiba, adik rasa ada orang tolak adik sampai adik jatuh. Rupanya, orang tu Fatimah. Ada sebuah kereta dipandu laju waktu tu. Fatimah meninggal di tempat kejadian. Adik tak boleh terima. Adik yang salah. Kalau tak sebab adik, mesti Fatimah masih ada. Mesti adik yang mati. Kenapa kena Fatimah, kak?” Nazirah teresak-esak. Aimi menariknya ke dalam pelukan.

“Nazirah, adik kakak… Kenapa cakap macam tu? Adik kan tahu kita hidup dekat dunia ni cuma sementara je. Mana ada orang yang kekal dalam dunia ni. Fatimah tu insan terpilih. Dalam usia muda, sudah dipanggil Allah. Bukan sebab Allah benci adik, tapi sebab Allah sayang dia dan adik. Adik, dalam Al-Quran dah disebutkan yang Allah takkan bebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya. Kalau adik redha, mesti adik tenang. Fatimah pun mesti tak nak tengok adik macam ni. Adik doakan la dia. Dia mesti akan tunggu adik di pintu syurga. Selagi adik hidup, terus bantu dia di sana, dengan sebuah doa. Kuasa doa tu, sangat hebat. Adik ken yakin.” Aimi menasihati dengan lembut.

“Tapi… kitaorang dah janji nak dapat SPM sama-sama cemerlang. Dia pergi bersama semangat adik.” Nazirah masih menangis.

“Adik, sedih tu boleh, tapi berpada. Kalau itulah yang pernah korang janjikan, maka adik buktikanlah. Mesti dia akan tumpang gembira. Kehilangan insan yang kita sayang sepatutnya buat kita semakin dekat dengan Allah, sayang. Makin ingat tentang kematian. Makin kuat beramal, makin rindu rasa bertemu Allah dan insan yang kita sayang kerana Allah. SPM tak lama je lagi, tapi, akak yakin adik akak pandai. Janji dengan akak, lepas ni adik belajar sungguh-sungguh.” Nasihat Aimi lagi.

“Jangan ponteng sekolah lagi.” Aimi menambah.

Nazirah mengangkat kepalanya. Terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh kakanya. Setahunya, dia tak pernah membawa balik surat amaran kerana ponteng sekolah pun. Tapi, mengapa dan bagaimana kakaknya boleh tahu? Nazirah memandang ke wajah tenang kakaknya. Dia pasti Aimi memahami persoalan yang sedang bermain di mindanya saat ini.

“Akak datang sekolah kelmarin. Akak pelik tengok perangai adik yang dah lain sangat sejak akak balik dari belajar ni.” Aimi bersuara menghilangkan tanda-tanya Nazirah.

“Jangan buat lagi, ye? Kalau mak abah tahu, mesti dorang kecewa. Please, bahagiakan mereka.” Pinta Aimi. Nazirah hanya mengangguk.

“Okey, good girl! One more thing, jangan tinggal solat, jangan lewatkan solat. Itu kunci kekuatan hati dan kejayaan.” Pesan Aimi lagi kemudian terus berlalu keluar.

Aimi cukup memhami adiknya kini. Kehilangan memang perit. Pedih untuk menerima sebuah kehilangan, apatah lagi bila kita takkan mampu lagi untuk bertemu dengan insan yang telah pergi selamanya. Rindu yang tak terpadam, dan terus terpendam. Aimi lega melihat adiknya semakin tenang. Kebetulan, azan maghrib baru berkumandang. Aimi terus ke bilik air untuk berwudhuk.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience