BAB 14

Family Completed 5571

“KAKAK!” Panggil Nazirah. Pagi hujung minggu, sudah terjerit macam tarzan. Aimi hanya memandang menanti bicara dari adiknya.

“Sinilah duduk. Adik nak cerita macam mana boleh demam.” Ujar Nazirah pada kakaknya.

Sudah sebulan berlalu dan Nazirah sudah kembali ke sikapnya yang dulu. Semakin rajin belajar dan keputusannya juga semakin meningkat. Aimi pula sudah dua minggu bekerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu begini barulah dia berpeluang untuk balik ke kampung. Aimi mengambil tempat di sebelah Nazirah dan menanti Nazirah untuk bercerit.

Nazirah menceritakan mimpinya yang agak mengerikan tempoh hari. Aimi tenang menadah telinga mendengarnya. Barulah dia tahu apa yang menyebabkan adiknya itu demam secara tiba-tiba. Mimpi ngeri rupanya. Namun, Aimi yakin mimpi itu sebenarnya turut memberikan kesedaran pada Nazirah. Cuma, Nazirah mungkin belum memahami.

“Mungkin mimpi tu Allah nak beri peringatan bagaiman penat dan haus serta panasnya nanti saat kita dihisab di mahsyar. Petang tu kan adik ikut kakak berpanasan cari kerja. Adik sebenarnya bukan hanya dapat penat, tapi adik juga dapat melihat bagaimana ragam manusia, adik dapat pengalaman perit cari kerja tu. Sekarang, dah Nampak apa yang adik dapat?” soal Aimi. Nazirah mengangguk.

Aimi memang kakak yang terbaik sekali baginya. Tak pernah jauh saat dia jatuh dan sentiasa menyokong apa yang dia lakukan. Kadang, Nazirah mengadu tidak memahami beberapa subje, lalu Aimi mengajarkannya setiap hujung minggu. Malah setiap malam selasa dan khamis, Aimi menyediakan guru tuisyen persendirian buat Nazirah. Dia tidak kisah duitnya habis, asalkan Nazirah berjaya nanti.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience