Isteri Manja

Romance Completed 9609

BAB 16 : ISTERI MANJA

Di Kota Paris...

Selesai sarapan pagi..mereka berjalan sekitar kawasan Eiffel Towers dan mengambil banyak gambar bersama sebagai kenangan..Mia yang bergitu teruja melihat menara Eiffel,terlihat asyik tersenyum yang membuatkan Farezz tertawa...

"kenapa abang ketawa" tanya Mia
"tak ada apa" jawab Farezz
"yer ker" dengan muka tak puas hati
"sayang comel sangat" sambil mencubit pipi Mia yang gebu itu

Mia tersenyum malu apabila mendengar kata-kata Farezz ...Mereka terus berjalan sehingga kaki Mia melecet...Mia berjalan tidak bergitu baik sehingga Farezz menarik Mia duduk di kerusi... Farezz mengangkat kaki Mia dan terlihat jelas kaki Mia sudah merah serta melecet...

"kita balik hotel yer" ajak Farezz
"emm"
"sayang boleh jalan lagi tak nie"
"boleh tapi sakit" sambil buat muka

Sebenarnya mia nak Farezz dukung dia sampai hotel..Farezz saja tanya Mia sebab nak tengok reaksi Mia macam mana..Mia muncung kan bibirnya apabila Farezz cakap "okey" kalau Mia nak jalan sendiri..

"Apa guna ada suami tapi tak nak tolong isteri" rungutan Mia dalam hati

Farezz menggelengkan kepalanya melihat bibir Mia yang muncung itu...

Tiba-tiba Farezz mendukung Mia...Mia tersenyum sambil menikmati raut wajah suaminya yang tampan itu...

"isteri abang nie manja tapi tak nak mengaku"
"mana ada"
"kalau tak manja,kenapa muncung bibir tu bila abang tak nak angkat sayang"
"hish abang nie sengaja nak buat sayang malu kan" sambil menepuk dada Farezz
"abang tak kesah kalau sayang manja sekalipun,asalkan sayang hanya untuk abang sahaja"
"terima kasih abang"
"kenapa sayang ucap terima kasih "
"sebab abang sudi terima sayang walaupun sayang nie tak berapa cukup sifat perempuan....hahahahaha"
Farezz hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya...sampai sahaja di hotel Farezz mengubati kaki Mia yang melecet akibat terlalu banyak berjalan...selepas itu mereka hanya bersampai di dalam bilik sahaja sehingga menunggu waktu makan malam...mereka menikmati makan malam dengan baik...

Pagi yang cerah menyinari langit yang biru....terlihat Mia yang masih tidur dengan bergitu lena....Farezz yang sudah terjaga dari tidur hanya menumpangkan kepalanya sambil melihat wajah isteri tercinta yang cantik ketika tidur...

"morning sayang" sambil membelai lembut rambut yang menutupi sebahagian muka Mia....
"emmm"
"sayang bangun,dah pagi nie"
"morning Hubby" sambil tersenyum dan membuka mata

Farezz terkejut mendengar kata Mia....

"sayang panggil apa tadi"
"Hubby...nape tak dengar ker"
"Hubby "
"yer lah Hubby...sayang tak nak panggil abang sebab tak sedap,jadi sayang nak panggil Hubby...nape tak boleh ker"
"boleh sayang" sambil mencium kening isterinya

Selesai mandi....Farezz dan Mia sarapan sebelum mereka bersiar-siar di kota Paris....kaki Mia yang luka pun sudah membaik dan tiada halangan untuk berjalan... maklumlah encik suami yang letak ubat...

"sayang... Hubby nk tanya boleh tak"
"nak tanya apa"
"kalau Hubby nak umumkan tentang perkahwinan kita,sayang setuju tak"
"kenapa Hubby cakap macam tu"
"bukan apa sayang...andai kata kalau rahsia perkahwinan kita bocor dan mesti ramai yang akan berfikir bukan-bukan "
"sayang belum ready nak bagi tahu semua tentang perkahwinan kita nie"

Farezz hanya berdiam sahaja apabila mendengarnya....mereka menuju shopping mall dan membeli-belah untuk dibawa pulang... sebenarnya Farezz memang nak umumkan tentang perkahwinan mereka kerana sudah tidak mahu sorok lagi tentang hubungan mereka.... Farezz sebenarnya risau jika Mia mengandung dan banyak lagi masalah yang akan timbul....

Mia melihat Farezz yang berubah sikap terhadapnya selepas dia berkata belum bersedia untuk umumkan tentang perkahwinan mereka....Mia cuba untuk membuat Farezz tersenyum tetapi Farezz hanya senyum paksa....selesai membeli-belah dan berjalan-jalan mereka terus pulang ke hotel untuk beristirehat....

Sesampai di dalam bilik....

"Hubby marahkan sayang ke"
"kenapa Hubby nak marahkan sayang"
"sebab sayang tak ready nak umumkan tentang perkahwinan kita"
"Hubby tak marah,cuma Hubby penat" sambil merebahkan badannya di atas sofa...

Mia hanya berdiam di atas katil sehingga tertidur....keesokkan harinya,mereka akan pulang ke Malaysia setelah beberapa hari di Kota Paris.....terlihat Mia yang sedang berkemas barang-barang yang hendak dibawa pulang....Farezz yang hanya duduk di sofa sambil memerhatikan gelagat isterinya yang sedang mengemas semua barang...

Dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang.....

"Hubby"
"yer,ada apa"
"emmm tak ada apa lah"
"okey"

"kenapa Hubby macam nie,layan nak tak nak jer gan aku...benci lah macam nie" Mia berkata di dalam hati

Farezz tersenyum sendiri melihat wajah isterinya yang muncung apabila mendapat layanan seperti itu...Tiba-tiba Farezz memeluk pinggang Mia sehingga Mia terkejut dan secara tidak sengaja tertampar lengan Farezz ....

"kenapa sayang tampar Hubby , tak suka Hubby peluk ke"
"Hubby...bukan sayang tak suka cuma terkejut jer"
"yer ker terkejut,atau sayang marahkan Hubby"
"mana ada marahkan Hubby" sambil muncung bibirnya
"kalau tak marah,kenapa bibir tu muncung kedepan"
"Hubby lah layan sayang macam nak tak nak jer,kenapa dah bosan gan sayang ke" buat muka merajuknya
"hahahahahaha"
"kenapa ketawa,ingat kelakar ke"
"sayang nie kalau merajuk comel sangat"
"ermmm tak payah puji-puji sangat"
"hey tengok Hubby"

Mia memandang wajah Farezz yang tampan itu...

"Hubby tahu isteri Hubby nie manja tapi tak nak mengaku...berlagak macam gangster tapi sebenarnya dalam lubuk hati sayang tu,sayang seorang yang baik dan penyayang..Hubby sayangkan sayang tak kesah macam mana pun perangai sayang tapi Hubby nak hati sayang hanya untuk Hubby sahaja bukan orang lain...boleh sayang" sambil mencium tangan isterinya...

Mia yang tersenyum sambil mengangguk perlahan dan dengan lembut memeluk kembali Farezz ...dan kini Mia betul-betul berada dalam pelukkan Farezz ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience