BAB 10: PERHATIAN
Waktu sarapan pagi Tengku Idris bertanya kepada anak dan menantunya bila nak pergi honeymoon...
"papa nak tanya sikit boleh"
"tanya lah pa"
"bila kamu berdua nak pergi honeymoon"
Tersedak Mia yang sedang minum susu,bila papa tanya pasal honeymoon...
Farezz hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu...
"apa papa nie,tanya pasal honeymoon pulak pepagi nie" protes Mia
"yer lah kamu dah kahwin kan,takkan tak nak pergi honeymoon kot"
Farezz ingin mendengar penjelasan daripada isterinya , kenapa tidak mahu pergi honeymoon...
"ala nanti kan boleh honeymoon tu pa"
"Kenapa macam tak pergi honeymoon jer mia"
"Bukan tak nak pergi pa tapi mia ada kelas tambahan masa cuti nie"
"kamu macam mana pulak Farezz "
"Farezz tunggu mia jer pa"
"tak kesah ker kalau honeymoon kena tunda dulu sampai mia abis exam"
"Farezz tak kesah pa"
"bagus lah kalau mcm tu"
Selesai sarapan tengku idris pergi ke pejabat kerana ada urusan penting... Meninggalkan anak dan menantunya dirumah untuk menyesuaikan diri....padahal dia tak tahu ker yang dua-dua berlakon mesra jer...
Mia kelihatan sedang sibuk membuat tugasan sekolah di meja belajarnya, tertunduk kerana fikirannya terganggu oleh wajah Farezz ...asyik berlegar-legar dalam fikirannya...
Dah jatuh cinta lah tu kan, tapi tak nak mengaku...hihihihihi....mia menepuk buku ke arah kepalanya agar kembali fokus dalam menyelesaikan tugasannya itu...
Farezz yang melihat mia menepuk buku di kepalanya,langsung memegang tangan mia agar berhenti membuat perkara itu... Farezz tidak sanggup melihat mia menyakiti dirinya sendiri....
"kenapa sayang pukul kepala sayang dengan buku, cuba cerita dengan abang" tanya Farezz
Mia hanya diam sambil menatap wajah Farezz yang bergitu kacak sekali...raut wajah yang berlegar dalam fikirannya,sekarang ada dihadapannya yang membuat Mia menjadi leka..
"Sayang" panggil Farezz
"Yer saya"
"kenapa pukul kepala dengan buku, abang tanya nie"
"Tak ada apa lah" menghadap meja belajar dan sambung membuat tugasannya itu...
Tiba-tiba....ada mesej daripada Rai yang bertanyakan tentang tugasan di dalam grup "bestie''
"Korang"panggil Aisyah
"Ada apa"jawab Diana
"Mana mia,lama menyepi dalam grup nie"
"tu lah kan Aisyah, senyap jer sejak cuti nie"
Mia yang ingin membalas mesej mereka menjadi serba salah kerana di sebelahnya ada Farezz yang menemani dia membuat tugasan...mia bukan tak suka tetapi dia takut kalau Farezz tengok mesej dalam grup itu... maklumlah banyak rahsia dalam grup tu...hahaha
"jangan risau sayang, abang hanya teman sahaja dan abang tak akan kacau privasi sayang tu" ucap Farezz yang melihat mia teragak-agak hendak membalas mesej dari kawannya itu...
Di dalam grup "bestie"
"Aku ada jer" jawab mia yang lama menyepi
"mia, aku rindukan kau gan Diana"
"aku pun rindukan korang dua"
"ehh tugasan dah siap belum Aisyah"tanya mia
"belum lagi sebab malas nak buat"
"Diana dah siap dah"
"pun belum lagi mia"
Mia pun menghilang dari chat tersebut dan kembali fokus dengan tugasannya itu... Farezz menghampiri mia lalu memicit bahu yang membuatkan mia terkejut...
"eh apa nie" tanya mia
"abang tahu sayang penat buat tugasan,jadi abang nak tolong urut bahu sayang"
"tak per lah, saya tak biasa orang picit bahu"
"pliss sayang jangan tolak apa yang abang buat"
Masa nie Farezz nak sweet-sweet pulak dengan mia yang tengah buat tugasan... Ikhlas ker tu Farezz atau ada niat lain... Hihihi
"Awak tak kerja ker"tanya mia secara tiba-tiba
"panggil abang"
"ouhh okeyy, ha abang tak kerja ker"
"kan sedap telinga abang dengar bila isteri panggil abang"
"tak..abang cuti kahwin selama 2 minggu"
"lamanya cuti..boss tak marah ker,abang cuti lama-lama"
"sayang lupa ker yang abang nie boss,jadi berapa lama abang nak cuti terpulang pada abang lah"
"ouhh macam tu" sambil meneruskan Tugasan yang hampir siap...
Tiba-tiba.....Mia menjerit
"arhhh"
Terkejut Farezz sampai tergolek dari sofa dengar mia menjerit... Padahal Farezz masih di dalam bilik..
"kenapa sayang, ada yang sakit ker"
"akhirnya siap juga tugasan saya" sambil tersenyum
"ya allah,abang ingat apa lah tadi.. Ingat sayang sakit"terlihat raut wajah risau Farezz apabila mia menjerit..
Farezz yang ingin kembali ke sofa terhenti kerana tangannya di capai oleh mia... Farezz menoleh dan tertanya kenapa mia memegang tangan dia...
"kenapa sayang"memusingkan tubuh badan nya ke arah mia
"maafkan saya"sambil tertunduk
Farezz pelik dengan kelakuan mia secara tiba-tiba minta maaf sedang dia tidak membuat apa-apa salah kepada Farezz ..
"kenapa sayang minta maaf dengan abang, sayang tak buat salah apa pun"
"yer lah, disebabkan mia jerit buatkan abang jatuh dari sofa dan buat abang risau"dengan muka comelnya itu
Farezz dengan senyuman terus mencium pipi isterinya itu kerana tidak tahan melihat kecomelan isteri nya...
Muka mia yang menjadi merah kerana terkejut akan tindakan suaminya itu...Tidak dapat keluarkan satu perkataan dari mulutnya....
Bertapa malunya Mia apabila Farezz cium dia...
"abang tak marah sayang dan abang nak sayang tahu bahawa abang sayangkan sayang seikhlas hati abang" jujur Farezz kepada mia...
Mendengar luahan hati Farezz , air mata mia mengalir kerana tidak dapat menahan sebak yang sememangnya Mia mempunyai perasaan yang sama seperti Farezz ...tetapi Mia tidak berterus terang dengan Farezz tentang perasaannya itu...
Share this novel