Mahligai Cinta

Romance Completed 9609

BAB 7: MAHLIGAI CINTA

Setelah hampir 3 hari di hospital, Mia gembira akhirnya dapat balik rumah kerana tidak suka duduk di hospital terlalu lama kerana tidak bebas untuk membuat semua perkara...

Ting...Ting....

mia mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali..

"Assalamulaikum Mia" - Farezz
"Siapa nie??"- Mia
"Tengku Farezz Syazwan"- Farezz
"ouhhh"- Mia

Mia tidak menyimpan nombor telefon Farezz sebab dia rasa tidak penting untuk menyimpan nombor telefon Farezz...

"saya dengar awak dah keluar hospital,betul Ker" - Farezz
"yer memang saya dah keluar hospital pagi tadi dan tiada kaitan untuk awak tahu yang saya dah keluar hospital...faham" - Mia

Farezz menukar nama panggilan Mia kepada "Sayang" sebab dia dh terlalu cintakan Mia...lagipun mereka dah nak kahwin kena lah sweet sikit kan...Mia simpan nombor telefon Farezz dengan nama "Tengku Farezz"

"Boleh tak kalau saya nak jumpa awak petang nie dekat cafe" - Tengku Farezz

Mia hanya membaca tapi tidak membalas mesej itu kerana sudah terlelap sebab dia makan ubat yang doktor berikan kepadanya semasa dia ingin keluar dari hospital...Mia yang sedang tidur nyenyak tadi...dengan secara tiba-tiba bangun kerana mia mimpi tentang lelaki yang menyelamatkan diri nya pada masa itu...Mia menangis kerana perasaan takut telah menguasai dirinya itu...Secara tidak sedar Mia menjerit sekuat hati sehingga papanya terkejut kerana mendengar jeritan Mia tadi..Dengan bergegas papanya datang ke bilik mia,takut akan anaknya melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya...

"mia kenapa nie sayang...mia jangan macam nie sayang,jangan buat papa risau" tanya tengku idris

Mia hanya menangis sambil memeluk kembali papanya yang sudah ada dekat dengannya...
Mia hanya diam dan tak berkata apa-apa...Mia menangis disamping papanya sehingga tertidur..Tengku Idris sangat risaukan keadaan mia yang sering bermimpi tentang kejadian itu...

"sayang,tidur yang lena yer...papa akan sentiasa ada di sisi Mia sampai bila-bila,walaupun papa tahu tak lama lagi Mia akan jadi isteri orang...papa nak yang terbaik buat Mia dan papa rasa Farezz boleh bahagikan Mia sampai bila-bila..." ucap tengku idris sambil membelai rambut yang menutupi wajah anaknya itu....

Cuti sekolah sudah tiba....

Hari yang ditunggu-tunggu sudah menjelang tiba..Disaat ini segala persiapan untuk majlis perkahwinan antara Tengku Farezz Syazwan dengan Tengku Mia Ariana telah siap...hanya yang tinggal adalah Akad Nikahnya sahaja...Biarpun majlis yang sederhana dibuat tetapi tetap indah kerana dihiasi dengan gubahan bunga yang sangat cantik dan lampu yang menyinari ruangan itu..Majlis perkahwinan yang dirahsiakan daripada semua orang kerana mereka tidak bersedia untuk diumumkan kepada semua...

Di dalam bilik...

Mia yang bergitu gelisah dan takut akan perkahwinan ini,berfikir untuk larikan diri agar tidak akan berkahwin dengan Farezz ...Perasan Mia yang kini bercelaru...

"apa aku nak buat nie....agak kalau aku lari masih sempat lagi nie"fikirannya

Melihat tingkap yang terbuka dengan luas,Mia mendapat satu idea yang bernas untuk melarikan diri...Sedang mia hendak memanjat tingkap dengan baju pengantin untuk melarikan diri....

Tiba-tiba.....

"Tengku Mia Ariana " panggilan tegas dari tengku idris yang melihat anaknya yang mahu melarikan diri
"pa...pa..papa...mi....Mia..cu..cuma"
"cuma apa"
"cuma"
"mia cuba nak larikan"
"ma..mana...ada papa" sambil menunjuk peace serta senyum kerang busuknya itu

Tengku Idris hanya menggelengkan kepalanya kerana sikap anaknya itu...
Membawa mia menuju ke ruang tamu menuruni tangga,terlihat jelas raut wajah mia yang bergitu cantik mengenakan busana pengantin berwarna putih dan make up yang simple....

Farezz sempat menoleh pada calon isterinya itu, ternganga mulut kerana terlalu cantik sehingga tidak berkelip mata memandang Mia..Amboi Farezz tak berkelip mata tengok Mia...Betul-betul cantik tu hihihi
Tengku salam yang melihat anaknya itu,lalu menepuk tangan Farezz agar menutup mulutnya yang ternganga itu...terkantoi pulak tengok calon isterinya sampai ternganga...Farezz hanya tersenyum apabila ditegur oleh papanya itu tadi..Farezz hendak menutup muka kerana malu oleh perbuatannya sendiri...

Tok imam yang telah berjabat tangan dengan Farezz untuk melakukan acara Akad nikah,membuatkan perasaan Farezz bergitu gemuruh sehingga bergegar tangan yang memegang tok imam tu...Hahahaha gemuruh betul tu Farezz nak nikah...tengku salam memberi kata-kata semangat kepada anaknya agar tidak gemuruh dan tenang sahaja apabila akad nikah dijalankan....

"Tengku Farezz Syazwan Bin Tengku Salam"
"Yer saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Mia Ariana Binti Tengku Idris Shah dengan mas kahwinnya RM 100.000 ringgit tunai"

Farezz menarik nafas dalam-dalam dan.......
"Aku terima nikahnya Tengku Mia Ariana Binti Tengku Idris Shah dengan mas kahwinnya RM 100.000 ringgit tunai."tangan mereka pun berayun.
"sah" tanya tok imam pada para saksi..
"Sah."!
"Alhamdulillah" tok imam membaca doa selepas akad nikah...

Tanpa sedar air mata mia mengalir membasahi pipi kerana terharu sudah bergelar isteri kepada Tengku Farezz Syazwan yang sah di usia 18 tahun tanpa ibu disisinya saat dia sedang diijabkabulkan....
Selepas sesi akad nikah, Farezz berjalan menuju ke arah Mia untuk menyarungkan cincin dengan perasaan yang gugup sehingga membuatkannya jatuh....semua orang hanya ketawa kerana gelagat Farezz yang sangat lucu..

"ya Allah kenapalah dengan aku ni."ucap Farezz di dalam hati
Bertapa malunya dirinya kerana jatuh betul dihadapan Mia yang begitu cantik sehingga Farezz tidak dapat berkata apa-apa..
Farezz menyarungkan cincin di jari manis Mia, Lalu Mia salam serta cium tangan Farezz.. biarpun ketakutan menghantui dirinya tetapi dia tidak mahu papanya malu kerana perbuatannya itu...

"Farezz, cium dahi isteri tu" ucap mamanya
"mama, kalau tak cium boleh ke"
"dah konsep dia macam tu Farezz"
Dengan perasaan gemuruh Farezz mendekati lalu mencium dahi isterinya, seperti apa yang mamanya suruh lakukan...
Mereka sekeluarga bergambar bersama di atas pelamin,selepas selesai sarung cincin.. biarpun perasaan mereka keliru tetapi muncul perasaan baru di dalam hati yang membuatkan hati mereka terpaut rasa suka,sayang dan cinta..
"sekarang Mia dah sah jadi isteri kepada Tengku Farezz Syazwan"kata Tengku Idris
"ya papa"balas mia sambil memeluk papanya
"ingat pesan papa sayang, jangan ingkar apa yang suami katakan dan jangan pernah cuba untuk menjadi isteri derhaka"
"dan pada Farezz papa harap Farezz dapat jaga anak papa dengan baik dan sayangilah dia seperti mana papa menyayanginya"
"baik papa Farezz janji akan jaga Mia seperti nyawa Farezz sendiri"jawab Farezz

Selesai sudah majlis perkahwinan mereka berdua... semua tetamu dan jemputan sudah pulang dan kini tiba masanya untuk mereka menikmati malam pengantin mereka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience