BAB 4 : RANCANGAN PAPA
Keesokan paginya....
Mia yang sedang bersiap hendak ke sekolah..memasukkan buku kedalam beg serta memakai pakaian rasmi baju kurung...
Tiba-tiba.......
"cik mia" panggil mas iaitu pembantu rumahnya
"yer kak mas"
"papa mia pengsan dekat ruang tamu"
Beg yang disandang di bahu jatuh apabila mendengar kak mas memberi tahu bahawa papanya pengsan...bergegas mia menuruni tangga dan menjerit "papa"
"kak mas,kenapa dengan papa nie"
"kak mas tak tahu,tapi tadi tuan ada kata dadanya sakit"
"papa" panggil mia sambil menangis
"kak mas panggil abang zain sekarang,kita bawak papa pergi hospital"arah mia kepada mas
Dalam perjalanan ke hospital,Mia menangis kerana takut kehilangan papanya...Mia yang lengkap dengan seragam sekolah terus pergi ke hospital tanpa memikir banyak...
Di hospital Kuala Lumpur....
Mia kelihatan bergitu resah kerana risau keadaan papanya yang masih dirawat oleh dokter dan tidak sedarkan diri lagi...mia risau akan kehilangan papanya yang dia sayangi itu...
ring...ring...telefon berdering...
"Assalamulaikum uncle" suara mia yang sesak kerana menangis
"walaikumsalam mia,kenapa menangis nie"tanya tengku salam
"papa...uncle...papa"
"kenapa dengan papa kamu mia"
"papa pengsan dan sekarang ada dekat hospital Kuala Lumpur"
"ya allah"
"tak per jangan risau yer mia,uncle datang sekarang"
"kenapa bang"tanya isterinya
"idris pengsan dan sekarang dirawat di hospital"
"kalau macam tu pa,kita pergi tengok lah sekarang" ujar farezz dengan keadaan tidak tenang
"jom"
Mereka bergegas hendak ke hospital untuk melihat keadaan Tengku Idris...Farezz risau tentang keadaan mia sendirian di hospital dengan keadaan sekarang ini...Tak lama kemudian....Mereka pun sampai dihospital dan menghampiri Mia yang sedang duduk di kerusi menunggu
"Mia"panggil mariam yang melihat mia sedang menangis
Tanpa menjawab,mia langsung memeluk mariam dengan erat kerana terlalu sedih dan takut akan kehilangan papanya...Disamping mariam,terlihat jelas raut wajah farezz yang bergitu risau dengan keadaan mia yang sedang menangis...
"sabar banyak-banyak mia,papa akan okey"kata tengku salam
"Mia takut uncle,aunty"
"mia takut kalau papa tinggalkan mia sama macam mama tinggalkan mia" sambil memangis
"jangan cakap macam tu mia,papa mia kan kuat orangnya"
"papa tak akan tinggalkan mia,mungkin papa cuma penat"
Hati farezz bergitu satu melihat wajah mia yang sedang menangis...farezz seperti dapat merasakan apa yang Mia sedang rasakan sekarang ini...farezz hanya dapat melihat dari jauh sahaja dan tidak berani untuk mendekati bukan kerana takut tetapi tidak mahu membuat Mia bertambah tertekan..
Tak lama kemuadian ,dokter keluar dari bilik rawatan dan bertanya siapa ahli keluarga tengku idris
"Ye saya anak dia dokter"
"keadaan tengku idris sangat lemah mungkin kerana stress juga punca keadaan nya jadi bergini"
"boleh saya masuk untuk tengok papa"
"boleh tak ada masalah cuma jangan bagi dia stress sahaja"
"baik dokter"
Mia pun masuk dan melihat papanya sedang baring dalam keadaan lemah...tanpa sedar air mata mia membasahi pipi kerana sedih melihat papanya terbaring lemah...
"papa"panggil mia
"sayang jangan nangis,papa cuma penat sahaja sayang"
mia menangis sambil dipeluk papanya...perasaan Mia sekarang bercampur aduk kerana takut kehilangan papanya...
"mia sedih sebab tengok papa lemah macam nie"
"Papa okey sayang..Mia jangan risau tau"
"Mana boleh Mia tak risau,Mia takut kehilangan papa"
Mia seorang gadis yang berhati kental sebenarnya manusia biasa yang mempunyai kelemahan jugak...selama ini Mia hanya berpura-pura kuat kerana tidak mahu tunjuk pada tengku idris bahawa dia masih belum dapat menerima kenyataan bahawa mamanya telah pergi buat selama-lamanya tetapi itu lah hakikatnya...Mia sering menceriakan hari-hari papanya dengan sikap dia yang bergitu manja agar papanya tidak lagi bersedih...Mia menyimpan perasaan sedih bergitu dalam kerana tidak mahu papanya jugak turut bersedih...kadang kala Mia sering menangis seorang diri di dalam bilik kerana tidak sanggup menahan lagi perasaan...Mia sering sembunyikan perasaan sedih daripada papanya itu agar tidak susah hati...
"idris lain kali,jangan teruk sangat kerja tu..kan dah sakit"ucap tengku salam
"aku bukan apa,aku selalu fikirkan kebahagiaan anak aku nie" sambil membelai mia yang masih dalam pelukkannya itu
"Mia akan bahagia bila papa sihat dan ceria" selit Mia
"Papa akan bahagia kalau Mia kahwin dengan farezz sebab farezz boleh jaga Mia bila papa tiada nanti sayang"
mia yang tersentak dengab perkataan papanya itu,langsung melihat wajah papanya dan berkata "kenapa papa cakap macam tu...papa dah tak sayangkan Mia lagi ker atau papa ada penyakit yang Mia tak tahu"
"Papa buat semua nie sebab papa nak Mia bahagia...bukan sebab papa ada penyakit....papa tahu farezz boleh bahagikan Mia sayang..."
"emm baik lah papa"
Melihat sikap manja Mia,farezz tersenyum sendiri kerana baginya mia sangat comel dan itu yang membuat dirinya jatuh hati pada gadis itu...
"mia boleh papa cakap sikit"tanya idris pada anaknya
"ada apa papa"
"mia nak tengok papa gembira dan pap sihat lagi tak"
"mesti lah mia nak tengok papa happy dan sihat"
"kalau mia nak papa happy dan sihat,mia terima yer untuk kahwin dengan farezz boleh"
Mia terdiam seketika sambil berfikir sebab selama ini dia tidak mahu melihat papa nya sakit dan dia nak papanya happy walaupun sikap Mia kasar tetapi dia tetap nak papanya bahagia,biarpun apa yang papa dia lakukan ini mungkin akan melukai hatinya tetapi tidak mahu melihat papanya sakit lagi...Mia sanggup berkorban apa sahaja untuk papanya biarpun hatinya yang terluka...
"mia"panggil papanya...mia yang tersedar dari lamunan-nya itu dan menjawab
"Baik lah Mia setuju papa" sambil memeluk kembali papanya
Tengku salam dan isterinya bahagia apabila mendengar jawapan daripada mia yang setuju untuk berkahwin dengan farezz..
Farezz yang hanya berdiri di tepi tingkap,tersenyum lebar kerana akhirnya gadis yang mencuri hatinya bakal menjadi isteri sah pada hujung bulan nanti..keterujaan farezz dilihat oleh papa-nya yang melihat dari jauh kerana anak bujangnya itu tersenyum sendiri...
"Ya Allah doa aku dah makbul...dia dah setuju untuk kahwin dengan aku walaupun dengan secara paksa tetapi aku akan buat dia jatuh cinta dengan aku....terima kasih ya Allah sebab buka hati dia untuk terima aku biarpun dia terpaksa" ucap farezz dalam hati sambil tersenyum....
Di kantin hospital....
"Apa yang aku dah buat nie..betul Ker apa keputusan yang aku buat nie untuk kahwin dengan farezz atau aku silap dengan keputusan nie..."
Mia yang memikirkan tentang keputusannya untuk berkahwin dengan farezz itu adalah kesilapan yang besar kerana setuju dengan perjodohan itu...sedang Mia berfikir tentang keputusannya untuk berkahwin dan secara tiba-tiba farezz muncul dihadapan Mia....
"Apa yang awak fikirkan tu" sapa farezz yang duduk dihadapan Mia
"Tak ada apa lah"
"Saya tahu awak fikir untuk batalkan perkahwinan nie kan"
"Mana awak tahu saya nak batalkan perkahwinan nie.."
"Saya tak paksa awak untuk kahwin dengan saya tetapi awak yang rela untuk kawin dengan saya"
"Saya terpaksa buat semua benda nie sebab tak nak papa saya sakit...faham dan bukan sebab awak..."
Sikap Mia yang bergitu tegas akan keputusan yang diambil membuatkan farezz tertawa kerana tidak sangka dia akan berkahwin dengan perempuan yang dia cintai walaupun secara paksa...Mia melihat farezz tersenyum-senyum terus menepuk meja membuatkan farezz terkejut
"Apa masalah awak nie...tersenyum-senyum"
"Saya sukakan awak"
"Hello....awak jangan nak berangan untuk saya cintakan awak sebab saya dah ada cinta saya sendiri...faham"
Mendengar ucapan Mia,senyuman farezz pudar kerana hatinya seperti dikoyak-koyak apabila mengetahui bahawa Mia sudah mempunyai cinta hati...Mia terus beredar dari kantin hospital kerana tidak mahu melihat muka Farezz dan menuju ke wad papanya...hati farezz bergitu sakit dan jantung farezz seperti ingin tercabut....farezz tidak mahu kecewa lagi dalam percintaan yang kali ini seperti dulu...farezz yakin Mia adalah jodohnya dan akan berusaha untuk mendapatkan hati Mia menjadi miliknya seutuhnya...
Setelah beberapa hari tengku Idris dirawat di hospital dan kini bisa pulang ke rumah...Mia gembira melihat papanya yang sudah dibenarkan pulang kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan papanya itu...selama tengku idris di hospital,Mia yang selalu menemaninya di hospital kerana tidak mahu jauh daripada papanya....setiap malam farezz datang hospital semata-mata nak tengok Mia biarpun dari luar bilik...farezz yakin dengan perasaan dia kali ini kepada Mia....sedar tidak sedar Mia banyak mengubah sikap farezz...
Share this novel