BAB 17 : RAHSIA TERBONGKAR
Setelah pulang dari paris mia terkejut apabila mendapat tahu tentang perkahwinan dia dengan farezz tersebar luas.. Mia melihat berita itu di media sosial miliknya..mia tak sangka bergitu cepat berita itu tersebar...
"ya allah sapa punya kerja nie,setahu aku tak ada sesiapa tahu tentang perkahwinan aku.. Tapi macam mana boleh jadi macam nie,macam mana kalau Hubby tahu tentang perkara nie... Mesti dia malu sebab kahwin dengan aku... Aduh apa yang aku nak buat nie"
Tiba-tiba pintu bilik terbuka... Mia cepat-cepat menyorokkan telefon di belakang badan supaya farezz tidak melihatnya, tetapi malangnya farezz merampas telefon di tangan mia...
"kenapa kena sorok telefon daripada Hubby, sayang tengok apa"
"tak ada apa" sambil mengapai telefon di tangan farezz
"kalau tak ada apa kenapa takut" menoleh ke arah telefon
"Hubby jangan tengok" memejakan mata kerana takut
Farezz terkejut apabila melihat berita itu...gambar mereka di honeymoon di Paris tersebar bergitu cepat sekali...Mia dan Farezz tidak upload gambar mereka di media sosial tetapi gambar yang tersebar itu daripada jauh sahaja...mungkin ada yang mengikuti mereka ke Paris semasa mereka honeymoon.....
"kenapa sayang nak kena sorok benda nie daripada Hubby"
"sayang bukan nak sorok tapi sayang takut Hubby marah bila tahu pasal berita nie"
"Hubby tak marahkan sayang...bukan salah sayang pun" sambil peluk Mia
Farezz ambil telefon miliknya di atas meja dan mendail nombor seseorang....
"Assalamulaikum helmi"
"walaikumsalam tengku,ada apa yang boleh saya bantu"
"saya nak awak tolong siasat tentang berita tentang perkahwinan saya serta gambar yang berada di internet itu..."
"baik tengku..saya akan siasat...kalau ada apa-apa saya akan update kepada tengku.."
Farezz peluk Mia untuk menenangkannya agar tidak fikir tentang berita itu...
"sayang jangan risau, Hubby dah suruh orang cari siapa yang sebarkan gambar kita tu"
"macam mana sayang tak risau,mesti nanti kawan sayang mesej tanya pasal berita tu"
Tiba-tiba telefon Mia berbunyi panggilan daripada kawannya...tetapi Farezz melarang Mia untuk menjawab kerana tidak mahu membuat keadaan bertambah buruk lagi...Mia akur dengan keputusan yang dibuat oleh farezz... setidaknya berita itu tidak bertambah buruk...Mia risau pasal papa-nya yang mungkin akan tahu tentang perkara ini....
Farezz melihat wajah mia yang sedang tidur sambil berfikir apa yang patut dia lakukan sekarang...farezz takut akan terjadi apa-apa tentang hubungan dia dengan Mia..perasaan yang pernah dihantui dulu kini kembali...farezz ingin Mia menjadi cinta terakhirnya...farezz tertidur di atas sofa sehingga pagi.
Bertapa ramai yang menghubungi Mia tetapi Mia tidak menjawab kerana tidak diizinkan oleh suaminya...
"Kenapa Mia nie tak jawab call aku" tanya dania
"Entah lah..aku rasa sebab dia takut lah kot...rahsia dia dh pecah" jawab Aisyah
"Tapi betul Ker tu Mia..tak kan Mia dh kahwin...dia tak cerita apa-apa pun kat kita kan" ujar Dania
"Cuba call lagi,mana tahu dia jawab kan" suruh Aisyah
Dania cuba menghubungi Mia banyak kali tetapi dia tetap tidak menjawab...
"Tu kan dia tak jawab" ucap Dania
"Tak per lah bagi dia masa,nanti dia call lah kita tu" jelas Aisyah
"Emm yer lah" jawab Dania
Mia yang sedar dari tidur melihat sebelahnya tetapi Farezz tidak ada di situ...Mia bangun dan ingin mencari farezz,Mia melihat farezz yang sedang tidur di sofa dengan wajah yang bergitu tampan..perlahan Mia pergi mendekati farezz dan meletakkan kepalanya di pangkuan farezz...farezz terkejut dengan perbuatan Mia langsung bangun dari sofa yang menyebabkan Mia jatuh...
"Aduh,sakitnya"
"Ya Allah sayang,Hubby tak sengaja...maafkan Hubby"
"Sayang tahu lah sayang nie tak cantik,tapi jangan lah buat macam tu"
"Hubby minta maaf sayang...Hubby terkejut bila sayang buat macam tu"
"Dah lah,sayang nak mandi" sambil bangun memegang lengannya yang sakit
"Sayang"
Farezz mengikuti Mia sehingga depan bilik air..Mia menutup pintu dan terus berdiam sahaja....Mia cuma nak tengok sama ada farezz betul-betul sayangkan dia atau tidak...farezz yang masih setia di depan pintu menunggu isterinya keluar...selesai mandi,mia keluar dan terus duduk di sofa...farezz mengikut isterinya sambil minta maaf atas perbuatannya tadi..
"Sayang,maafkan lah Hubby...Hubby tak sengaja nak buat sayang macam tu..."
"Dah lah..Hubby memang tak sayangkan sayang kan"
"Sayang jangan cakap macam tu..Hubby sayangkan sayang sangat-sangat"
"Yer lah tu.."
"Kalau sayang tak percaya,cuba rasa jantung Hubby nie" sambil meletakkan tangan Mia di dadanya...
Mia tertawa melihat reaksi farezz yang mengelabah bila Mia cakap dia tak sayangkan Mia...farezz pelik dengan sikap isterinya itu...Mia tersenyum melihat wajah farezz...
"Hahahaha,comel lah Hubby bila mengelabah macam nie"
"Ouhh..sayang kenakan Hubby yer"
"Hahahahahahaha"
Farezz tersenyum melihat gelagat isterinya yang lucu kerana boleh buatkan dia panik...comel sangat sikap Mia bila dengan farezz..farezz suka layan kerenah Mia yang masuk air tu....kesian kau farezz kena 'game' dengan isteri sendiri....
Selesai bergurau senda...mereka menikmati sarapan pagi yang dibuat oleh Mia semasa farezz mandi tadi...Mia seorang isteri yang baik dan taat serta pandai melayani suami...selepas sarapan,farezz membawa mia ke pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen dan terus pergi jalan-jalan...
Dalam kereta Mia hanya diam sahaja dan tidak bercakap...Mia sedang memikirkan tentang perkahwinan-nya itu...Mia merasa bersalah sebab tidak menolak tawaran untuk berkahwin dengan farezz....Mia tahu farezz dikenali banyak orang dan mungkin sekarang farezz malu kerana berkahwin dengannya....farezz melihat Mia sedang termenung...farezz memanggil Mia tetapi tidak disahut..
"Sayang...sayang....sayang" sambil mencuit Mia
"Yer...yer..ada apa Hubby"
"Sayang kenapa"
"Tak ada apa lah"
"Yer ker nie...dari tadi Hubby tengok sayang termenung saja"
"Sayang kesian dengan Hubby"
"Kenapa sayang kesian dengan Hubby pulak"
"Yer lah sebab sayang Hubby dapat malu..."
"Kenapa Hubby malu sayang"
"Sebab Hubby kahwin dengan sayang dan berita tentang perkahwinan kita tersebar"
"Hey,Hubby tak pernah malu sebab kahwin dengan sayang...Hubby bersyukur sebab dapat kahwin dengan sayang...sayang jangan fikir yang bukan-bukan..."sambil mencium tangan isterinya
Mia tersenyum apabila mendengar kata-kata farezz...bukan sebab apa ,Mia hanya takut kalau farezz akan malu kerana berkahwin dengannya...semenjak berkahwin,sikap Mia banyak berubah kerana dia sudah mendapatkan cinta yang dia cari selama ini....
Share this novel