Sakit

Romance Completed 9609

BAB 13:SAKIT
Farezz yang melihat isterinya yang sedang tidur dengan lena sehingga tidak mahu mengganggu tidur Mia.. sementara itu Farezz menatap wajah isterinya yang sedang tidur dengan bergitu dekat sehingga membuatkan Farezz dapat mencium bibir Mia yang terlihat manis....

Amboi suka amik kesempatan Farezz nie...tak per lah,amik kesempatan dekat isteri sendiri kan...tak salah pun...Farezz mengambil phone yang terletak di atas meja sebelah katil dengan tujuan untuk ambil gambar mereka tengah bercium....nakal Farezz nie...
Sebenarnya Farezz banyak menyimpan gambar Mia sejak dia jatuh cinta pada gadis yang sekarang ini bergelar isterinya...

"abang akan bahagiakan sayang dan abang harap agar sayang tak akan tinggalkan abang seorang diri" ucap Farezz sambil membelai rambut Mia dengan manja...

Belaian manja daripada Farezz membuatkan mia terjaga dari tidur...Mia membuka mata dan melihat kelibat seorang lelaki yang menolongnya diwaktu itu... tiba-tiba Mia memegang kepalanya yang bergitu sakit...

"sayang kenapa nie"
"ke..kepala..saya sakit sangat"
"kita pergi hospital yer" ajak Farezz
"tak perlu,saya okey sebab dah biasa dah"
"jangan macam nie sayang,abang risau lah dengan keadaan sayang nie"

Mia tidak menghiraukan perkataan Farezz ...lalu bangun dari katil dan menuju ke bilik air,Mia yang merasakan kepalanya berpusing dan hampir jatuh tetapi di sambut oleh Farezz ...dengan pantas Farezz membawa mia pergi ke hospital...

"Assalamulaikum papa,Farezz nak bagi tahu yang Mia ada dekat hospital...tadi kepala dia pening dan pitam sebab tu Farezz bawak dia pergi hospital" tulis Farezz yang menghantar mesej kepada Tengku Idris

Sementara itu,Farezz menunggu kabar tentang mia daripada doktor.... kegelisahan Farezz menunggu berita daripada doktor tentang isterinya itu tidak dapat ditahan lagi...
Tengku Idris yang sekarang ini berada di luar negara bersama mama dan papanya... sememangnya terlihat risau kerana tidak ada kabar lagi tentang mia... mereka tidak dapat pulang kerana sedang menguruskan perkara yang penting...

Doktor yang keluar dari bilik rawatan dan menghampiri Farezz yang sedang duduk menunggu...

"encik waris pesakit ke"
"ye..saya suami dia...boleh saya tahu keadaan isteri saya"
"keadaan pesakit tidak mengalami apa-apa yang Serius cuma kelelahan sahaja"
"terima kasih doktor"
"sama-sama encik"

Farezz melangkah masuk ke bilik rawatan dan melihat Mia yang sedang terbaring lemah di atas katil yang membuatkan hatinya sedih...Farezz yang ingin bertanya tentang kisah silam Mia tetapi takut akan mengganggu emosi Mia yang akan menduduki SPM...

"Assalamulaikum papa..Farezz nak bagi tahu keadaan mia okey,cuma Mia penat sahaja..papa jangan risau pasal Mia,Farezz akan jaga Mia...papa dan yang lain jaga diri baik-baik" mesej yang dihantar kepada tengku salam...

Farezz duduk disisi Mia sambil menggenggam tangan Mia dan berkata "andai sayang adalah budak perempuan yang pernah abang selamatkan 3 tahun dulu,abang bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan sayang" ucap Farezz sambil cium tangan mia

Tanpa sedar air mata Mia mengalir apabila mendengar luahan hati Farezz tentang kejadian 3 tahun lepas...bukan apa sejak kejadian itu Mia selalu mimpi sehingga menjejaskan kesihatannya...
Mia yang sebenarnya sudah lama sedar mendengar segala apa yang Farezz ucapkan tetapi mia tidak berdaya untuk menahan air matanya daripada mengalir...

"sayang... Sayang dah sedar" panggil Farezz dengan lembut

Mia membuka mata secara perlahan dan menoleh ke arah Farezz yang berada di sampingnya itu..
"kenapa sayang pandang abang macam tu" tanya Farezz
"macam mana saya boleh ada dekat hospital, sedangkan tadi saya ada dekat rumah"
"sayang pitam masa nak pergi bilik air, jadi abang bawak pergi hospital terus..doktor kata sayang cuma penat dan tak ada yang serius"
"emm"
"sayang nak makan apa-apa tak.. Abang boleh belikan"
"terpulang lah"
"okey, sayang rehat tau.. Abang beli makanan kejap"

Melihat Farezz sudah keluar dari bilik.. Mia bangun dari katil dan berdiri di tingkap memandang arah luar hospital... Mia teringat akan kata-kata Farezz pun menangis kerana dia tidak sangka akan berkahwin dengan lelaki yang telah selamatkannya dulu...
"takdir yang menemukan kita dan takdir juga menyatukan kita dalam ikatan yang sah" bisik mia di dalam hati

"mama, mia dah jumpa cinta yang mia cari selama ini ma.. Dia adalah orang yang dah selamatkan mia dulu dan kini menjadi suami mia yang sah mama.. Mia doakan mama tenang disana.. Mia bahagia walaupun dia tak ucap yang dia cintakan mia.. Mama doakan mia dapat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang baik macam mama dan mia dapat cinta daripadanya" ucap mia sambil mengusap air mata yang mengalir membasahi pipinya itu...

Farezz yang sebenarnya sudah lama ada di dalam bilik itu mendengar semua kata-kata mia...

"jadi betul lah mia budak perempuan tu" ucap Farezz yang membuatkan mia terkejut melihat Farezz dibelakangnya..
"apa maksud abang, mia tak faham" mia mengelak untuk menjawab soalan Farezz
"mia jangan berpura-pura tak faham apa yang abang tanya...abang dengar semuanya tadi, jadi mia dah tak boleh nak mengelak lagi"
"yer, mia budak perempuan yang abang selamatkan 3 tahun lepas dekat taman tu" jawab mia sambil menangis
"kenapa mia tak berterus terang dari awal kita kahwin"
"mia keliru dengan perasaan mia tapi bila mia disisi abang,mia rasa selesa dan setiap kali mia buka mata raut wajah abang sentiasa dalam fikiran mia sejak 3 tahun lepas"

Farezz mendekati mia dan memeluk mia dengan erat berkata "sejak abang jumpa sayang dekat taman tu... Abang tak boleh lupakan sayang... Sayang selalu bermain di ingatan, walaupun masa tu abang dah ada kekasih.... Abang memang tak nampak muka sayang tapi abang boleh rasakan apa yang sayang rasakan selama nie.. "Mereka berpeluk sambil menangis kerana takdir yang menyatukan dua hati yang pernah dilukai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience