BAB 11 :HANTAR ISTERI
Farezz meminta izin kepada Mia untuk menghantar mia ke sekolah selama dua minggu,kerana ingin dekat dengan isterinya itu... walaupun bergitu nk Farezz masih lagi cuti tetapi tidak bermakna Farezz tidak membuat kerja...
"Shila...saya nak bagi tahu yang saya sedang bercuti dan nanti awak tolong hantar semua kerja saya melalui E-mail"
"Baik Tengku..tapi berapa lama tengku cuti"
"saya cuti 2 minggu sebab tu saya nak awak hantar semua kerja saya melalui E-mail..faham"
"faham, Tengku "
Mia sedang menuju ke arah pintu bilik dan mendengar percakapan Farezz di telefon tetapi tidak tahu dengan siapa Farezz bercakap...Mia membuka pintu bilik secara perlahan agar tidak mengganggu perbincangan Farezz ...
Tapi malangnya Farezz menoleh ke arah pintu melihat isterinya yang sedang berdiri seperti tiang kerana kantoi masuk bilik senyap-senyap...
Di dalam rangkaian...
"Shila,awak tunggu sekejap yer"
"baik tengku"
Berjalan menuju ke arah mia yang sedang berdiri di hadapan pintu dengan senyuman yang menawan..Mia yang ingin keluar kembali dari biliknya terhalang oleh Farezz yang berada di depan mata nya...
"sayang nak pergi mana tu"
"saya nak panggil abang turun makan"
"yer ker"pandangan Farezz seakan tidak percaya
"yer lah,tapi abang tengah on-call jadi saya tak nak ganggu"
"sayang cemburu kan"
"mana ada"sambil menolak Farezz yang menghalang pintu...
Farezz tahu bahawa isterinya sedang cemburu..mana tak nya suami tercinta bercakap dengan perempuan lain...Farezz yang meneruskan perbincangannya dengan Shila...selesai perbincangan,Farezz terus menuju ke meja makan untuk bertemu isterinya yang sedang duduk sambil menunggu Farezz ...
Senyuman terukir dibibir Farezz melihat wajah isterinya yang cemberut akibat cemburu...
"sayang" sapa Farezz dari arah tangga
Mia hanya menjawab "emmm"
"sayang,abang lapar lah..nak makan boleh"dengan suara manja
"boleh"
"sayang masak ker semua nie"
"yer"
"ouhh,mesti sedapkan" sambil menatap wajah isterinya yang masam itu
"makan lah"
"kenapa sayang tak makan sekali" memegang tangan Mia
"saya tak lapar lagi" sambil menarik tangan yang dipegang oleh Farezz
Farezz mula makan dan bercerita....
"sayang tahu tak,tadi setiausaha abang terkejut sebab abang cuti 2 minggu"
Mia yang terkejut mendengar penjelasan suaminya itu,malu sendiri kerana cemburu tak bertempat...tak per cemburu dengan suami sendiri kan...
"kenapa terkejut "jawab Mia dengan santai padahal dah malu sangat dah tu...
"abang tak pernah cuti lama sangat,selalu 2 hari jer abang cuti"
"ouhh"
Selesai makan,Mia berada di dapur sambil membasuh pinggan yang kotor... sebenarnya mia seorang anak yang berdikari dan mampu membuat kerja rumah selepas kematian ibu-nya...biarpun ada pembantu tetapi Mia lebih selesa buat sendiri...
Keesokan harinya...Mia yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah kerana ada kelas tambahan sambil menyanyi sehingga tidak sedar bahawa Farezz melihat semua perbuatannya itu..
"amboi, seronoknya menyanyi"
Mia yang terdiam seketika mendengar dan menoleh ke arah suara itu tadi...alang terkejutnya Mia apabila Farezz yang sedang bersandar di pintu melihat semua aksinya tadi....
"aduh, malunya aku" bisik Mia dengan nada yang perlahan..
"kenapa perlu malu dengan abang" tanya Farezz yang melangkah ke arah mia....
"saya dah nak pergi sekolah dah nie"sambil berjalan menuju pintu bilik
"abang hantar sayang pergi sekolah yer"
"tak per,abang Zain boleh hantar saya"
"abang amik cuti sebab nak hantar sayang,jadi boleh lah yer" rayu Farezz
"okey"
Di dalam kereta menuju ke sekolah...
"Sayang abis kelas pukul berapa"
"pukul 2 petang"
"okey,nanti abang jemput sayang"
"tak payah sebab saya nak keluar dengan kawan-kawan saya"
"sayang tak minta izin pun dengan abang nak keluar dengan kawan-kawan"
Mia hanya berdiam dan tidak berkata apa-apa lagi kerana hatinya sakit...tidak bebas seperti dulu yang boleh pergi mana-mana sesuka hati...Mia memikirkan akal untuk melepaskan diri daripada suaminya itu setelah selesai kelas tambahan...
"Sayang dah sampai sekolah nie"
Mia yang termenung terus membuka pintu kereta dan hendak keluar tetapi tangannya ditarik oleh Farezz ...
"kenapa" soal Mia
"sayang lupa salam tangan abang" sambil menghulurkan tangannya
Mia dengan terpaksa ikut kehendak Farezz kerana takut Farezz akan mengadu pada papa-nya...muka Mia yang sememangnya masam sejak dari dalam kereta itu membuat Mia tidak ada mood untuk belajar kerana tidak dapat keluar dengan kawan-kawannya....
"Mia,jadi tak keluar lepas nie'' soal Diana
"jadilah,apa pulak tak jadi" jawab Mia yang tidak ada rasa bersalah langsung...
Agak-agak apa akan jadi yer...Mia tak minta izin Farezz untuk keluar dengan kawan-kawannya....apa reaksi Farezz kalau tahu....mesti perang besar punya lah sebab mia tu kepala batu...
Share this novel