BAB 8: RAHSIA
Perkahwinan mereka akan dirahsiakan sehingga mereka betul-betul bersedia untuk umumkan tentang perkahwinan mereka....setelah selesai urusan majlis perkahwinan,Mia terus ke bilik untuk berehat dan tidur....Mia lupa yang dia akan kongsi bilik bersama Farezz dan mungkin tidur sekatil....sele selepas selesai mencuci muka dan mandi,Mia terus membaringkan tubuhnya di atas katil yang empuk dan terlena akibat terlalu penat...Farezz yang malu untuk masuk ke bilik Mia,tiba-tiba ditegur oleh Tengku idris.....
"Kenapa kamu tak masuk"
"Arhhh...Farezz segan lah uncle"
"Kenapa panggil uncle...panggil papa...kamu dah jadi menantu papa"
"Baik papa.."
"Dah masuk jer bilik tu,tak payah nak malu sangat..Mia okey jer dan tak kesah" sambil berlalu pergi
Farezz membuka sedikit pintu dan mengintai sebelum masuk...Farezz melihat Mia sedang tidur di atas katil bergitu lena sekali...Farezz mengemas beg pakaiannya dan diletakkan dalam almari...selesai mandi,Farezz menuju ke katil dan membaringkan badannya di sebelah Mia serta memejamkan mata setelah penat dengan majlis perkahwinan mereka....Mia tidak sedar bahawa dia telah berada dekat dan tidur dalam dakapan Farezz ...
Mia tersedar dari tidur kerana merasa sempit kerana dia berada dalam dakapan Farezz ...Mia terkejut apabila melihat Farezz dekat dengan dia sampaikan Mia pergi sepak Farezz sampai jatuh katil...Farezz jatuh dari katil dan tersedar dari tidur...
"Apa masalah awak nie"tanya Farezz
"Awak tu yang tidur dekat dengan saya buat apa"
"Betul lah saya tidur dekat sebelah awak tapi bukan dekat awak..awak yang masuk kawasan tidur saya"
"Tak kira lah,awak tetap salah sebab tidur sebelah saya"
Farezz bangun dan berjalan menuju ke arah mia...Mia yang takut akan sikap Farezz yang tersenyum apabila melihat Mia yang duduk di katil..sebe sebenarnya Farezz cuma nak takut-takutkan Mia untuk mengembirakan hatinya....tengok reaksi Mia yang takut,Farezz tidak sampai hati untuk menakutkan Mia...
"Hahaha,awak ingat saya nak buat apa dekat awak" tanya Farezz
"Awak jangan datang dekat-dekat nanti saya jerit baru tahu..."
"Hahahaha...awak nak jerit...jerit lah...tak akan ada yang boleh tolong awak sebab awak tu dah kahwin..."
Mia terdiam seketika kerana ucapan Farezz ..Mia sememangnya cepat lupa kalau dah tidur...apa lah nasib Mia dapat suami macam Farezz nie..
"Arhhh tak kesah lah..kalau awak dekat-dekat saya tendang awak"
"Saya nk bincang sesuatu dengan awak"
"Nak bincang apa"
"Ha macam nie..apa kata kalau kita jadi jer seperti suami isteri yang sebenar..."
"Tak akan terjadi sampai bila-bila faham...."
Mia tidak mahu berkongsi hidup dengan Farezz kerana hatinya milik lelaki yang menolongnya itu...Mia tidak sedar bahawa dia mula sukakan Farezz tetapi dia ego dan tidak mahu mengakuinya....
Tiba-tiba telefon milik Mia berbunyi panggilan daripada Aisyah .....
"Wey Mia"
"Ada apa"
"Aku ada cerita baru nak share gan kau nie"
"Cerita...pasal apa..cakap lah"
"Kau tahu tak si Julia tu couple gan sapa..."
"Sapa.."
"Budak senior tahun lepas beb"
"What"jerit mia yang membuat Farezz terkejut
"Kau biar betul sikit Aisyah...tak takkan lah si Julia tu nak couple gan budak senior tahun lepas..."
"Betul Mia..kau tak percaya cuba tengok Instagram dia...mesti jumpa punya...sebab dia nak kau cemburu gan dia..budak yang minat kau dulu jadi kekasih dia"
"Ala biarlah aku malas nak layan perangai Julia tu...dah lah aku nak tidur..."
"Okey beb..esok kita jumpa kat tempat biasa yer...muah..."
"Okey bye beb...muah...."
Selepas selesai menjawab panggilan,Mia termenung seketika kerana memikirkan apa yang Aisyah katakan kepadanya...Mia sebenarnya pelik kenapa Julia boleh couple dengan senior tu,mesti ada apa-apa kan...
"Amboi sayang cakap dengan siapa tadi siap berkiss bagai" tanya Farezz
"Sibuk jer...bukan urusan awak pun"jawab Mia dengan selamba
"Sayang tu isteri abang,jadi semua yang berkaitan sayang adalah urusan abang"
"Untuk pengetahuan awak,saya nie cuma isteri atas kertas awak jer faham"
"Tak ada istilah isteri atas kertas faham"
"What ever you want say"
Mia yang malas untuk bertekak dengan Farezz ...Mia terus menarik selimut dan tidur sebab esok dia nak keluar dengan kawan-kawannya...Farezz tengah memikirkan siapa yang telefon Mia waktu malam...Farezz risau yang Mia ada kekasih hati walaupun sudah berkahwin....
Keesokan pagi...Mia sedang bersiap-siap untuk keluar..Mia tak minta izin dengan Farezz untuk keluar...kesian Farezz jadi suami tak di iktiraf....Farezz melihat Mia yang sedang bersiap-siap dan bertanya kepada Mia...
"sayang nak pergi mana siap-siap nie"
"Tak payah nak sibuk amik tahu"
"Kenapa...salah ke abang sebagai suami amik tahu tentang isterinya"
"Salah sebab saya tak suka...faham"
Mia mengambil beg galasnya dan terus keluar dari bilik sambil menghela pintu..Mia tidak menghiraukan Farezz yang masih bertanya ke mana Mia mahu pergi...Farezz bergegas keluar bilik dan mengejar Mia yang sudah menaiki taksi untuk pergi ke sebuah cafe...Mia tidak mahu papanya melihat apa yang terjadi...Mia off kan telefonnya supaya Farezz tidak dapat mencarinya...
"Kenapa sayang...kenapa susah sangat sayang nak terima abang dalam hidup sayang...apa yang abang nak kena buat supaya sayang terima abang sebagai suami...salah ker abang cuma nak tahu ke mana isteri abang pergi..."
Seketika itu,Mia sudah sampai di cafe untuk berjumpa dengan kawan-kawannya...Mia tak kesah pasal Farezz kerana sakit hati sebab Farezz sibuk nak ambil tahu mana dia nak pergi...Mia terus sahaja masuk dan bertemu dengan kawannya..
"Hey guys" sapa Mia sambil duduk
"Asal lambat" tanya Diana
"Sorry,aku naik taksi tadi" jawab Mia
"What...kau baik taksi" Aisyah terkejut mendengar kata Mia
"Yer lah naik taksi sebab abang Zain cuti" jawab mia
Mereka pesan makanan dan minuman serta bersembang-sembang tentang pelajaran...Tiba-tiba Aisyah mencuit Mia yang sedang fokus menulis....
"Kau pahal" tanya Mia
"Kau tengok lelaki dekat meja hujung tu"
Mia dan Diana pun memandang ke arah meja yang ditunjukkan Aisyah ...
"Ha kenapa" tanya Diana
"Buta ker korang nie...handsome tau mamat tu...aku syok lah kat dia...tapi dari tadi dia asyik pandang kau jer Mia..." jawab Aisyah
"Biar lah dia nak pandang ke...aku malas nak layan" jawab Mia dengan selamba
"Ehh jap...kau kenapa pakai cincin tiba-tiba nie Mia" tanya Diana
"Suka-suka jer...kenapa tak boleh ker" jawab Mia
Jawapan yang Mia berikan kepada kawan-kawannya sedikit ragu...selama ini Mia tidak pernah memakai cincin dan tiba-tiba sahaja Mia pakai cincin seperti orang sudah berkahwin...Mia tidak akan mengaku yang dia sudah berkahwin dengan kawannya...Farezz yang resah sejak Mia keluar dari rumah sehingga sekarang masih tidak balik lagi...tambah pulak Mia tutup telefon yang membuatkan Farezz bertambah risau dan panik tentang isteri kesayangannya itu...
Share this novel