Kena Kahwin..

Romance Completed 9609

BAB 3 :KENA KAHWIN

Di hotel.....

terlihat tengku idris dan anaknya tengku Mia ariana batrisha sedang menunggu tengku salam sekeluarga kerana telah berjanji untuk makan malam bersama...

"papa ouhh papa" panggil mia

"iya sayang papa,ada apa sayang" jawab papanya dengan manis

"mana kawan papa nie,perut mia dah lapar dah nie..siap bunyi lagi" rengek mia seperti budak 5 tahun...

"tunggu lah kejap mia,jap lagi sampai lah tu"ujar papa-nya

tak lama kemudian keluarga tengku salam pun tiba di lobi hotel dan menegur sapa...
mia sudah terbiasa akan menyalam orang yang lebih tua dengan senyuman terutama sekali kawan papa-nya...

tiba-tiba ........

mata tengku farezz melihat seorang gadis yang sangat cantik dihadapannya dan dah tentu lah tengku mia ariana batrisha yang membuat hatinya terpaut rasa suka kerana rupa parasnya yang bergitu cantik dan sangat sopan apabila bertemu orang tua...farezz yang tersenyun sendiri sambil melihat wajah mia itu terkejut apabila...

"Apa pandang-pandang" tanya mia dengan nada marah pada farezz

"ma...ma...mana ada saya pandang awak,perasan jer lebih" jawab farezz dengan tergagap-gagap.

mereka menikmati hidangan yang mereka pesan dengan bergitu berselera sekali...

semasa mereka menjamu selera....

"mia buat apa sekarang" tanya tengku salam

"mia masih sekolab lagi uncle"jawap nya

"ha farezz bila lagi nak kahwin" celah tengku idris kepada farezz yang membuatkan farezz tersedak.

"hai takkan sampai tersedak bila tanya pasal kahwin" soal tengku idris

"farezz masih belum nak kahwin lagi uncle"jawab farezz sambil meneruska menikmati makanannya...

tiba-tiba....

"sebenarnya papa ingin beritahu bahawa papa , mama dan tengku idris dah setuju untuk kahwinkan farezz dengan mia pada hujung bulan nie" ucap tengku salam

terbuntang mata mia dengan farezz tiba-tiba kena kahwin..

"No"sahut farezz dan mia serentak yang membuatkan mereka tersentak seketika..

"kenapa tak nak" tanya tengku mariam kepada anak bujangnya itu

"papa,mia tak nak kahwin dengan lelaki nie lah papa" ujar mia dengan manja agar papanya akan berlembut hati

Tapi malang kerana papanya tidak akan berlembut lagi kerana sikap mia yang nakal dan degil yang membuatkan papanya ingin kahwinkan dia dengan tengku farezz dengan wajah yang tegas tengku salam mengatakan bahawa jika farezz tidak mengikuti permintaan untuk mengahwini mia ariana batrisha,segala saham serta jawatan CEO akan diserahkan kepada orang lain...

"jika farez tak kahwin dengan mia,makan jawatan CEO akan papa serahkan pada orang lain"bisik tengku salam pada farezz

alangkah terkejutnya farezz mendengar ancaman daripada papanya..kerana tidak mahu kehilangan jawatan,farezz setuju untuk mengkhawini tengku mia ariana batrisya..

dengan cepatnya menjawab "farezz setuju untuk kahwin dengan mia papa"

mia yang terkejut kerana farezz bertukar fikiran secepat itu dan akan menuruti permintaan yang baginya gila itu..dengan keadaan marah dan bercampur sedih,mia bangun dari meja makan dan terus berlari keluar dari hotel yang membuat semua orang terkejut akan tindakan mia itu..

Di Taman .....

mia menangis kerana bagi dirinya papa dia terlalu kejam kerana ingin kahwinkan dia di usia yang muda dan lagi tidak mencintai bakal suaminya itu...Sedang mia asyik duduk dan menangis di taman tiba tiba.....

"arhhhhh"....jerit mia kerana ada tangan yang memegang bahunya itu

Secara tidak sengaja mia menumbuk lelaki itu sehingga jatuh dan ingin memukul tetapi alang terkejutnya mia kerana lelaki itu adalah papanya sendiri...

"papa"jerit mia yang dalam keadaan terkejut kerana telah menumbuk papanya hingga jatuh
"aduh mia,kenapa tumbuk papa..kan dah hilang wajah handsome papa nie" ucap papanya
"ma..maaf papa,mia ingat orang jahat sebab tu mia tumbuk..maad yer papa ku sayang"jawab mia sambil tersenyum

Setelah itu mereka duduk sambil membahas apa yang dirancang untuk satukan mereka berdua...

"mia, papa nak tanya sikit boleh"
"apa yang papa nak tanya kat mia,cakap lah"
"kenapa mia tak terima rancangan papa dan uncle salam untuk jodohkan mia dengan farezz"
"kenapa papa kena kahwinkan mya dengan lelaki tu"
"papa dah tak nak jaga mia lagi ker"
"mia jangan salah faham,papa sayangkan mia sangat-sangat...jadi papa nak yang terbaik buat anak papa bila papa dah tak ada nanti"
"kenapa papa sakit ke"
"tak adalah mia"
"dah jom kita balik,hari dah larut malam dah nie"
"baik papa"

mereka pulang ke rumah setelah selesai bersembang di taman kerana cuaca telah larut malam..

tetapi hati mia terasa tidak aman oleh kerana kata-kata papa-nya itu tadi..mya masih tertanya-tanya adakah benar papa-nya sakit...jika benar mia akan sedih kerana pemergian ibu-nya masih tidak boleh diterima dan inikan pula akan kehilangan papanya...

Di rumah...
Mia terlihat bergitu resah apabila Farezz setuju dengan rancangan untuk kahwinkan mereka berdua..Mia sebenarnya masih tidak dapat lupa tentang lelaki yang selamatkan dirinya dulu..Mia telah jatuh cinta dengan lelaki itu...Mia sedang memikirkan banyak cara untuk membatalkan rancangan perkahwinan itu...

"Aku akan pastikan rancangan papa dengan uncle salam tak akan jadi...aku tak nak kahwin dengan Tengku Farezz tu sebab aku dah ada pujaan hati sendiri..semua itu tak akan jadi sebab aku akan cari jalan supaya perkahwinan itu batal...hahahahahahahaha"

Di rumah tengku salam...

Kelihatan farezz sedang mengelamun panjang kerana keputusan papa-nya yang ingin dia berkahwin dengan mia...farezz terkejut sebenarnya terpaksa mengikuti kehendak papanya kerana takut jawatan CEO akan diberikan kepada orang lain..

Farezz yang tidak tahu kenapa dia perlu dijodohkan dengan budak sekolah...lepas tu kena ugut pulak tu kalau tak kahwin abis jawatan CEO diserah kat orang lain...farezz suka dengan sikap Mia yang bergitu comel apabila Farezz memandangnya tadi sampai kena marah dengan Mia...

Dalam fikiran farezz berkata "kenapa dia tak nak kahwin dengan aku sedangkan aku handsome apa,ramai perempuan tergila-gilakan aku tapi kenapa bukan dia...dia comel sangat lepas tu cantik sangat nak pulak bila dia pakai baju warna biru..aduh aku nie dah gila bayang ker dengan dia ker..."

Farezz pelik kenapa mia tidak seperti perempuan lain yang tergila-gilakan dia kerana dia mempunyai tubuh badan yang tegap,kaya dan rupa paras yang sangat handsome..Farezz sebenarnya bukan seorang yang yang mudah jatuh cinta selepas dilukai dan disakiti oleh bekas kekasihnya....farezz yang telah jatuh cinta dengan Mia biarpun kali pertama jumpa...Farezz yang ingin tahu tentang semua tentang mia dan tahu sama ada sama ada Mia sudah mempunyai kekasih atau belum...

"aku kena jumpa dia dan tanya dia sendiri"
"aku kena pastikan yang dia tak ada kekasih dan akan jadi milik aku sebab aku dah jatuh cinta padanya"
ucap farezz seorang diri di dalam bilik...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience