BAB 9:GURAU MANJA
Di dalam bilik...
"kenapa dengan perasaan aku nie" kata mia yang tidak tentu arah di dalam bilik...yang sebenarnya sedang cuba tenangkan dirinya itu...Mia takut kerana tidak sedia untuk menjadi isteri yang sempurna..lagi pulak Mia dah buat salah dengan Farezz ,keluar rumah tak minta izin dan balik lambat pulak tu...
Farezz yang melihat gelagat isterinya itu tersenyum kerana baginya sangat lucu apabila Mia ketakutan....Mia takut untuk duduk satu bilik dengan Farezz kerana takut Farezz akan apa-apa kan dia.....Puan Mia lupa ker yang awak tu dah kahwin....kerana terlalu takut Mia bergegas menuju ke toilet tetapi dihalang oleh Farezz....
"Nak pergi mana tu"
Kelihatan raut wajah Mia yang panik...
"sa..sa..saya nak pergi toilet" dengan wajah yang terlihat merah kerana malu sebab Farezz menatap wajahnya dengan bergitu dekat sekali...
"dari sayang pergi toilet,baik sayang layan suami sayang nie"
"layan apa" sambil menjauhkan mukanya dari Farezz
"layan berbual dengan abang lah"
"awak nk bual apa"
"panggil saya abang,faham tak sayang"sambil membelai rambut isterinya
"what...abang" menepis tangan suaminya
"Yes abang..kan sweet panggil suami macam tu"
"saya tak nak,geli tau tak nak panggil awak tu abang dan jangan panggil saya sayang faham"
"kalau tak nak, maknanya sayang dah derhaka dengan suami sebab tak dengar cakap suami"
"sejak bila awak jadi suami saya"
"sejak abang terima cadangan papa untuk kahwin kan sayang dengan abang,dan sayang jangan lupa yang sayang dah jadi isteri sah abang" ucap Farezz dengan nada marah
Mia malas nak berdebat dengan Farezz pun,berjalan kearah katil dan merebahkan badannya yang sememang penat sebab keluar seharian dari pagi dan belajar bersama kawannya...
Farezz yang melihat Mia sedang berbaring di atas katil,mendapat idea untuk kenakan Mia....
Berjalan perlahan menuju katil dan menarik selimut yang menutupi badan mia secara tiba-tiba membuatkan mia terkejut dengan tindakan Farezz....
"Oh mak kau" latah mia secara tidak sengaja yang membuatkan Farezz tertawa bergitu kuat....
"hahahahaha,melatah rupanya isteri abang nie"
"mana ada, saya cuma terkejut jer tadi..."
"yer ker terkejut, atau sayang takut dengan abang" sambil memberi senyuman yang manis
"ya allah kenapa handsome sangat dia buat muka macam tu" bisik mia dalam hati
"ha termenung apa tu sayang"
Mia tersedar dengar suara Farezz
"tak ada apa lah"sambil menarik selimut dan sambung tidur yang terganggu oleh Farezz tadi...
Farezz yang berasa mengantuk pun merebahkan badan-nya di sebelah mia tetapi mia dah siap letak penghadang antara dia dan Farezz ... Bak kata orang untuk keselamatan...comel betul perangai mia dengan Farezz nie...memang sepadan sebab dua-dua perangai gila-gila....mereka tidur dengan bergitu lena sepanjang malam...
Cahaya pagi menyinari ruang bilik mereka...Farezz yang sedar terasa berat di lengan kirinya dan melihat Mia sedang lena tidur di atas lengan Farezz ...Farezz tersenyum melihat wajah mia bergitu dekat dan Farezz mencium bibir yang membuatkan mia terjaga dari tidur...Mia terkejut wajah Farezz bergitu dekat dengannya...Mia terus bangun dan berlari menuju bilik air kerana malu...
"Apa yang dia buat tadi...tak kan lah dia cium aku kot...aku tak ready lagi nak kongsi hidup dengan dia...tak boleh dan benda tu tak akan terjadi sampai bila-bila sebab aku tak cintakan dia...tapi kenapa aku rasa selesa ada dalam pelukkan dia....malu betul aku tadi,padahal aku dah letak penghalang antara aku gan dia...aduh malu betul lah...macam mana nak keluar nie" bebel Mia dalam bilik air...
Farezz tersenyum melihat gelagat isterinya sambil mengemas tempat tidur...Farezz sedang membelek-belek gambar di telefon...senyuman terukir di bibir Farezz melihat Mia yang bergitu cantik sekali...biarpun Farezz tahu hati Mia bukan miliknya tetapi dia masih boleh cuba untuk memenangi hati Mia...Farezz mengganti wallpaper telefon miliknya dengan gambar kahwin mereka...
Share this novel